Slide # 1
 

3 Langkah Asas Penjagaan Kulit Cantik Seperti Maya Karin

Salam pembaca,

Cantik tak Maya Karin pada pandangan korang semua? Tak cantik? Biasa-biasa jer? Atau memang cantik gila? Kalau peminat setia Maya Karin mestilah akan puji cantik kan. Betul tak? Tapi terpulang lah pada pandangan masing-masing. Almaklumlah, cantik tu kan subjektif. Pada pandangan mata saya Mata Karin bukan sahaja cantik malah dia ada personaliti yang tersendiri yang menjadikan dia lebih cantik secara semulajadi. Saya tak pernah lagi berjumpa dengan beliau secara personal atau terserempak dimana-mana ketika berjalan. Tapi saya teringin sangat nak berjumpa dengan dia. Dan kalau lah terjumpa kan, wajib selfie dengan dia. Ekekeke…

set kecantikan kulit shakleeSumber: Utusan Malaysia

Entri kali ni bukan nak bercakap pasal Maya Karin. Tapi nak berkongsi tentang tips kecantikan iaitu 3 langkah asas tentang penjagaan kulit wajah yang wajib kita lakukan setiap hari jika ingin memiliki kulit yang sihat. Ramai yang malas untuk menjadikan 3 langkah tersebut sebagai rutin harian dalam aspek penjagaan muka. Leceh katanya. Sedangkan ianya adalah penjagaan yang paling asas, paling mudah dan paling senang untuk kita lakukan. Apakah 3 langkah tersebut? Pembersih, Penyegar dan Pelembab.

3 Langkah Asas Penjagaan Kulit

Pembersih /Cleanser

Kulit wajah kita perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Sekali pada waktu pagi, dan sekali lagi pada waktu malam. Pilihlah pembersih muka yang bersesuaian dengan kulit muka masing-masing. Mencuci muka secara mendalam akan menyingkirkan kotoran serta lebihan minyak yang melekat pada kulit muka.

Penyegar / Toner

Dah cuci muka kira ok lah. Kenapa nak kena pakai penyegar pulak? Mesti tak tahukan fungsi penyegar untuk apa? Fungsi penyegar ni menutup semula liang-liang roma yang terbuka selepas kita mencuci muka. Kalau liang-liang roma ni dibiarkan begitu sahaja lagi senanglah kotoran akan masuk dan melekat dalam kulit. Pemakaian toner juga penting untuk mengecilkan liang roma pada wajah.

Pelembab / Moisturizer

Dua langkah yang di atas tidak mencukupi kalau nak kulit yang sihat dan cantik. Wajib pakai pelembab. Sebabnya pelembab memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelembapan pada kulit muka sekurang-kurangnya untuk 8 jam sehari. Kulit yang kering akan menjadikan wajah kita nampak kusam, tak sihat dan kurang bermaya. Pilih lah pelembab yang mempunyai perlindungan SPF untuk perlinugan kulit muka dari sinaran UV.

Itulah dia 3 langkah asas yang perlu kita lakukan sebagai rutin harian dalam penjagaan kulit yang sihat. Cuma 10min sahaja untuk melengkapkannya. Kalau nak dapatkan kulit wajah yang lebih halus, berseri dan menawan perlu lakukan rawatan intensif. Pasal rawatan intensif ni nanti saya ceritakan dalam entri yang lain. Kalau nak tulis pasal tips kecantikan penjagaan kulit memang tak cukup satu entri. Hehehe..

set kecantikan kulit shaklee

Saya memang pengguna setia The Body Shop sejak 7 tahun yang lepas. Baru-baru ni ada sales untuk member, so waktu yang terbaik lah untuk shopping. Sebabnya dapat additonal 10% bagi setiap barang yang dibeli.  😀

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

4 comments to 3 Langkah Asas Penjagaan Kulit Cantik Seperti Maya Karin

  • Raudzah  says:

    Kita pun pernah guna body shop tapi tak lama…Tapi suka body shop punya smell..very soft..

    • Cheq Eem  says:

      haah.. bodyshop bau dia memang soft dan natural… bahan2 yang digunakan pun 100% vegetarian.. itu yang suka dan setia sampai sekarang… hehe….

  • Abdur  says:

    Nice tip,jangan pula terbalik.Pakai pelembap baru bersihkan muka.

    • Cheq Eem  says:

      kalau terbalik kenalah pakai balik pelembab tuu… hehe…. tq.. 🙂

Isikan Komen Anda Disini