8 Teknik Senaman Yang Mudah dan Berkesan

Salam Pembaca,

Adakah kita bersenam untuk kurus atau bersenam untuk sihat? Atau pun kedua-dua nya sekali? Secara peribadi, bagi saya kedua-duanya penting dan seiring. Bersenam bukan sahaja membantu bagi mereka yang berusaha untuk menurunkan berat badan malah tahap kesihatan juga lebih bertambah baik. Tapi kita nie bila disuruh untuk bersenam mesti beralasan. Tak sempat nak bersenam dan busy dengan jadual harian.

Bagi mereka yang dalam proses menurunkan berat badan, senaman itu WAJIB! Diet yang baik dan betul adalah kawal pengambilan makanan seharian dan bersenam. Di samping itu supplement atau makanan tambahan untuk kurus membantu mengoptimumkan.

8 Tips Senaman Yang Mampu Dilakukan Oleh Semua Orang

1. Naik turun tangga

harga ahli shaklee

Apa salahnya kita naik tangga daripada naik lif. Katakan lah rumah tingkat 10, tekan lif sampai tingkat 8 lepas tu naik lah tangga. Dalam tak sedar kita dah bakar sebanyak 5 kalori.

2. Parking kereta jauh

harga ahli shaklee

Kalau diperhatikan parking yang paling dekat dengan pintu masuk mesti susah nak cari kan. Yang banyak kosong pula mesti jauh-jauh. Masa nie lah kita ambil peluang memenuhi parking yang jauh itu. Berjalan pon satu senaman jugak tau. 😀

3. Berkebun / Petani Moden

senaman kebun

Bagi mereka yang ada tanah di laman rumah apa kata jadi petani moden dengan tanam pokok cili, serai, ulam, pokok bunga dan sebagainya. Bila tiba hujung minggu lakukan lah aktiviti berkebun bersama keluarga. Di samping itu dapat jimat duit bila tanaman dah berhasil.

4. Kemas Rumah

harga ahli shaklee

Siapa yang suka tengok rumah bersepah? Tak suka kan. Cuba set kan dalam minda kita ‘aku kemas dapat jugak bersenam’. Haa, kan bagus macam tu. Nak mengemas pun tak stress. Basuh kain, mop lantai, cuci bilik air, kemas bilik, lipat kain. Fuhh berpeluh juga tu. Dalam tak sedar banyak juga kalori yang terbakar.

5. Window Shopping

senaman shopping

Orang perempuan memang suka window shopping kan. Nak cari satu barang jer, tapi habis satu bangunan di pusing. Konon nak cari the best. Hehe.. Tapi takpe, bagus tu. Berjalan juga adalah satu senaman.

6. Beriadah di taman

senaman outdoor

Anak-anak kalau terperap di dalam rumah pon boring juga. Bawa lah mereka ke taman untuk beriadah.  Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat menyihatkan badan, malah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Antara tempat-tempat yang menarik ialah sekitar taman Putrajaya, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Shah Alam, Setia Alam atau pun sekitar taman perumahan.

7. Berenang / Gym

harga ahli shaklee

Bagi mereka yang tinggal di apartment yang mempunyai kemudahan kolam renang atau pun gym, rugi lah jika bayar duit maintenance tapi tak menggunakan kemudahan tersebut. Tahukah anda bahawa berenang adalah senaman yang baik kerana kita menggerakkan keseluruhan anggota badan?

8. Latihan Kardio di rumah

harga ahli shaklee

Masing-masing pakai HP up to date kan. Apa kata muat turun applikasi yang berkaitan dengan senaman seperti cardio training, daily workout dan sebagainya. Applikasi tersebut sangat mudah dan anda cuma ikut sahaja arahan yang diberikan. AWAS bagi yang baru nak memulakan senaman kardio, sila buat ikut kemampuan. Jika tidak otot badan akan sakit.

harga ahli shaklee

Itu lah 8 tips senaman paling mudah yang boleh kita amalkan dan tidak memerlukan modal pun. Kalau ada sapa-sapa yang nak tambah pun boleh. Benda ni mungkin nampak simple tapi BESAR impaknya. Jadi, jangan beralasan lagi untuk bersenam. Jagalah kesihatan kita bersama dalam jangka masa yang panjang. Health is wealth!

Selamat bersenam!

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

2 comments to 8 Teknik Senaman Yang Mudah dan Berkesan

  • Sheila Salim  says:

    Assalamualaikum yangg, sheila cuma buat kemas rumah je. yang lain semua dah tak buat dah. heee pemalasnya kitaaaa ;p

    • Cheq Eem  says:

      w’salam pn.sheila…. kita penah buat kardio pagi2 tau.. download apss kat hp… mmg berpeluh… 😀

Isikan Komen Anda Disini