Slide # 1
 

Yearly Archives 2013

Azam Tahun Baru 2014

Salam pembaca,

Pejam celik, bangun tidur… Esok dah masuk tahun baru 2014.. Rasa macam sekejap jer masa berlalu.. Sedar-sedar je dah penghujung tahun.. Apa yang sinonim setiap kali nak masuk tahun baru? Persediaan sekolah anak-anak kah..? Hehe… Bagi yang dah bergelar ibu bapa itu sudah semestinya.. Tapi secara amnya mesti berkaitan dengan azam tahun baru..

Kalau buat senarai untuk azam baru memang panjang.. Biasalah bila berangan macam-macam yang kita inginkan.. Tapi tak salah jika kita buat senarai tersebut.. Sekurang-kurangnya boleh dijadikan sebagai matlamat hidup kita.. Salah satu impian saya untuk tahun 2014 ialah untuk menawan gunung-ganang dan bukit-bukau di Malaysia.. Nak meredah masuk ke dalam hutan dan menikmati alam semulajadi.. Escape to nature katanya.. 🙂

Salah satu sebab kenapa pelancong luar suka datang ke Malaysia ialah negara kita  mempunyai hutan tropika yang sangat cantik dan masih terpelihara....

Jom Baca Lebih Lanjut.......

10 Entri Paling Popular Sepanjang Tahun 2013

Salam pembaca,

Tahun 2013 akan melabuhkan tirai tidak lama lagi.. Pasti banyak perkara suka dan duka yang kita hadapi sepanjang tahun ini yang boleh dijadikan sebagai panduan dan pengalaman hidup.. Begitu juga dengan blog Vitamin4Kesihatan .. Usia blog ni akan cecah setahun pada bulan depan.. Masih banyak yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa terutama dari segi isi kandungan, gaya penulisan, teknik SEO, blog template dan sebagainya..

Semakin hari semakin ramai yang berkunjung ke blog ini.. Alhamdulillah.. Terima kasih kepada semua pengunjung blog tak kira rakan blogger atau pun pengunjung yang ingin mendapatkan info mengenai produk Shaklee.. Dan terima kasih juga kepada semua pelanggan yang menghubungi saya melalui blog untuk mendapatkan produk Shaklee.. 🙂

Ini adalah entri yang ke-140.. Jadi daripada 140 entri yang ada, saya kongsikan dengan pembaca 10 entri paling popular sepanjang 2013 dalam blog Vitamin4Kesihatan..

anugerah-entri-paling-popular-2013-aepp2013-vitamin4kesihatan_____________________________________________________________...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Makan Vitamin Tambahan Seumpama Merokok

Salam pembaca,

Dah lama rasanya tak menyumbangkan artikel kat blog ni, kebelakangan ni sibuk sket dengan blog www.shamphotography.com …hihihi. 😀

Mesti korang tertanya-tanya tentang tajuk entri di atas “Apa kaitannya vitamin tambahan dengan rokok?” dan “Kenapa pulak makan vitamin tambahan seumpama merokok?”.  Rilek semua! rilek!…. jangan marah-marah atau bingung. Jom aku terangkan maksud sebenarnya entri ini dan segala penulisan entri ini adalah berdasarkan pendapat aku sendiri, tidak diciplak daripada mana-mana website atau blog.

Seperti yang aku pernah cerita pengalaman aku untuk berhenti merokok dulu di entri “Vitamin E Shaklee Boleh Membantu Berhenti Merokok – Betul ker?” Alhamdulillah!, sehingga ke hari ini aku tak sentuh atau pegang walaupun sebatang rokok dan aku rasa paru-paru aku akan tersenyum riang kerana tidak perlu dipaksa menyedut asap rokok...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Vitamin C SR Shaklee Rasa Macam Makan Oren

Salam pembaca,

Salah satu vitamin Shaklee kegemaran saya ialah Vitamin C SR 500mg.. Saya makan sebab nak kurangkan masalah sinus yang selalu terjadi setiap pagi.. Setiap kali bangun tidur jer macam ada binatang dalam hidung dan rasa gatal yang amat sangat.. Lepas tu automatik akan terus bersin tanpa berhenti dan keluar lah hingus yang berwarna putih.. Stress betul dibuatnya..

Masalah sinus sebenarnya ada pada setiap orang.. Sama ada teruk atau pun tidak.. Saya pula ada sinus disebabkan oleh sejarah keluarga iaitu abah saya.. Apa boleh buat, keturunan katanya.. Hehe…

Kalau orang lain makan vitamin C untuk cantik, saya makan vitamin C untuk kurangkan masalah sinus.. Nak cantik dah minum ESP setiap pagi.. Hehe.. Lepas seminggu makan tahap bersin berkurangan dari 10 kali ke 2,3 kali.. Kemudian selepas sebulan pula daripada setiap hari jadi 2,3 hari jer dalam seminggu.. Ok lah tu.. Asalkan bukan setiap hari dan bukan banyak kali.. Ada juga lah perubahan nya..

Vitamin C SR Shaklee Rasa Oren

Jom Baca Lebih Lanjut.......