10 Tips Mencegah Penyakit Osteoporosis

Salam pembaca,

Pernah dengarn pasal Osteoporosis? Mesti pernah dengarkan kan sebab selalu keluar dalam iklan TV. Tapi tahukah kita apakah maksud Osteoporosis? Perkataan Osteoporosis terbahagi pada dua suku kata. Yang pertama ‘Osteo’ bermaksud ‘ Tulang ‘ย  dalam bahasa Greek.ย  Dan suku kata yang ke dua pula ialah ‘Porosis’ yang bermaksud ‘ Lubang ‘ dalam bahasa Yunani. Jadi bila digabungkan Osteoporosis bermaksud tulang yang berlubang atau tulang yang rapuh. Nak tahu macam mana rupa tulang yang rapuh? Tengok gambar di bawah ni.

set kesihatan tulang shaklee

Perbandingan antara tulang yang normal dan tulang yang rapuh (Sumber: Google)

Daripada gambar di atas cuba bayangkan keadaan tulang kita sekiranya tubuh badanย  kekurangan kalsium. Macam kain yang dah reputkan? Apa agaknya yang berlaku kalau kain tersebut apabila kita tarik dan ceraikan? Ya, betul. Memang senang untuk koyak. Begitu juga lah dengan tulang. Kalau tak berhati-hati memang senanglah tulang boleh cedera dan patah.

Tulang kita sebenarnya adalah tisu hidup yang sentiasa bertukar ganti. Penyakit Osteoporosis beleh berlaku apabila pembinaan tulang tidak mencukupi untuk menggantikan tulang yang lama. Lama kelamaan tulang tidak lagi padat dan berlubang. Sebab itu penyakit ini sering kali dikaitkan dengan usia. Semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko untuk menghidap penyakit osteoporosis. Lagi pun penyakit osteoporosis adalah penyakit yang senyap. Kita tak tahu sama ada kita menghidap penyakit ini ataupun tidak. Sampailah kita mendapat kecedaraan tulang atau pun sakit.

Wanita pula adalah golongan yang paling berisiko tinggi untuk menghidap penyakit Osteoporosis berbanding lelaki. Terutama selepas berlakunya fasa menopos. Ini kerana perubahan hormon estrogen mempercepatkan lagi proses kehilangan tulang.

10 Tips Mencegah Osteoporosis

1. Bersenam

Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu seperti berjalan kaki, berlari, angkat berat, bermain badminton, futsal, bola dan sebagainya. Senaman fizikal sebegini membantu membetulkan semula postur badan dan keseimbangan badan.

2. Makanan Berasaskan Susu

Makanan seperti yogurt, keju, susu segar atau pun susu tepung mengandungi sumber kalsium semulajadi untuk membina tulang yang kuat.

3. Kawal Pengambilan Kafein

Limitkan had pengambilan kafein seperti kopi sekurang-kurang 2 kali sehari. Pengambilan kafein yang lebih akan menyebabkan kalsium disingkirkan dari badan.

4. Soya

Pengambilan makanan yang berasaskan soya seperti tauhu, tempe dan air soya dapat mengekalkan kepadatan dalam tulang.

5. Sayuran hijau

Sayuran yang berwarna hijau seperti brokoli, bayam, asparagus, park choy, avocado mengandungi sumber kalsium yang tinggi.

set kesihatan tulang shakleeMakanan yang mengandungi sumber kalsium (Sumber: Google)

6. Berhenti Merokok

Kesan merokok boleh memusnahkan sel dalam badan.

7. Kurangkan Alkohol

Pengambilan alkohol yang berlebihan akan mengganggu penyerapan kalsium dalam badan

8. Lakukan pemeriksaan kesihatan

Jika terdapat tanda-tanda seperti tidak boleh berdiri lama, berdiri tegak atau pun cepat sakit pinggang, sakit lutut atau sakit sendi setiap kali melakukan aktiviti, sila rujuk dan dapatkan rawatan doktor dengan segera.

9. Ujian tulang

Lakukan ujian tulang untuk mengukur tahap kesihatan tulang dalam badan.

10. Pengambilan supplemen

Sekiranya memilih untuk mengambil supplemen, pilih supplemen kalsium yang membekalkan sebanyak 1,000mg pada setiap hidangan. Untuk penyerapan yang lebih baik, pastikan supplemen tersebut dilengkapi dengan vitamin D untuk penyerapan yang lebih maksimum.

Periksa Kesihatan Tulang Dengan Anlene

Baru-baru ni semasa shopping barang dapur di Giant Sek 13, Shah Alam ada kaunter pemeriksaan kesihatan tulang secara percuma yang disediakan oleh Anlene. Lama juga kami tak periksa kesihatan tulang. Rasanya kali terakhir buat 2 tahun lepas. Nak tahu juga keadaan kesihatan tulang masing-masing kan. Umur pun dah masuk fasa 3 series, jadi kena ambil langkah berjaga-jaga. Lebih-lebih lagi kami suka lakukan aktiviti outdoor, lagi lah perlu ambil tahu kesihatan tulang. Sama ada berada dalam risiko tinggi, sederhana atau pun rendah. Dan hasilnya adalah seperti berikut. Jeng..jeng..jeng..

set kesihatan sendi dan tulang shaklee

Agak-agak keputusan A dan B ni milik siapa? Keputusan B tu dah nak tergelincir masuk risiko sederhana. Hehe.. Sebenarnya A adalah saya punya manakala B adalah suami saya. Hmmm, nampaknya terpaksalah lebihkan pengambilan kalsium dalam diet harian untuk dia. Kena paksa dia minum susu macam nie. Hahaha.. Tapi dia kurang suka nak minum susu ni. Jadi sebagai alternatif, boleh ambil supplemen. Semestinya Ostematrix Shaklee pilihan yang terbaik.

Seperti yang saya kongsikan seperti di atas, tips untuk pilih supplemen kalsium perlu lah dilengkapi dengan vitamin D untuk penyerapan yang lebih baik. Dan jumlah kalsium bagi setiap hidangan ialah 1,000mg. Ostematrix Shaklee lengkap semuanya. ๐Ÿ™‚

ostematrix-shaklee-supplemen-kalsium-terbaik-vitamin4kesihatan

Harga untuk sebotol Ostematrix Shaklee ialah RM 61 sahaja. Tempoh penggunaan pula adalah selama sebulan sekiranyaย  mengambil 4 biji kaplet setiap hari. Waktu yang terbaik pula ialah ambil pada waktu malam sebelum tidur bersama dengan segelas susu.

Follow Cheq Eem on Google+!

iR Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

13 comments to 10 Tips Mencegah Penyakit Osteoporosis

  • Raudzah  says:

    Thanks Cheq Eem..suspen pulak tengok tulang yang rapuh tu..genting aje..

    • Cheq Eem  says:

      macam tu lah keadaan tulang bila disahkan menghidap penyakit osteoporosis… kesihatan tulang pun kena jaga juga.. jangan diabaikan.. ๐Ÿ™‚

  • aku penghibur  says:

    terima kasih infonya.. ktia kena kesihatan dari sekarang hingga ke tua

    • Cheq Eem  says:

      sama-sama achik… ya betul.. jangan sampai sakit muncul baru nak beringat.. prevention is better than cure.. ๐Ÿ™‚

  • syaifuddin alias  says:

    terima kasih info ..hehehe

    • Cheq Eem  says:

      sama2… sharing is caring… ๐Ÿ™‚

  • Lynโ„ข  says:

    Seram tengok gambar tulang yang dah semakin jarang-jarang tu. Suspen sangat.
    Bagus berkongsi info yang sebegini Cheq Eem.Selamat maju jaya dalam Shaklee.

    • Cheq Eem  says:

      macam tu lah rupa tulang disahkan menghidap penyakit osteoporosis…. memang seram kan… semoga kita ambil langkah awal… tq k.lyn.. ๐Ÿ™‚

  • Khir Khalid  says:

    Thanks sharing info Cheq Eem.. mmg patut kena tahu ni… perkongsian yg bermanfaat.. ๐Ÿ™‚

    • Cheq Eem  says:

      sama-sama khir… dah 3 series ni memang kena ambil tahu… kena servis kesihatan kita.. ๐Ÿ™‚

  • zaamora  says:

    bagaimana dengan saya yg tak suka mengonsumsi sayuran hijau? apakah rawan osteo kelak? ๐Ÿ™

    • Cheq Eem  says:

      untuk mengurangkan risiko penyakit tulang perlu minum susu 2 gelas sehari.. jika saudari tidak gemar sayur hijau saudari cubalah ambil makanan tambahan untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita.. ๐Ÿ™‚

  • salim  says:

    terimakasih sharing infonya cheq ๐Ÿ˜€ saya akan berusaha lebih hidup sehat hehehe

Isikan Komen Anda Disini