Yearly Archives 2014

Rebut Jualan Akhir Tahun Shaklee 2014

Salam pembaca

jualan-promosi-shaklee-akhir-tahun-2014

Y.E.S. Year End Sale.

Yeahh… Sinonim sangat perkataan Y.E.S ni bila sampai hujung tahun kan. Banyak betul jualan murah sana sini. Clearance Sale, Warehouse Sales, Stock Clearance, Bazaar Sales dan macam-macam lagi perkataan yang kreatif untuk tarik perhatian pembeli untuk beli barang yang ditawarkan. Kalau lah duit dalam poket kita ni berkepuk-kepuk memang nak borong semua barang. Hahaha.. Sabar-sabar.. Kena kawal nafsu bila tengok poster jualan murah. Nak beli barang kena buat senarai dulu. Bila nak beli ikut keperluan dan keutamaan.

Bila bab kesihatan ni ramai yang tak ambil berat sangat. Susah sangat nak keluarkan duit untuk berbelanja demi kesihatan. Antara alasannya ‘belum sakit lagi’. Padahal dah macam-macam kempen dari pihak yang bertanggungjawab untuk memberi kesedaran betapa pentingnya konsep ‘mencegah lebih baik daripada merawat‘. Kos rawatan berganda-ganda lebih mahal berbanding kos mencegah...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Cara Dapatkan Omega Guard Shaklee Dengan Harga Murah

Salam pembaca,

Bulan ni adalah bulan terbaik untuk dapatkan minyak ikan yang paling tulen, paling asli, mempunyai gred farmaseutikal dan tinggi kandungan DHA dan EPA. Omega Guard Shaklee memang pilihan terbaik berbanding dengan minyak ikan yang ada dipasaran. Masih belum terlambat kalau nak mencuba. Dengan promosi hebat bulan ni anda boleh dapat penjimatan yang banyak!

Sepatutnya promosi ni Shaklee lancarkan masa bulan September hari tu. Baru lah bersesuaian dengan sambutan Hari Jantung Sedunia pada bulan tersebut. Sebabnya kebaikan minyak ikan ni sangat sinonim dengan kesihatan jantung,  menurunkan paras kolestrol disamping merendahkan risiko serangan stroke yang menjadi punca utama rakyat Malaysia meninggal dunia.

Tapi takpa lah. Kempen menjaga kesihatan jantung bukan untuk bulan September sahaja. Ianya patut diteruskan sepanjang masa. Kalau paras kolestrol tinggi dan susah nak turunkan elok sangat borong Omega Guard bulan ni. Hehehe…

omega guard shaklee minyak ikan terbaik di dunia

Beli 6 Percuma 1, Beli 2 Diskaun 5%

Jadi macam ...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Tips 5M Badan Cepat Sihat Dan Cergas Selepas Bersalin

Salam pembaca,

set bersalin terbaik

Seronok saya baca pengalaman ibu-ibu yang berpantang dengan produk Shaklee. Ada yang saya baca dalam FB group ahli Shaklee, ada yang saya baca dari FB group pelanggan Shaklee dan ada juga yang saya baca dari blog semasa blogwalking. Boleh dikatakan hampir semua ibu-ibu ni bagi tahu Set Berpantang Shaklee memang terbaik, sangat jimat dan tahan lama. Saya pula nak kongsi pengalaman masih belum ada lagi. Hehehe..

Masa dalam pantang apa yang ibu-ibu ni risaukan ialah badan lemah, tidur tak cukup, luka bersalin lambat sembuh, susu badan sikit dan macam-macam lagi. Jadi tak hairan lah bila bab nak memilih set bersalin yang sesuai berbulan-bulan buat survey. Baca blog lah, tanya kawan-kawan atau pun adik-beradik. Lepas tu buat perbandingan yang mana satu lagi bagus. Lebih-lebih lagi yang nak lahirkan anak sulung. Betul tak? Hahaha.. Biasalah tu.. Perkara normal orang perempuan korek info sana sini. Yang lelaki kena korek tabung untuk tolong bayarkan. Hehe..

Tips 5M Badan Cepat...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Step Test: Uji Tahap Kecergasan

Salam pembaca,

how-to-do-step-excercise

Pernah dengar pasal ‘Step Test‘ tak? Saya memang tak tahu langsung pasal ‘Step Test’. Semasa pergi ke Pameran Kesihatan Jantung pada bulan lepas baru saya tahu tentang ‘Step Test’. Rupa-rupanya ‘Step Test’ ialah satu cara untuk kita uji tahap kecergasan kardiovaskular.

Apa yang perlu saya lakukan ialah cuma pijak atas platform yang disediakan dan turun daripada kotak tersebut. Cuba lakukan berulang kali secara konsisten dalam kiraan 4 (UP UP DOWN DOWN) selama 3 minit. Macam susah nak paham apa yang saya tuliskan? Hehehe.. Sebenarnya lebih kurang macam gambar di bawah ni. Setiap kali petugas tu cakap UP UP, posisi saya adalah di atas platform, bila dia cakap DOWN DOWN saya kena turun ke bawah.

contoh ujian step test

Selepas tamat 3 minit saya teruskan berdiri. Petugas tak bagi saya duduk. Tapi memang saya tak kan duduk pun. Hehehe.. Kemudian dia periksa denyutan nadi dalam masa satu minit. Dan keputusannya ialah…… Denyutan nadi saya lebih kurang 144/minit...

Jom Baca Lebih Lanjut.......