Monthly Archives September 2014

Kempen Membeli Sambil Menderma

Salam pembaca,

Ada yang berminat untuk menyokong kempen membeli sambil menderma dengan produk Shaklee? Kalau YA ada satu berita baik yang saya nak kongsikan dengan semua. Sepanjang bulan September – Oktober, Shaklee membuat promosi Beli 3 Percuma 1 untuk produk Meal Shakes. 10% daripada hasil penjualan akan disumbangkan kepada 2000 keluarga yang memerlukannya selama setahun. Dan sasaran yang ingin dicapai ialah sebanyak RM1,000,000.

Untuk pengetahuan semua, usaha ini adalah kerjasama diantara pihak Shaklee Malaysia dengan MyKasih. Nama program ini ialah “Shaklee Cares For Our Children”. Untuk pengetahuan semua program ini tiada kena mengena dengan sumbangan peribadi dari pengedar Shaklee. Pihak Shaklee Malaysia yang akan menguruskan kutipan jualan. Kami pengedar Shaklee bertanggungjawab mempromosikan kempen ini supaya misi berjaya. Jangan salah faham pula yea… 🙂

Bagaimana nak sertai kempen Shaklee Cares For Our Children

buy 3 free 1 mealshakes

Kempen ini terbuka untuk semua sama ada ahli Shaklee atau pun ...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Beli Produk Shaklee Secara Online Dengan E-Sell

Salam pembaca,

beli shaklee secara online

Untuk pengetahuan semua Shaklee telah menyediakan sistem pembelian secara online untuk bukan ahli Shaklee. Sistem ini dinamakan eSell. Ianya telah bermula sejak akhir bulan June 2014. Melalui sistem eSell pengguna boleh membeli produk Shaklee secara online dan membuat pembayaran melalui kad kredit / kad debit. Nah, sekarang sudah ada alternatif baru yang lebih mudah untuk pengguna mendapatkan produk Shaklee.

Apa itu eSell?

Pernah beli barang secara online di Lazada? Ataupun di Zalora? Kalau kaki shopping online mesti pernah kan. Haa, macam tu jugaklah sistem online eSell. Pengguna boleh pilih sendiri produk Shaklee mana yang ingin dibeli. Bila dah pilih, isikan maklumat penghantaran. Kemudian buat pembayaran sama ada menggunakan kad debit / kredit. (Maaf online banking masih belum ada lagi). Seterusnya hanya tunggu barang sampai di tangan anda. 🙂

Keistimewaan eSell

Salah satu keistimewaan sistem online eSell ialah pengguna boleh membeli barang Shaklee mengikut set ya...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Shaklee Effect Part 2: Wajib Ambil Kalau Buat Aktiviti Luar

Salam pembaca,

Kalau orang tanya produk Shaklee mana yang paling saya suka memang susah nak buat pilihan. Boleh dikatakan semua produk shaklee saya suka. Malah setiap satunya ada kelebihan tersendiri. Sebagai contoh kalau sarapan pagi, saya suka ambil ESP yang dibancuh dengan susu segar. Saya akan rasa kenyang sepanjang pagi dan lebih fokus untuk bekerja. Kalau untuk mencantikkan kulit saya suka Vitamin C dan Vitamin E. Bila ada kesan jerawat yang timbul sekali sekala buat masker vitamin C dan vitamin E cepat betul kesan parut tu pudar. Isshhh… memang semua produk Shaklee ohsemm!

new zealandPasang angan-angan nak hiking dekat New Zealand. 🙂

Kalau untuk aktiviti luar apa pula produk Shaklee yang saya suka?

Kalau rakan FB dan rakan blogger mesti tahu aktiviti masa lapang saya dan suami ialah melakukan aktiviti luar. Antaranya memanjat, larian amal, aktiviti lasak seperti water rafting, ATV dan macam-macam lagi. Pantang ada aktiviti yang menarik member bagi tau mesti nak join...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Shaklee Home Office Sudah Berpindah di Sunway

Salam pembaca,

Oleh kerana nama Shaklee semakin lama semakin besar dalam Malaysia, maka home office Shaklee pun telah berpindah ke tempat yang lebih besar, selesa dan cantik. Secara rasminya pada 25 Ogos 2014 lalu pejabat baru Shaklee adalah di The Pinnacle, Bandar Sunway. The Pinnacle adalah bangunan baru sekitar Bandar Sunway. Kalau tak tahu di mana The Pinnacle, ianya sederet dengan Sunway Medical Centre. Boleh lihat peta di bawah.

peta-pejabat-baru-shaklee

lokasi-pejabat-baru-shaklee-1

Sejak ofis Shaklee berpindah ke tempat baru, saya belum sempat lagi ke sana. Bila lihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh rakan-rakan Shaklee rasa teruja pula nak ke sana. Berbanding dengan ofis lama, kaunter pembelian dibuka dengan lebih banyak lagi. Ruang menunggu masih sama seperti dulu, dilengkapi dengan meja dan kerusi. Oleh kerana ruangnya lebih luas, jadi lebih selesa. Turut disediakan bilik training yang besar dan selesa untuk kegunaan pengedar Shaklee menjalankan aktiviti seperti coaching, motivation rally dan sebagainya.

Yang paling istimewa...

Jom Baca Lebih Lanjut.......