Aktiviti Bila Hujung Minggu

Salam pembaca,

Bila tiba hujung minggu mesti blog saya terabai.. Blog statistik drop, ranking pun jatuh.. Tak sempat nak blogwalking, nak buat entri lagi lah tak sempat.. Sebabnya bila tiba hujung minggu dah ada macam-macam program.. ada jemputan kenduri kahwin, balik ke kampung, aktiviti sosial dan hal-hal lain.. Tapi tak bermakna saya tak masuk blog.. Masuk juga dan check entri kengkawan melalui Google+.. Selalunya jadi silent reader jer.. Hehe..

Minggu lepas hari Sabtu pergi ke Raub, Pahang.. Kenduri kahwin adik kepada abang ipar .. Dah mak dan abah dari Perak pun turun ke Pahang, jadi kami pun ikut lah sekali.. Sepanjang perjalanan ke sana cuaca mendung dan hujan pula masih turun tapi renyai-renyai.. Alhamdulillah, nasib baik air empangan di tempat kenduri tak melimpah.. Kalau tak, mau banjir gak di sana..

Balik kenduri pula ada orang ajak naik Bukit Tinggi.. Siapa..? Abah saya lah.. Nak bawa acu iaitu adik bongsu saya jalan-jalan katanya.. Ntah-ntah dia yang nak jalan kot.. Hahaha… Jadi kami pun singgah lah ke situ sekejap.. Jalan-jalan ambik gambar dekat Bukit Colmar jer pun.. Nak ke tempat lain tak sempat.. Sampai kat atas pun dah pukul 5.30 petang.. Hehe… Dalam pukul 7 kami turun ke bawah.. Family terus balik ke Perak, dan kami pun terus balik ke Shah Alam..

Kemudian hari Ahad pula, saya dan suami pergi beli barang-barang untuk mangsa banjir di Pantai Timur.. Hasil sumbangan peribadi dari kami dan rakan-rakan dapatlah kumpul sebanyak RM500.. Banyak juga barang di Tesco Shah Alam yang dah habis.. Terutama sekali pampers kanak-kanak, pampers orang dewasa, tuala wanita dan toiletries.. Mungkin ada yang dah borong kot hari Sabtu.. Bila barang habis tanda rakyat Malaysia prihatin kan.. Hehehe…. Jadi yang dapat kami beli ialah barang makanan termasuk air mineral, biskut, makanan dalam tin, beras, susu, gula dan lain-lain..

Selesai hantar barang di pusat mangsa banjir, pergi kenduri doa selamat pula.. Kawan ajak sebab masuk rumah baru di Bukit Saujana, Sg Buloh.. Murah rezeki kami.. Memang time hujung minggu saya tutup dapur.. Hahaha…

lawat-bukit-tinggi-vitamin-4-kesihatan-2

Masih cantik seperti 3 tahun lepas…

lawat-bukit-tinggi-vitamin-4-kesihatan-1

Abah saya cakap macam pergi Oversea…. 😀

bantuan-mangsa-banjir-pantai-timur-vitamin-4-kesihatan-4

Antara barang yang dibeli untuk mangsa banjir di Pantai Timur..

lawat-bukit-tinggi-vitamin-4-kesihatan-3

From Raub, Peace Yoo….!!

Begitulah aktiviti bila hujung minggu.. Minggu nie duduk rumah je kot…  🙂

p/s: Hujung minggu aktiviti bersosial…. 🙂

 

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

6 comments to Aktiviti Bila Hujung Minggu

  • Mizz Aiza  says:

    menarik juga aktiviti di hujung minggu.. kita duduk di rumah je di hujung minggu lepas..

    • Cheq Eem  says:

      minggu nie turn sy pulak duduk kat rumah jer… ekekeke….

  • Strider  says:

    kalau sy pulak hujung munggu tak menentu..kalau duk rumah sempat laa update entry..kalau tak BW ikut phone jer laa..tapi kekadang tak puas..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    • Cheq Eem  says:

      weken sosial time katanya… haha… klu saya layan FB ngan Instagram jer kat phone.. BW tak puas.. mesti kene on PC gak.. hehe..

  • Khir Khalid  says:

    Mmg hujung minggu waktu yg sibuk bersantai bersama kelarga, saudara & sahabat handai.. 🙂

    • Cheq Eem  says:

      betul tu khir… weken jer dh bersusun jadual.. haha….

Isikan Komen Anda Disini