Slide # 1
 

Alhamdulillah Paras Kolestrol Turun dan Hati Bengkak Jadi Normal

Salam pembaca,

Kali ni nak kongsi pengalaman pengguna juga merangkap ‘anak’ Shaklee saya selepas mengamalkan supplemen produk Shaklee. Nama dia Kak Nonie, kakak kepada kawan baik saya dari sekolah rendah lagi. Nak dijadikan cerita Kak Nonie tengah mencari pengedar Shaklee untuk beli set berpantang dan menyusu untuk anak perempuan dia. Jadi kawan saya pun contact saya minta tolong hantarkan set berpantang ke rumah Kak Nonie di Bandar Sunway. Urgent sangat dan minta saya hantar secepat mungkin. Rupanya anak Kak Nonie tu lahirkan bayi pra-matang. Kalau kes macam ni hanya ada satu je cara yang terbaik untuk menjaga kesihatan bayi iaitu dengan beri susu ibu sekerap mungkin. Alhamdulillah, selepas amalkan set berpantang Shaklee dan tambah set milk booster Alfalfa dan ESP, bayi membesar dengan sihat dan aktif. Kata Kak Nonie, cucu dia jarang sangat jatuh sakit sampai sekarang. Bila sakit pula sekejap je dah baik. Nak tau kenapa? Sebab kesihatan ibu terjaga, susu badan pun meriah, maka baby pun akan dapat khasiatnya sekali melalui susu ibu. Itu lah antara kelebihan berpantang dengan Shaklee. 🙂

Itu kisah anak Kak Nonie yang mengamalkan set berpantang Shaklee. Habis tu Kak Nonie pula makan apa? Kisah Kak Nonie pula dia sebenarnya nak ambil set kurus Shaklee. 3 barang yang diambil ialah Omega Guard, Alfalfa dan Lecithin. Sebulan pertama dia makan katanya ada lah turun 1kg. Kira ok lah tu untuk Kak Nonie yang dah berusia 50-an kan. Saya pesan lagi kalau jaga makan, buat kerja-kerja rumah sebagai ganti bersenam mesti boleh turun lagi.

Tup-tup baru-baru ni dia feedback dengan saya bagi tau paras kolestrol dah turun, hati yang bengkak pula dah surut. Dia bagi tau 6 bulan lepas bacaan untuk paras kolestrol  baik 6.1, manakala kolestrol jahat pula 4.01.. Tapi hasil keputusan  yang terkini kolestrol baik turun jadi 6, kolestrol jahat turun jadi 3.73. Katanya sebelum ni paras kolestrol tak pernah turun. Naik ada lah. Huhu.. Doktor nasihatkan supaya jaga pemakanan dan turunkan lagi bacaan kolestrol.

Hati pula doktor check dah tak bengkak, kembali normal. Bila ditanya apa punca masalah hati bengkak, doktor tak dapat nak pastikan apa puncanya. Tapi mungkin di sebabkan ada batu karang dalam hempedu. Sebenarnya kalau kita ada masalah dengan hati memang bahaya. Sebabnya organ dalaman yang terbesar iaitu hati berfungsi untuk menyingkirkan sisa toksin dalam badan. Kalau badan kita gagal menyingkirkan sisa toksin macam-macam penyakit akan dapat.  Kalau peringkat awal doktor bagi tau ada masalah hati cepat-cepat lah ikhtiar cari jalan supaya hati kembali normal.

fungsi hati untuk kesihatan

Alhamdulillah.. Lain tujuan ambil Shaklee lain pula yang dapat. Niat nak turunkan berat badan masih belum berjaya, tapi nikmat sihat pula yang dia dapat. Lecithin dengan Alfalfa adalah vitamin yang wajib dia ambil setiap hari. Omega Guard pula kadang-kadang. Kalau konsisten ambil setiap hari mesti bacaan kolestrol akan turun banyak dan berada pada paras normal iaitu bawah 5.0.

Nak baca tentang kehebatan Omega Guard boleh klik SINI

Nak baca tentang kebaikan Lecithin boleh klik sini SINI

Nak baca tentang keunikan Alfalfa Complex boleh klik SINI

 

jadi ahli shaklee

p/s: Makanan untuk hati yang paling baik ialah dengan banyakkan beristighfar, bersedekah, membaca al-quran dan sentiasa mengingati Allah dengan berzikir. 🙂

Disclaimer:
* Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

20 comments to Alhamdulillah Paras Kolestrol Turun dan Hati Bengkak Jadi Normal

  • Aku Penghibur  says:

    wahh alhamdulilah, bagus sekali

    • Cheq Eem  says:

      alhamdulillah…. berusaha untuk menambahkan kesihatan…

  • PakcikLie PCL  says:

    bagus untuk buang kolestrol jahat ea…pcl punya dah lama x buat pemeriksaan kesihatan.., pening terlebih baru nak terhegeh ingat nak jaga makan…

    • Cheq Eem  says:

      haah… dalam omega guard ada omega 3 dan omega 6 yang memang membantu untuk turunkan paras kolestrol.. pergilah buat PCL health screening.. dapat juga kita tau tahap kesihatan kita macam mana.. 🙂

  • Raudzah  says:

    dah lama tak check kolestrol. Thanks Cheq Eem remids me of that!!!

    • Cheq Eem  says:

      jangan lupa check yea… boleh tau tahap kesihatan kita macam mana… sama-sama raudzah..! 😀

  • zumal  says:

    Wah,memang terbaik laa 🙂

    • Cheq Eem  says:

      alhamdulillah… 🙂

  • Khir Khalid  says:

    Alhamdulillah.. semoga sentiasa sihat walafiat semuanya… aamiin..

    • Cheq Eem  says:

      alhamdulillah…. semoga kita semua pun sihat selalu…. aminn…. 🙂

  • Siti Hipmom  says:

    Banyak juga kena makan ya..

    • Cheq Eem  says:

      hehe… haah… setiap vitamin tu ada kebaikannya tersendiri.. yang penting air kosong kena minum banyak… 🙂

  • Mohd Helmi Ahmad  says:

    Alhamdulillah, kita hanya berusaha hanya Allah SWT menentukannya.

    • Cheq Eem  says:

      alhamdulillah…. 🙂

  • Sheila Salim  says:

    Assalamualaikum awak. alhamdullilah. dengan izin Allah, semuanya terjadi.. syukur alhamdullilah ~~~

    • Cheq Eem  says:

      waalaikumsalam sheila.. betul tu.. kesihatan tu nikmat yang tak ternilai Allah berikan untuk setiap hambanya.. 🙂

  • sobri  says:

    alhamduliah..produck yg bgus..kesan yang sangat memberangsangkan..syukur 🙂

    • Cheq Eem  says:

      alhamdulillah… walaupun lambat tapi berkesan.. badan kita perlukan masa untuk memperbaiki sistem dalaman.. 🙂

  • Mizz Aiza  says:

    bagus tidak putus asa berikhtiar untuk sembuh.. semuanya dengan keizinan Allah.. setakat ini aiza mendengar maklumbalas positif dengan produk shaklee ini.. kakak dan anak saudara aiza juga mengambil shaklee untuk tambah tenaga (nama apa aiza tak ingat rasanya ada perkataan soya), kata kakak aiza selain daripada memberi tenaga, ianya membuatkan kulit lebih lembut dan jeragat di mukanya juga sudah semakin pudar..

    • Cheq Eem  says:

      kita cuba ikhtiar mana yang sesuai dan selamat untuk kita amalkan.. semuanya dengan izin Allah juga.. alhamdulillah… respon positif tu lah yg buat saya semangat buat shaklee… 🙂
      ESP lah aiza.. Energizing Soy Protein (ESP) namanya.. memang bagus pun.. untuk tenaga, untuk diet, untuk kecantikan.. macam2 lah… lepas nie turn aiza pula lah cuba minum ESP tuu… hehehe…

Isikan Komen Anda Disini