7 Tips Sebelum Melakukan Aktiviti Outdoor

Salam pembaca,

Sekarang ni hobi saya di hujung minggu ialah melakukan aktiviti outdoor.. Semua nie gara-gara tahap keboringan hidup ‘berdua’.. Kalau dulu hujung minggu melepak dekat rumah layan movie atau jalan-jalan dekat shopping kompleks.. Tapi sekarang hujung minggu menyusun jadual nak memanjat bukit, buat sukan ekstrem dan sebagainya.. Yeaahh.. dah dapat balik momentum ‘adreanlin rush’ sebelum bergelar isteri..

Tapi untuk suami pula dia tak biasa dengan aktiviti macam nie.. Cara dia membakar kalori dengan mengambil job sebagai part time photographer untuk majlis kahwin atau jalan-jalan ambil gambar sebagai hobi.. Nie hobi orang kaya namanya.. Sebab gajet untuk ambil gambar bukan nya murah, mahal-mahal semuannya.. Haha… Tapi dengan hobi ni dapat juga cari duit tambahan untuk kahwin katanya.. Sekarang dah jarang buat, sebab banyak sangat persaingan yang tidak sihat.. Hehe…

Nak melibatkan dia untuk join aktiviti outdoor memang payah sikit lah pada mulanya.. Nak pula dia memang ada sejarah penyakit asthma masa kecik-kecik dulu.. Dia risau kalau buat aktiviti lasak sikit penyakit semput datang balik.. Tapi saya yakin kan dia yang dia mesti boleh buat aktiviti macam nie.. Jadi untuk beginner macam dia nie, kena lah buat persediaan serba sedikit.. Saya pun dah lama tak aktif bersukan, jadi kena lah beringat juga.. Sekurang-kurangnya dapat mengelakkan sebarang masalah terutama kecederaan fizikal dan masalah kesihatan..

hiking-bukit-saga-cherasHiking di Bukit Saga memang betul-betul mencabar kekuatan fizikal dan mental.. Tapi tak serik.. Nak pergi lagi.. Hehe..

Jadi saya kongsikan di sini 7 tips persediaan sebelum melakukan aktiviti outdoor berdasarkan pengalaman kami yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti seperti memanjat bukit, aktiviti ekstrem dan sebagainya..

1. Kasut

Pilih lah kasut yang bersesuaian dengan  saiz dan bentuk kaki.. Elakkan membeli kasut yang terlalu ketat untuk elakkan kaki melecet dan kuku sakit terutama ibu jari kaki.. Nak pakai kasut jogging pergi memanjat pun boleh, tapi hati-hati lah eh.. Jangan sampai tergelincir… Hehe..

kasut-hiking-waterproof-colombiaAlang-alang dah beli kasut mahal kena lah guna sebaik mungkin kan.. Kalau tak rugi jer… Hehe..

2. Baju

Pakai lah baju dari jenis material Dry-Fit atau kain jersi.. Ini kerana ianya ringan dan cepat kering.. Apabila berpeluh pula takda lah ada bau yang kurang menyenangkan..

3. Seluar

Tak kisah lah nak pakai seluar track atau pun seluar  yang jenis kargo.. Ikut keselesaan masing-masing.. Yang penting jangan pakai seluar Jeans atau seluar slack pula.. 😀

4. Bag

Kalau boleh bawa bag backpack yang ringan dan selesa.. Jangan bawa beg yang terlalu besar pula.. Yang penting jangan isi terlalu banyak barang sehingga membebankan bahu kita.. Nanti tak pasal-pasal sakit bahu pula.. Kalau ada dry bag atau waterproof bag lagi bagus..

dry-bag-hyper-gear-zaloraKoleksi drybag yang terbaru dari Hyper Gear.. Beli dekat Zalora sebab dapat voucher RM50.. Jadi bag nie Zalora lah yang sponsor.. 😀

5. Senaman

Sebelum memanjat bukit, berjogging atau sebagainya buat lah sedikit senaman memanaskan badan.. Bukan nya lama pun, 5 minit pun jadi lah.. Paling mudah pun parking kereta tempat yang jauh, bila dah sampai dekat tempat yang dituju mesti dah berpeluh kan.. Itu pun salah satu cara gak untuk memanaskan badan.. Hehe..

6. Kesihatan dan Keselamatan

Hanya kita yang tahu ketahanan badan macam mana.. Jangan push diri untuk buat outdoor kalau keadaan fizikal tak mengizinkan.. Kalau betul-betul nak cabar diri untuk buat aktiviti outdoor pastikan fizikal dalam keadaan fit dan sihat terutama di bahagian lutut..

7. Sarapan atau Makan

Jangan biarkan perut kosong sebelum buat apa-apa aktiviti.. Ini boleh menyebabkan paras gula dalam badan akan rendah.. Bila gula dalam badan takda, macam mana nak ada tenaga.. Silap haribulan boleh pengsan.. Bahaya tau..

Itu lah antara sebahagian tips yang boleh dikongsikan dengan pembaca.. Bila dah terjebak dan jumpa pula dengan kawan-kawan yang sempoi dan happening boleh jadi gian.. Setiap minggu rasa nak buat aktiviti outdoor jer.. Insya-allah hujung minggu nie nak pergi Bukit Broga hari Sabtu dan Bukit Gasing hari Ahad.. 🙂

Oh ya, minggu lepas pergi Skytrex Adventure.. Memang ‘thor’baik.. Kalau nak baca boleh cekidout blog suami saya kat sini –> Skytrex Adventure Challenge

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

19 comments to 7 Tips Sebelum Melakukan Aktiviti Outdoor

  • Aku Penghibur  says:

    terima kasih berkongsi ..dah lama jungle tracking ^_^

    • Cheq Eem  says:

      sama2 acik… dah lama tak pergi jungle tracking atau dah lama buat jungle tracking? :p

  • Khir Khalid  says:

    Kali terakhir saya join aktiviti outdoor spt junggle trekking adalah di gunung pulai, johor 4 tahun lepas.. smpi skrng tak de dah kecuali outdoor kt kl je.. hirup udara karbon dioksida huhu.. Nice sharing Cheq Eem, teringin nk masuk hutan lagi lah nanti.. in shaa Allah.. 🙂

    • Cheq Eem  says:

      tak pernah dengar pasal gunung pulai.. nanti nak google lah info pasal gunung nie.. boleh carik geng memanjat ke sana pulak… thks bagi info.. nnt kalau teringin boleh lah ikut saya dan suami masuk hutan.. kalau kat KL nie paling dekat Frim, Kepong…. Hehe..

    • Eshamz Halim  says:

      Saudara Khir, saya ada naik gunung pulai dulu tapi halfway jer dulu ngan geng2 kat johor…tahun 2000 kot rasanya…. dulu saya selalu lepak felda kat Larkin tuu.. rumah member..pastu round2 Johor..
      ada gak lepak rumah member kat kota tinggi dulu.. lama giler dah tak jumpa geng2 kat johor…..

  • PakcikLie PCL  says:

    alamak..sy teringin gak berkapel mcm korang berdua hiking or whatever haha, tapi masa ni rasanya mcm tak mengizinkan lah especially mywife..selalu mengadu sakit kaki walau hanya berjalan2 sekejap kat pasar..

    takpe selagi masih muda korang enjoyla ea ..

    pss , kalau ke area tempat kami cari makan ni jgn lupa contact !

    • Cheq Eem  says:

      hahaha….. tapi kita orang lebih suka ramai-ramai.. baru best.. sakit kaki tandanya nak mintak perhatian dari pcl untuk urut tiap2 malam… ekekeke……
      haruslah contact pcl kalau kami tersimpang smpi ke banting.. boleh bawak pergi makan tempat best2…. 😀

    • Eshamz Halim  says:

      Bro PCL, kitaorg plan nanti nak paragliding kat Bukit Jugra….. leh aa bawak kitaorg makan2 kat tempat best kat sana… hihihihi .. ada geng2 dpt pakej paragliding murah2 tak?…ekekekekeke.. 😀

  • Sheila Salim  says:

    Assalamualaikum awak.. bestnya. Sheila baru nak jinak-jinak aktif dengan suami. tup-tup, perut besar. heheh. Alhamdullilah. in shaa Allah, lepas baby dah besar sikit bolehlah nak berlasak semula… suka betul tengok korang berdua buat aktiviti lasak bersama (“,)

    • Cheq Eem  says:

      waalaikumsalam pn sheila… nampaknya jinak2 aktif tu telah menyebabkan perut membesar… ekekeke…. sekarang nie enjoy your motherhood journey k…. bila berdua macam nie lah.. isi masa lapang… 🙂

  • puteraduyong  says:

    aktiviti outdoor kitorang… aktiviti memenuhkan perut… 😉

    • Cheq Eem  says:

      hahaha….. aktiviti tu pun saya suka juga…. JJCM memang layan…. 😀

  • raudzah  says:

    wah hebatni..kita teringin sangat nak buat wall climbing ..tapi penakut..he..he

    • Cheq Eem  says:

      kita pernah buat sekali jer dekat ekstrem park shah alam…. best gak walaupun sekali jer… yg penting dah cuba… hehehe….

  • hannyabdullah  says:

    Pernah naik gunung kinabalu, menangis dibuatnya. Actually sebelum naik patut kena training utk kuatkan stamina tapi akak tak buat, tu yang pancit tu..tapi terpaksa teruskan jugak sb dah bayar..hehehe.
    Sekarang nak buat semua tu rasa dah tak larat kot..:)

    • Cheq Eem  says:

      saya nie training nak panjat gunung kinbalu next year… insya-allah klu diizinkan.. hehe… alang2 dah panjat walaupun pancit kene teruskan jugak.. sekarang boleh lagi nih.. saya tgk akak steady jer.. ajak anak dara akak tu sekali…. 😀

  • sobri  says:

    tq sharing sis..
    ya betul daripada menghabiskan masa merayap ke shoping mall..
    apa salahnya sekali sekali tukar angin naik bukit ke.. lari2 kat taman.. keluar
    peluh.. hidup cergas 🙂

    • Cheq Eem  says:

      sama2 sobri… sekarang nie dah tukar angin…. dah lama tak masuk shopping mall kecuali betul2 nak shopping… ekekeke… yup, badan pun lebih sihat jika kita rajin bersenam…. 🙂

  • mizzaiza  says:

    bagus semua tips ini.. sesekali melakukan outdoor activity pastinya menyihatkan badan dan mencerdaskan minda juga..

Isikan Komen Anda Disini