6 Sebab Kenapa Menyelam Sangat Best

Salam pembaca,

Kalau ada yang bagi tahu menyelam itu tak best dan bahaya ianya adalah satu tanggapan yang patut di buang jauh-jauh. Boleh jadi orang tu ada pengalaman yang tak menyeronokan, atau pun  menyelam kerana terpaksa. Padahal menyelam ni adalah satu aktiviti sukan yang sangat best. Bukan semua orang berpeluang untuk menerokai kehidupan dasar laut. Tapi kalau peluang itu ada kenapa kita biarkan begitu saja. Dan kalau kita ada fobia dengan air, kenapa tak cuba cabar diri sendiri untuk lawan rasa takut tu.

Pokok pangkalnya kalau betul-betul minat untuk menyelam, jangan biarkan cita-cita dan impian terkubur begitu sahaja. Cepat-cepat daftarkan diri dengan mana-mana pusat kendalian PADI. Serious, memang best gila kalau duduk bawah laut. Saya bagi 6 sebab kenapa menyelam ke dasar laut sangat best.

cartoon-scuba-diver-hi

1. Berenang bersama hidupan laut

Inilah tujuan utama ambil lesen menyelam. Nak melihat sendiri hidupan di dasar laut depan mata. Kalau nak tengok pergi pusat aquaria pun boleh. Tapi tengok dekat, berada dalam laut dan lihat mereka disekiling kita lain feel nya lain sangat. Ada sekali tu ada sekumpulan ikan yang beribu-ribu jumlah rasanya (banyak sangat) berada atas kita orang. Masa tu memang terpegun lihat ikan-ikan tersebut bergerak secara berkumpulan.

2. Belajar bahasa isyarat pelik-pelik

Bila berada dalam laut cara untuk berkomunikasi ialah menggunakan bahasa isyarat. Setakat standard signal bahasa isyarat semua penyelam memang dah tahu. Cuma kalau tiba-tiba berada di dasar laut ternampak sesuatu benda yang menarik dan tak reti nak bagi tahu, haa masa ni lah bahasa isyarat yang pelik-pelik mereka akan buat. Jenuh lah nak fahamkan apa yang cuba di sampaikan. Kelakar pula bila mereka yang berpengalaman cerita pasal bahasa isyarat yang digunakan bila berada dalam air. Macam-macam cara mereka.

3. Dapat lihat spesis unik yang penuh warna warni

Lagi satu kelebihan memiliki lesen menyelam ialah dapat lihat spesis hidupan laut yang unik dan penuh warna warni. Nasib baik lah ada buddy yang memang dah ada lesen ikut serta dalam trip kita orang hari tu. Bila ada spesis ikan yang unik dia kan tunjuk pada kita orang. Fuhh, seronok betul dapat tengok. Dan ini lah salah satu faktor yang buat teruja nak menyelam lagi. Cuma masa pergi ambil lesen hari tu takda rezeki kami nak tengok penyu.

4. Belajar mengawal stress

Menyelam juga satu terapi yang sihat untuk kita mengawal stress. Perkara utama untuk menyelam ialah kita perlu ‘Relax’ dan jangan mudah panik. Sebab itu instructor akan sebut berkali-kali perkataan ‘Relax’.  Sebelum turun untuk menyelam memang akan ada perasaan takut, risau dan macam-macam lagi. Tapi sekiranya kita ingat segala konsep yang sudah dipelajari semasa kelas teori, kita cuma perlu menenangkan diri. Pergi menyelam bukannya pergi sorang, mesti ada buddy. Jadi tak perlu risau. Kita layan jer perasaan tengok spesis dalam laut. Pernah pergi pusat aquaria tak? Bayangkan perasaan kita bila masuk ke pusat aquaria? Tenang kan. Begitulah yang dirasai oleh setiap penyelaman.

5. Mengembangkan dan memperbaiki hubungan sosial

Konsep PADI ialah ‘Meet People, Go Places and Do Thing‘. Mereka yang suka bersosial, suka berkawan dan suka mencuba benda baru sila pertimbangkan untuk mengambil lesen menyelam. Walaupun hanya kami berdua je yang berbangsa Melayu dan selebihnya ialah bangsa Cina, tapi kami takda masalah untuk berkomunikasi dan lepak bersama. Mereka sangat sporting sebenarnya. Dan tak kedekut ilmu berkongsi pengalaman dan ilmu untuk pergi lebih jauh dalam sukan menyelam. Lebih kerap kita pergi buat diving, lebih ramai orang yang akan kita kenal. Pengalaman pun akan bertambah juga.

6. Sihat, Kurus dan Cantik

Yang terakhir sekali adalah yang paling saya suka tentang menyelam. Tahu tak korang, menyelam selama 45min -60min boleh membakar kalori sehingga 400kcal! Semasa menyelam kita menggerakkan keseluruhan anggota badan dari bahagian kepala sehingga ke kaki. Dan otot kaki lebih banyak digunakan untuk bergerak di dalam air. Setiap penyelam pula perlu membawa peralatan sendiri yang sememangnya berat terutama tangki oksigen sebelum turun untuk menyelam. Secara keseluruhan, menyelam adalah satu sukan yang membakar kalori tanpa berpeluh. Feeling kurus lepas balik menyelam hari tu.. 😀

jumlah-kalori-yang-dibakar-untuk-divingBerdasarkan berat dan jumlah masa semasa menyelam, saya berjaya bakar sebanyak 240kcal. Ini tak termasuk kalori yang dibakar semasa bawa peralatan scuba. Hehe..

Ini adalah perkongsian dari saya yang baru je ambil lesen menyelam bulan lepas. Lain orang lain pengalamannya. Kalau ada rezeki nak ambil Advanced Open Water Diver course. Baru lah boleh menyelam dengan lebih dalam sehingga 40m. Hehe..  Lesen yang ada sekarang nie cuma boleh menyelam sehingga 18m jer.

Follow Cheq Eem on Google+!

iR Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

14 comments to 6 Sebab Kenapa Menyelam Sangat Best

  • Raudzah  says:

    Hmmm..memang best kan Cheq Eemm.untung dah ada lisence..kat Malaysia ni banyak tempat yang menarik..

    • Cheq Eem  says:

      mmg banyak kat malaysia ni pulau2 yang cantik… tengah kumpul bajet lagi… hehe…

  • Sheila Salim  says:

    Assalamualaikum, alahaii kalaulah sheila reti berenang, mesti nak menyelam gak. masalahnya masa snorkeling pun macam takut2 berani je. wakakaaa salute kat korang suami isteri. pergi amik lesen dive. pasni snap gambar hidupan laut banyak2 buat koleksi tau. tumpang gembira dengan minat korang ni ~~~

    • Cheq Eem  says:

      waalaikumsalam…… kita orang pon buat-buat berani je sheila… ekekeke…. sebab tu kita org pergi discover scuba dulu.. bila rasa ok baru kita org teruskan niat nak ambil lesen.. lepas ni mmg nak pergi lagi.. takda pun ambil gambar dalam laut haritu… tp kena kumpul duit dulu lah… hahaha…..

  • hafizmd  says:

    bestnya dapat menyelam..byk betul kebaikannya..thanks sis cheq eem sudi berkongsi

    • Cheq Eem  says:

      asalkan ianya satu aktiviti yang sihat memang banyak kebaikannya.. mana tau lepas sy kongsikan pengalaman ni hafiz nak cuba… 🙂

  • PakcikLie PCL  says:

    pcl macam berminat nak ambik lesen menyelam, ..nak tapi tak buat2 sampai dah nafas nak semput ni baru teringin tu datang balik… haha, rasanya tak capai jugak sebab fobia laut dalam.

    • Cheq Eem  says:

      hehehe… buat snorkling pun ok gak pcl… dapat juga tengok ikan-ikan dan release tension.. sbnr nya kita org pun fobia gak, tapi tetap buat sbb nak atasi fobia tu.. lepas cuba ada lah kurang sikit.. hehe…

  • Khir Khalid  says:

    Mmg best.. dari zaman sekolah lg mmg teringin nk menyelam. Tp teringin je lah, tak ada apa2 tindakan pun yg dibuat ke arah itu. Klu bercuti kt pulau2 cuma snorkeling je hehee…
    Mmg satu aktiviti yg mencabar & sgt menarik… pengalaman yg dpt pun sgt2 berharga.. 🙂

    • Cheq Eem  says:

      snorkling pon ok jugak tu khir.. boleh jugak tengok ikan-ikan… itu lah.. sy pun dah lama teringin nak ambil, nasib baik ada husband yg support.. jadi adalah buddy partner.. kalau tak, ntah2 saya pun takda lesen gak… 😀

  • Strider  says:

    saya teringin nak pergi menyelam tapi nak berenang pun tak berapa nak pandai macam mana??hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    • Eshamz Halim  says:

      ekekekeke…bro, nak scuba tak perlu expert berenang cuma tau cam mana nak berenang jer..kuak itik pun ok dah.. swimming test tu sebenarnya untuk check samaada kita selesa ngan air ker tak, bukan nak tgk kita terrer berenang ker tak… tu jer.. biler menyelam langsung tak guna skill berenang pon… ekekekeke… boleh bro… ko mesti boleh amik lesen menyelam nyer…gerenti lulus..ekekeke 😀

  • aku penghibur  says:

    memang best kalau dapat berenang,…. aduhh tenangnya

    • Cheq Eem  says:

      mmg berenang itu sangat best… salah satu senaman yang bagus juga tau acik.. 🙂

Isikan Komen Anda Disini