Akibat Minum Cinch Energy Tea Shaklee Waktu Malam

Salam pembaca,

cara atasi stress dengan shakleeGambar sekadar hiasan.

Hati-hati dengan pengambilan makanan atau minuman pada waktu malam. Kalau salah ambil boleh memberikan kesan terhadap kesihatan. Sebagai contoh kita tidak digalakkan atau kalau boleh jangan ambil makanan yang berkalori tinggi, tinggi karbo, tinggi kolestrol pada sebelah malam. Sebabnya pada waktu malam kadar metabolisme adalah lebih rendah berbanding waktu siang. Apabila makanan lambat diproses akan menyebabkan masalah kegemukan. Begitu juga dengan minuman. Minuman berkarbonat sangat tinggi kandungan gula. Tak elok untuk kesihatan. Kalau yang ada masalah insomnia jangan lah pula minum kopi waktu malam. Ianya akan menyebabkan anda berjaga tengah malam sekaligus tidak dapat rehat secukupnya.

Tetapi……

Sekiranya anda ingin berjaga tengah malam kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan atau terpaksa memandu jauh, boleh lahΒ  ambil minuman yang boleh memberikan tenaga yang berpanjangan. Bila ada tenaga barulah kita boleh fokus dengan apa yang kita nak buat. Fokus semasa memandu, atau fokus lakukan kerja.

Ada sesetengah orang ambil kopi untuk elakkan mengantuk waktu malam. Memang berkesan dan susah nak tidur. Tapi kalau orang macam saya ni memang dah terbiasa dengan kopi tak memberikan kesan sangat pun. Kalau saya dah mengantuk, tetap boleh tidur juga. Hahaha..

Sebagai alternatif kenalah cari minuman lain yang boleh menghilangkan rasa mengantuk, dan berikan tenaga. Saya cuba minum Cinch Energy Tea Shaklee sebagai pengganti kepada minuman kopi atau pun minuman soda seperti Redbull untuk mengekalkan tenaga sepanjang malam sebab bekerja. Almaklumlah.. stock take Times The Bookstore yang terakhir untuk tahun nie ialah cawangan Pavillion. Kedai besar, stock holding pun besar. Maknanya tenaga yang diperlukan untuk siapkan kerja perlulah besar juga. Hahaha..

Akibatnya saya punya tenaga bertahan sepanjang malam dan keesokan hari. Hahaha.. Memang tak mengantuk langsung, dan saya boleh fokus dengan kerja malam tu. Pukul 10 pagi pun masih boleh bertahan. Kerja masih tak siap lagi. Tapi bila dah sarapan pagi nasi lemak dan jam pula dah pukul 11 pagi ke atas jadi mata pun dah berat. Masa tu rasa nak tidur dah. Dalam pukul 1 petang baru rakan kerja saya datang untuk ganti. Lepas tu masa untuk saya tidur. πŸ˜€

Itu kisah saya yang memang nak berjaga tengah malam. Untuk pengedar-pengedar Shaklee selalunya mereka ambil Cinch untuk berjaga tengah malam. Masa tu lah waktu yang tenang tanpa gangguan anak kecil untuk update blog, belajar pasal produk, buat poster cantik untuk promosi dan melakukan ibadat.

cinch tea shaklee

Macam mana nak bancuh Cinch Energy Tea? Kalau saya bancuh Cinch Energy Tea dengan air panas tanpa gula jer. Ada setengah orang tak boleh terima teh tanpa gula. Tapi saya ok jer minum teh tanpa gula nie. Dah terbiasa minum teh hijau dengan teh cina kosong. Sedap jer rasanya dan tak rasa pahit pun. Oh, ya. Lupa nak cerita pasal kandungan teh. Cinch Energy Tea mix adalah gabungan 4 jenis teh iaitu Matcha Green Tea Powder, Red Tea Extract, White Tea Extract dan Rooibos Red Tea Extract. Kalau nak bancuh macam gambar kat bawah ni pun boleh jugak. Tambah lemon, daun pudina dan letak ais. Fuhh… lagi lah sedap!

minuman-bertenaga-cinch-energy-tea-mix-shaklee

Nak tau kebaikan Cinch Energy Tea Mix serta manfaat bagi setiap 4 jenis teh yang ada? Entri akan datang saya ceritakan ya. πŸ™‚

6 comments to Akibat Minum Cinch Energy Tea Shaklee Waktu Malam

  • Denaihati  says:

    masa memandu terutamanya malam perlu segar bugar, mungkin bagus jadikan pilihan.

    • Cheq Eem  says:

      betul tu DH… lebih2 lagi kalau mereka yang kerap travel ke sana kemari… πŸ™‚

  • Khir Khalid  says:

    Bagus ni utk org yg selalu berjaga malam utk siapkan kerja2 tertangguh termasuk juga blogger2 yg berblog waktu awal pagi… thanks sharing Cheq Eem. πŸ™‚

    • Cheq Eem  says:

      blogger memang suka berjaga tengah malam… jadi memang elok lah minum cinch tea ni sebagai peneman di waktu pagi… hehe….

  • titan  says:

    bagus untuk orang macam gua ni. haha

    • Cheq Eem  says:

      haaa… tau takpe.. asik minum kopi jer kan… cer try lain pulak.. hohoho..

Isikan Komen Anda Disini