Notis Penghantaran Produk Shaklee Semasa Perayaan Hari Raya

Salam pembaca,

notis-penghantaran-produk-shaklee-seluruh-malaysia-semasa-cuti-hari-raya

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut hari raya. Terasa begitu pantas bulan ramadhan meninggalkan kita. Bagaimana agaknya persediaan raya kali ni? Adakah semuanya telah lengkap atau masih ada lagi yang belum di beli?

Jika terdapat produk Shaklee dalam senarai kelengkapan raya anda yang masih belum dibeli anda kena beli cepat-cepat. Pihak Shakee Malaysia telah mengeluarkan notis pemberitahuan tarikh pengeposan barang untuk seluruh Malaysia. Pesanan produk Shaklee yang dibuat pada tarikh 15 Julai – 20 Julai akan mula dihantar pada tarikh 21 Julai.

Jadi kepada mereka yang ingin membawa pulang produk Shaklee ke kampung halaman, rancang pembelian anda sebelum terlambat. Pastikan alamat penghantaran adalah tepat dan betul supaya tidak menyusahkan anda.

Kalau nak pesan produk Shaklee jangan lupa hubungi saya. Selamat Hari Raya!

notis-penghantaran-produk-shaklee-semasa-musim-perayaan-hari-raya

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Pengalaman Diserang Gastrik Bulan Puasa Dan Tips Yang Saya Amalkan

Salam pembaca,

pengalaman-dan-rawatan-sakit-gastrik-1

Pada ramadhan tahun ini, saya diuji bila diserang gastrik yang sangat teruk. Kejadian berlaku pada minggu pertama berpuasa. 2,3 hari sebelum diserang sakit gastrik saya memang dah terasa pedih pada ulu hati setiap kali selepas waktu berbuka. Kadang-kadang waktu sahur pun terasa juga. Saya ingatkan gastrik yang biasa-biasa sahaja. Saya cuma makan Peppermint Ginger Plus selepas makan. Kebiasaanya selepas makan Peppermint Ginger Plus rasa sakit akan terus hilang.

Tapi pagi tu bila sampai sahaja di ofis, masih terasa lagi angin kembung perut. Tekak pun rasa loya. Saya tak tahan terus muntah. Saya bila dah muntah memang tahu bukan sekali. Mesti akan berkali-kali. Terus saya pergi ke klinik panel untuk dapatkan rawatan dan cuti sakit. Sementara tunggu doktor panggil sekali sekala sakit pada bahagian perut makin teruk. Terasa seperti dicucuk jer. Pedih yang teramat sangat.

Alhamdulillah.. Selamat sampai dirumah walaupun dalam keadaan sakit...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Kejadian Sahur Yang Mesti Berlaku Setiap Tahun

Salam pembaca,

Bercerita pasal sahur mesti ada antara kita yang pernah melalui terlepas untuk bangun sahur kan? Sekurang-kurangnya sepanjang bulan Ramadhan tu mesti ada sekali kejadian terlambat bangun. Tengok jam jer dah azan subuh. Aduhh… rasa nak salahkan jam loceng pun tak boleh juga. Jam dah kunci macam biasa. Bunyi kuat pulak tuu.. Tetap tak jaga juga bila berbunyi. Ekekeke.. Kalau dah ditadirkan tak sahur, memang tak sahur juga lah..

Setakat ni kejadian tak bangun sahur baru sekali terjadi. Tiba-tiba bangun tidur tengok jam dah pukul 6 pagi. Tak boleh nak buat apa dah. Nasib baiklah masa hari tak bangun sahur tu hari cuti. Kalau hari bekerja mesti lemau jer nak buat kerja di pejabat. Hehehe..

Kebiasaanya saya dan suami  bersahur dalam pukul 5 pagi. Selalunya saya akan bangun dulu untuk panaskan lauk dan nasi. Kami jamah makanan yang simple jer. Mujur lah dapat suami yang tak cerewet sangat. Kadang-kadang tu lauk telur goreng dengan kicap pun boleh...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Promosi Shaklee Julai 2015

Salam pembaca,

Selamat datang bulan Julai 2015. Ada yang menantikan promosi terbaru produk Shaklee? Untuk pengetahuan semua sepanjang bulan ini Shaklee menawarkan pembelian super jimat bagi produk kesihatan B-Complex, Vivix Shaklee dan Vitalea for Children.

promosi-produk-shaklee-bulan-julai-2015-vitamin-4-kesihatan

Ketiga-tiga produk ni antara produk terbaik keluaran Shaklee. Lebih-lebih lagi Vivix Shaklee yang juga dikenali “Tonik Ajaib” yang telah banyak membantu pesakit-pesakit kronik seperti penghidap kanser, kencing manis serta pesakit jantung mengembalikan tahap kesihatan mereka dengan lebih baik. Bagi perokok tegar yang ingin berhenti merokok, Vivix sangat membantu menangai masalah ketagihan merokok dan seterusnya terus berhenti daripada menghisap rokok.

Manakala B-Complex pula menjadi pilihan utama bagi ibu yang sedang hamil. Ini kerana B-Complex Shaklee dilengkapi dengan 8 jenis vitamin B termasuk asid folik yang sangat diperlukan oleh ibu hamil untuk membantu perkembangan bayi yang sihat...

Jom Baca Lebih Lanjut.......