14 Tips Pemakanan dan Diet Untuk Dikongsikan Bersama

Salam kepada semua pembaca,

Pengambilan vitamin tambahan bukanlah satu cara untuk kita menjaga kesihatan badan. Selain daripada kita mengambil vitamin tambahan setiap hari, kesihatan badan juga harus dijaga dengan cara pemakanan dan diet yang sempurna serta  haruslah dipantau secara berkala. Di era yang serba moden ini, kebanyakkan daripada kita sering mengabaikan cara pemakanan serta diet harian oleh kerana kesibukkan urusan kerja dan disinilah vitamin tambahan memainkan peranan yang penting supaya dapat membantu badan kita untuk kekal bertenaga dan sihat.

Piramid Makanan Diet Sihat

Apa yang saya nak kongsikan disini ialah 14 tips pemakanan dan diet yang sihat sebagai panduan kita semua termasuklah saya serta keluarga saya. Pengambilan vitamin tambahan bukan bermaksud kesihatan anda sudah terjamin, ia cuma membantu kepada penjagaan badan tetapi  pemakanan dan diet yang sihat perlu juga diambil kira.

Tips 1. Makan pelbagai jenis makanan

Tiada 1 jenis makanan dapat membekalkan kesemua tenaga, nutrien dan komponen makanan yang diperlukan. Jadi, amalkan diet seimbang dan merangkumi kelima-lima kumpulan piramid seperti gambar di atas.

Tips 2. Kekalkan berat badan

Kekalkan berat badan yang sihat dengan makan secara setimpal dan tingkatkan aras aktiviti fizikal. Timbang berat badan secara kerap.

Tips 3. Aktif secara fizikal

Lakukan aktiviti fizikal dalam rutin harian anda (contohnya menaiki tangga daripada guna lif atau berjalan ke meja rakan daripada menelefon), berjalan pantas setiap hari/bersukan sekurang kurangnya 2-3 kali/minggu.

Tips 4. Makan makanan yang membekalkan tenaga

Makan nasi dan produk bijirin lain dengan secukupnya (utamakan bijirin penuh)

Tips 5. Banyakkan buah dan sayur setiap hari

Makan sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah setiap hari.

Tips 6. Makan ikan, daging, ayam, telur dan  kekacang secara sederhana

Makanan ini membekalkan protein, pelbagai nutrien dan komponen makanan berkhasiat yang penting untuk kecergasan. Ikan dan kekacang merupakan pilihan yang lebih sihat.

Tips 7. Ambil susu dan produk tenusu secukupnya

Susu merupakan makanan yang berkhasiat yang mengandungi pelbagai nutrien penting termasuk kalsium dan protein. Saranan adalah 2 gelas susu sehari.

Tips 8. Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak serta kurangkan lemak dan minyak semasa penyediaan makanan

Pengambilan lemak dan minyak secara berlebihan menyumbang kepada berlebihan berat badan. Hadkan juga pengambilan makanan tinggi kolestrol, lemak haiwan, dan asid lemak  yang boleh menyumbang kepada masalah jantung.

Tips 9. Pilih dan sediakan makanan yang kurang garam

Pengambilan natrium yang tinggi dikaitkan dengan tekanan darah tinggi dan pelbagai masalah berkaitan. Contohnya seperti bahan perasa, belacan, cencaluk, sos, kicap dan sebagainya.

Tips 10. Ambil makanan dan minuman rendah gula

Mengambil terlalu banyak gula boleh menyebabkan karies gigi dan berat badan berlebihan. Kurangkan pengambilan gula dan jadikan produk rendah gula sebagai pilihan yang lebih sihat.

Tips 11. Minum banyak air setiap hari

Air membantu mengawal-atur suhu badan, mengekalkan jumlah darah dan mengangkut nutrien serta bahan buangan dalam tubuh. Saranan 6-8 gelas air sehari.

Tips 12. Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir sehingga bayi berumur 6 bulan dan teruskan sehingga berumur 2 tahun

Susu ibu adalah pemakanan paling baik untuk bayi dan turut melindungi daripada pelbagai penyakit. Juga memberi manfaat kepada kesihatan ibu.

Tips 13. Ambil makanan serta  minuman yang bersih dan  selamat

Elakkan penyakit bawaan makanan dengan menyimpan dan menyediakan makanan dengan baik, memasak dengan sempurna dan mengendalikannya dengan bersih. Ketika membeli makanan terproses, periksa tarikh luput dan pastikan bungkusan tidak rosak. Apabila makan di luar, pilih kedai yang bersih.

Tips 14. Gunakan maklumat pemakanan pada label secara berkesan

Gunakan Panel Maklumat Pemakanan (Nutrition Information panel,NIP).NIP menunjukkan jenis dan jumlah nutrien yang terkandung dalam sesejenis produk. Maklumat ini juga boleh digunakan untuk membuat perbandingan antara produk.

* Sumber ini adalah daripada Pakar Perunding Pemakanan, Universiti Malaya berdasarkan Panduan Diet Malaysia 2010

Marilah kita sama-sama mengamalkan 14 tips pemakanan dan diet yang telah saya kongsikan dengan anda. Insya Allah kehidupan kita akan lebih sihat, cergas dan cerdas. Shaklee menawarkan pelbagai jenis produk nutrisi tambahan termasuk pengurusan berat badan, kecergasan ahli sukan, penyusuan susu ibu, penambahan nutrisi harian dan lain-lain lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Shaklee, anda boleh hubungi saya sebagai pengedar sah Shaklee yang berdaftar. Insya Allah segala pertanyaan akan di balas secepat mungkin.

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk
Find eshamz halim on Google+!

One comment to 14 Tips Pemakanan dan Diet Untuk Dikongsikan Bersama

  • Blogger kesihatan tegar...  says:

    Tips yg bagus untuk kongsi bersama…..

Leave a reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge