Slide # 1
 

Aktiviti Hujung Minggu Paling Best

Salam pembaca,

Hujung minggu kalau takda aktiviti luar yang best nak dibuat selalunya akan digantikan dengan aktiviti mengemas rumah. Itu pun aktiviti yang best jugak tau.  Kalau dah setiap minggu asyik merayap ke sana ke sini, masa bila pulak nak mengemas rumah kan. Kalau hari biasa tu kemas rumah ala kadar je lah. Asalkan tak semak mata memandang cukuplah. Tapi dalam satu bulan tu tetap kena cari satu masa untuk kemas rumah all out. Kalau tak, memang stress tengok rumah semak macam tongkang pecah. Ekekeke…

Seperti biasa bila melakukan kerja-kerja rumah saya dan suami akan bahagikan tugas masing-masing. Untuk suami selalunya dia ditugaskan untuk vacuum satu rumah dan sedut sawang dekat dinding kalau ada. Kemudian dia akan bersihkan bilik air tetamu dan ruang balkoni di dapur. Kalau meja bersepah dengan surat-surat, kertas, resit dan sebagainya dia akan kemas, simpan dan buang mana yang tak berkaitan.

Saya pula akan bersihkan di ruang dapur. Antaranya cuci dapur yang penuh dengan sisa percikan minyak sampai berkilat. Hahaha.. Takda lah berkilat sangat pun, yang penting bersih dan kemas dari segala sisa minyak kotor. Kemudian kemas bahagian dalam peti ais. Buang segala makanan yang dah expired dan tak elok, cuci dan lap segala kotoran yang melekat dekat setiap rak peti ais kalau ada. Peti ais saya kena kemas sebab segala jenis vitamin Shaklee saya akan simpan dalam peti ais untuk mengekalkan kesegaran vitamin tersebut. Terutama vitamin dalam bentuk kapsul seperti Lecithin, Omega Guard, Vitamin E dan Coq Health.

keahlian shakleeKalau dapat tinggal rumah macam dalam gambar ni best kan.. 🙂

Barang-barang dalam kabinet dapur pun kena kemaskan juga. Saya ni kadang-kadang main letak je tupperware tu ikut suka dalam almari. Kadang-kadang tu penuh dan takda ruang langsung. Haha.. Jadi segala jenis tupperware plastik yang ada akan di susun mengikut saiz supaya senang nak ambil dan guna. Baru lah nampak lebih tersusun dan kemas. Bila dah selesai kemas bahagian dapur saya akan lap habuk-habuk atas meja dan kabinet t.v. Dan yang terakhir sekali saya akan mop lantai satu rumah.

Setiap kali mengemas rumah saya akan gunakan Basic H² iaitu pencuci rumah berasaskan organik. Keistimewaan Basic H² ialah tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa klorin dan pH yang seimbang. Dan ianya juga tidak mengeringkan tangan malah tangan akan kekal lembab dan lembut. Saya cuma gunakan beberapa titik sahaja dan dibancuh dengan 16oz air untuk membersihkan kesan minyak, habuk dan kotoran. Basic H² mengandungi kepekatan yang sangat tinggi. Sebab itu hanya gunakan beberapa titik sahaja. Saya dah guna dekat setahun, tapi baru separuh botol.

basic-h2-multipurpose-home-cleaning-vitamin4kesihatan

Melakukan kerja-kerja di rumah pun satu aktiviti senaman juga. Apa-apa aktiviti yang kita lakukan apabila mengeluarkan peluh ianya adalah satu proses pembakaran kalori dan menyingkirkan sisa toksin dalam badan. Bila badan berpeluh kita akan rasa lebih sihat dan cergas. Rumah kita pun kemas dan bersih. Jadi jangan bagi alasan untuk tidak bersenam pula. Ini lah satu contoh senaman yang paling mudah untuk dilakukan.. 🙂

p/s: Kalau lah kita orang ni tinggal rumah atas tanah, lagi banyak agaknya kerja-kerja yang kita orang akan lakukan. Boleh tengok-tengok pokok yang di tanam, cabut rumput yang dah panjang, cuci longkang supaya bersih, basuh kereta sendiri dan macam-macam lagi lah. Lagi banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Hehehe..

 

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

18 comments to Aktiviti Hujung Minggu Paling Best

  • hannyabdullah  says:

    Sis ni tiap2 hari dok ngemas..kalau tak setiap hari memang penuh gan bulu le rumah..almaklum le anak2 sis ni sume berbulu lebat (aeysha dikecualikan)
    Tapi tiap2 hari ngemas x gak turun badan ni..haiiii

    • Cheq Eem  says:

      haah kan.. kucing2 yg akak bela tu memang jenis yang banyak bulu dan suka terbang2… seronok membela, sengsara pulak mengemas eh.. ekekeke…. yg penting akak ada buat senaman.. klu nak turun berat jangan buat air bandung tau… 😀

  • Raudzah  says:

    Kita suka rumah dalam gambar tu. Putih adalah warna ketenangan. Kalau rumah kecil pun nampak besar…

    • Cheq Eem  says:

      saya pun suka gak raudzah.. sebab tu lah letak gambar tu dekat sini… 😀

  • Nurul Hidayah  says:

    Kalau rumah kaler putih mmg kena rajin lebih skit.. haha

    • Cheq Eem  says:

      itu lah pasal… putih nie mmg nampak cantik dan kemas.. tapi cepat nampak habuk dan kotor lah pulak…. haha…

  • aku penghibur  says:

    kalau rumah macam di gambar tu …ya ALLAH tenangnya

    • Cheq Eem  says:

      itu lah achik… bestnya klu rumah kita macam tu kan…

  • Khir Khalid  says:

    Mmg waktu yg sgt sesuai utk mengemas rumah kan… Sambil2 kemas tu suruhlah abg Sham main gitar santai2.. kurang sikit penat mengemas tu hehee.. gurau2 je.. 😀 😀

    • Cheq Eem  says:

      memang waktu terbaik khir bila tiba hujung minggu.. kalau yg dah ada anak boleh ajak kemas rumah sama2.. lagi cepat siapnya.. hehehe.. ishh, dh lama juga kita org tak buat karaoke versi akustik nih.. dia main gitar saya nyanyi.. suara sumbang pun bukan org dgr.. hahaha…

  • ajumohit  says:

    seronok kalau masing2 ringan tulang nak membantu, cepat siap kwrja rumahnya

    • Cheq Eem  says:

      mmg cepat siap kalau masing2 tolong menolong.. apa yang penting.. ‘kerjasama’.. 😀

  • Bahrain  says:

    ada time kita seronok kemas rumah ada time takda mood. haha

    • Cheq Eem  says:

      sebab tu time yg seronok datangnya sebulan sekali jer…. hahaha….

  • Strider  says:

    saya plak aktiviti weekend yang syok ialah tido and kalau dapat main bola time petang..maklum laa, orang bujang laa katakan..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    • Cheq Eem  says:

      orang bujang kalau tak merayap mestilah tidor… sama jer dgn saya masa masih bergelar Cik… ekekeke…..

  • syaifuddin alias  says:

    saya aktiviti lapang adalah main futsal ,woohooo

    • Cheq Eem  says:

      bagus lah tuu… sekurang2 nya ada juga melakukan senaman…. 😀

Isikan Komen Anda Disini