Monthly Archives July 2014

Majlis Iftar Anjuran Denaihati Bersama Blogger

Salam pembaca,

Murah sunguh rasanya rezeki saya untuk ramadhan tahun ni. Ada saja undangan iftar dari rakan blogger. Kalau hari tu saya pergi majlis iftar di Royale Bintang Kuala Lumpur bersama dengan anak yatim atas jemputan Akma Omar. Kali ni saya dapat jemputan pula dari Denaihati Network untuk berbuka bersama blogger. Terima kasih bebanyak ler saya ucapkan pada abam Kid a.k.a Shakkido a.k.a Hisyamuddin Fadzil. Siapa lagi kalau bukan blogger yang femes tuu.. Kalau nak kenal pi masuk blog dia kat sini –> Shakiddo

Pada hari tersebut saya tak sangka ramai rupanya rakan-rakan blogger yang datang dengan keluarga masing-masing.  Lebih kurang dalam 70 orang kami berkumpul dan beramah mesra. Ada beberapa blogger yang memang saya dah pernah jumpa sebelum ni semasa di majlis Sepetang Bersama Blogger 2014. Tapi yang belum pernah jumpa pula rasa seronok sebab dapat berjumpa, berkumpul dan beramah mesra. Sebelum ni kami hanya tegur-tegur dalam blog masa blogwalking...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Soal Jawab Dan Info Set Berpantang Shaklee

Salam pembaca,

Alhamdulillah.. Sekarang ni ramai juga ibu-ibu di luar sana yang memilih untuk berpantang dengan produk Shaklee. Ada yang beranggapan berpantang dengan produk Shaklee adalah cara berpantang yang moden, terutama dikalangan orang melayu. Ya lah kan. Berpantang hanya dengan mengambil vitamin sahaja. Kalau dulu-dulu saya tengok kakak saya setiap kali berpantang penuh macam-macam akar kayu, herba dan sebagainya. Kena rebus akar-akar kayu tu dulu, pastu kena minum. Kalau saya memang tak lalu lah. Cium bau je pun dah kembang tekak. Hahaha..

Saya rasa ramai yang tahu banyak testimonial pengguna Shaklee yang merasakan kesan positif selepas mengamalkan set berpantang Shaklee. Tapi masih ada juga ibu-ibu di luar sana yang meragui untuk mengamalkannya.  Macam-macam soalan yang diajukan. Betul-betul selamat ker? Kenapa ada macam-macam set? Apa fungsi bagi setiap vitamin? Dan macam-macam lagi. Kenapa? Tak percaya ker? Hehehe....

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Buffet Ramadhan Casa Ombak – Konsep Berbuka Dalam Taman

Salam pembaca,

Saya percaya sepanjang bulan ramadhan mesti ada diantara kita akan cuba meluangkan masa untuk berbuka diluar bersama rakan-rakan atau pun keluarga. Sekali sekala memilih untuk berbuka di luar pun seronok juga kan. Dapat juga berkumpul, beramah mesra, mengeratkan silaturrahim serta merapatkan ukhuwah. Ada banyak tempat-tempat  menarik yang kita boleh pergi untuk berbuka di luar. Semestinya lokasi yang menawarkan hidangan secara buffet menjadi pilihan ramai.

buffet-ramadhan-casa-ombak

Jika anda sukakan suasana majlis berbuka berkonsepkan dalam taman di Kuala Lumpur, Casa Ombak @Jalan Damai, Kuala Lumpur adalah lokasi yang anda patut kunjungi. Walaupun ianya terletak di tengah bandaraya, tetapi tempat tersebut bukan lah sukar untuk ditemui. Dengan berpandukan sistem GPS seperti applikasi Waze, anda pasti akan tiba dengan selamat.

Untuk pengetahuan anda, Casa Ombak bukanlah sebuah restoran. Ianya adalah sebuah halaman kawasan banglo mewah...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Majlis Iftar Bersama Anak Yatim Di Hotel Royale Bintang Kuala Lumpur

Salam pembaca,

Alhamdulillah.. Dah nak masuk dua minggu kita menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Rasa macam sekejap jer kan. Lepas nie semua orang dah sibuk dengan persiapan menjelang hari raya pula. Dalam kita bergembira jangan lupa pula pada mereka yang kurang bernasib baik. Salah satu cara yang boleh kita buat ialah dengan memperbanyakkan sedekah kepada golongan yang memerlukan. Insya-allah lebih banyak kita memberi lebih banyak kita menerima. 🙂

royale-bintang-kuala-lumpur-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-vitamin4kesihatan-6

Baru-baru saya berkesempatan memenuhi undangan program amal berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir di Hotel Royale Bintang Kuala Lumpur. Program sebegini adalah program tahunan yang dianjurkan oleh pihak hotel Royale Bintang Kuala Lumpur sebagai salah satu tanggungjawab sosial untuk golongan yang kurang bernasib baik. Terima kasih buat rakan blogger iaitu sis Akma Omar atas jemputan ini. Beberapa rakan blogger turut juga bersama-sama memeriahkan majlis ini antaranya sis Hanny, Hazman, Nam...

Jom Baca Lebih Lanjut.......