Slide # 1
 

Monthly Archives May 2014

Zombie Run 2014 Mengganas di Putrajaya

Salam pembaca,

Walaupun dah seminggu berlalu, tapi penangan zombie run masih lagi terasa. Luka dekat lutut baru jer nak kering, bengkak dah surut sedikit dan lebam masih belum hilang. Kenangan kena kejar dengan macam-macam jenis zombie memang tak kan dilupakan. Ada zombie kampung pisang, ada zombie sasa, ada zombie pirate, ada zombie askar. Macam-macam lah.. Lepas tu semua zombie agresif gila dok kejar manusia. Macam dah lama tak dapat otak manusia. Ntah apa yang sedap otak manusia pun tak tahulah. Rasanya otak burung unta lagi sedap kan. Hahaha..

Itu lah kenangan kali pertama join Zombie Run Malaysia. Bila member tag dalam FB ajak join, terus usulkan pada husband. Menarik ni kalau join. Malam tu juga google dan cari info pasal zombie run. Rupanya dah pernah ada tahun lepas. Ingatkan baru nak buat tahun ni. Ekekeke.. Lepas dah buat kerja-kerja KGB kita orang pun tak fikir panjang dah. Terus setuju jer. Untuk join zombie run cuma bayar RM112 untuk satu team...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

DYMM Sultan Perak Mangkat Wordless Wednessday #29

Salam pembaca,

Sebagai rakyat negeri Perak, saya benar-benar berasa sedih apabila mendapat tahu mengenai berita ni petang tadi. Alfatihah..

sultan-perak-mangkat

Follow Cheq Eem on Google+!

iR Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Caratomax Untuk Kesihatan Mata dan AJHT Untuk Sakit Lutut Kini Dah Kembali

Salam pembaca,

Produk Shaklee memang sentiasa laris dan hangat di pasaran. Bila terima maklumat dari Shaklee produk sekian-sekian ‘.. is available now‘ berpusu-pusu orang pergi beli, sama ada walk in di branch ataupun order secara online. Lepas 2,3 hari dah out of stock. Kadang-kadang dalam masa satu hari pun dah boleh habis. Memang stress dibuatnya. Pada mereka yang mempunyai sedikit modal boleh lah beli awal untuk pelanggan yang memang setia. Buat peniaga yang tiada modal pula terpaksalah gigit jari sampai stok muncul. Ada sesetengah distributor yang masih baru lagi risau pelanggan lari dan beli dengan orang lain. Dah adat berniaga kenalah terima. Tapi kalau servis dan konsultasi yang kita beri untuk pelanggan tip top, berada dalam kelas AAA mesti dia akan sabar dan tunggu sampai barang ada. 🙂

Alhamdulillah akhirnya dua produk yang dicari oleh ramai pengguna Shaklee telah kembali...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Kisah Benar Orang Yang Takut Nak Telan Pil Vitamin Atau Ubat

Salam pembaca,

Ada tak yang jenis penakut untuk telan pil vitamin atau pun ubat? Macam saya tak kisah saiz pil tu besar atau kecil. Boleh jer anak tekak ni terima dan telan. Makan 2 pil serentak pun boleh. Tapi ada sesetengah orang ada yang memang payah nak telan pil ni. Nak pulak kalau pil tu saiznya besar. Sebelum nak telan tu terkebil-kebil biji mata tengok pil tu. Ada yang guna cara dengan patahkan dua bahagian baru telan, ada juga yang hancurkan terus. Nak khasiat punya pasal, macam-macam cara pun sanggup.

tips-makan-vitamin-shakleeOrang lelaki memang susah nak makan vitamin ni. Nak kena suapkan baru makan. Setuju tak? 😀 Kredit: Google

Saya nak kongsi kisah dua orang adik beradik saya yang jenis susah nak telan pil. Sorang kakak saya dan sorang lagi adik bongsu. Yang adik bongsu ni daripada dia kecik sampailah dah besar memang susah betul nak telan pil. Dia kalau demam, bila disuruh makan panadol memang tak nak punyalah. Untuk paksa dia makan, mak saya akan patahkan pil panadol tu jadi dua...

Jom Baca Lebih Lanjut.......