5 langkah mengurangkan berat badan anda

Salam hormat kepada para pembaca,

Kempen pilihanraya umum ke 13 sudah pun selesai dan sekarang marilah kita berkempen untuk kurangkan berat badan pula.

Masalah berat badan berlebihan adalah menjadi masalah setiap negara dan bukan hanya di Malaysia sahaja tapi bagaimanakah langkah untuk kita mengurangkan berat badan?

berat-badan-berlebihan

Tahukah anda? Individu yang mengambil sarapan pagi yang sihat setiap hari lebih mudah mengelakkan kenaikan berat badan selepas mengalami penurunan berat badan.

Memiliki berat badan yang berlebihan juga akan meningkatkan lagi risiko untuk menghidapi pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kencing manis ataupun darah tinggi. Pengurangan berat badan juga dapat memperbaiki tahap kesihatan, keyakinan diri dan juga penampilan yang lebih bergaya.

Pengamalan diet adalah sebahagian daripada pengurangan berat badan, tetapi ini tidak bermakna anda perlu berasa lapar. Diet yang betul seharusnya membuatkan anda berasa kenyang dan berpuas hati.

Jadi apakah 5 langkah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan berat badan?.

Langkah 1Tentukan berat yang diingini

Tentukan matlamat yang realistik, sebagai contoh kita cuba kurangkan berat 0.5kg/seminggu dan bukannya pengurangan secara mendadak. Pengurangan berat badan sedikit demi sedikit adalah lebih baik. Crash dieting akan menyebabkan kehilangan berat badan yang banyak seterusnya boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang lebih cepat.

Langkah 2Simpan diari makanan

Rekodkan segala yang anda makan dan minum. Diari ini penting untuk mengetahui apa yang perlu dimakan atau dielakkan untuk proses mengurangkan berat badan. Anda boleh mengetahui rekod pemakanan anda dengan cara begini.

Langkah 3Elakkan makanan kalori tinggi

Anda hanya dibenarkan mengambil sedikit kalori setiap hari, jadi anda perlu menggunakan dengan bijak. Jauhkan makanan bergoreng, minuman berkarbonat, minuman manis, santan atau kuah. Perkara begini memang susah nak dielakkan dalam kehidupan harian kita tetapi cuba kurangkan kuantiti pengambilannya.

Langkah 4Makan makanan tinggi serat dan rendah lemak

Makanan ini akan membuatkan anda kenyang dan dapat mengelakkan penyakit diabetes dan barah. Contoh makanan ini adalah seperti roti bijirin penuh, beras perang, sayuran (sekurangnya 3 hidangan sehari) dan buah-buahan (2 hidangan sehari).

Langkah 5Sentiasa bergerak!

Senaman dapat meningkatkan jisim otot. Mempunyai lebih otot akan meningkatkan lagi kadar metabolisma dan boleh menyebabkan badan anda membakar kalori walaupon dalam keadaan rehat.

Sumber: UMWellness, Universiti Malaya

Proses pengurangan berat badan bukanlah semata-mata hanya dengan pengambilan produk-produk kuruskan badan tetapi diet dan pemakanan yang sihat serta berkesan juga harus dilakukan.

Jom kita sama-sama jadi rakyat Malaysia yang sihat……(sukar jugak untuk dilakukan…ekekekeke..tapi kena cuba dulu)

Cheq Eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk
Find eshamz halim on Google+!

4 comments to 5 langkah mengurangkan berat badan anda

  • Khir Khalid  says:

    Alhamdulillah… setakat ni berat badan masih terkawal.. tp klu lebih berat sikit pun bagus juga. Mmg kena sentiasa menjaga pemakanan kan. T kasih atas tips Cheq Eem.. 🙂

    • Cheq Eem  says:

      tak semua orang boleh menten berat badan lepas kahwin.. tapi saya tengok Khir steady jer… heheh… kalau nak tambah berat kena lah makan lebih sikit.. 😀

  • Aku Penghibur  says:

    terima kasih infonya…sedang berusaha

    • Cheq Eem  says:

      semoga berjaya acik…! 🙂

Isikan Komen Anda Disini