Ambil Vitamin Tapi Tidak Berkesan

Salam buat pembaca,

Pernahkah anda berada di dalam situasi seperti di bawah:-

Situasi A:

Saya dah makan vitamin Shaklee tapi kenapa tak nampak kesannya pun? Badan tetap rasa letih jugak.

Situasi B:

Saya dah makan set kecantikan kulit Shaklee TAPI kenapa jerawat masih keluar? Kenapa parut masih ada? Kenapa kulit masih rasa kering?

Situasi C:

Saya dah makan set kurus Shaklee TAPI kenapa berat saya tak turun?

Hmm… Bila pengguna datang bertanya soalan seperti di atas, saya pula akan bertanya?

Ambil vitamin masa bila?

Pengambilan air putih berapa liter satu hari?

Ada jaga pemakanan tak?

Dah berapa hari ambil vitamin? Konsisten tak cara pengambilan?

Pada saya jika kita tidak kenal sifat vitamin yang kita ambil, jika kita kurang minum air putih, jika kita makan ikut selera anak tekak dan jika kita on off ambil vitamin kita tidak akan dapat rasa kesan selepas ambil vitamin. Kenapa saya katakan begitu? Saya bagi 5 sebab kenapa ambil vitamin tapi tiada kesan.

1. Kenal sifat atau fungsi setiap vitamin

vitamin-kesihatan

Mungkin ramai yang tidak mengetahui sifat atau fungsi bagi setiap vitamin yang kita ambil. Ini kerana sesetengah vitamin bertindak balas dengan faktor pemakanan. Saya ambil contoh vitamin Shaklee.

Vitamin B-Complex – Bertindak balas menukar makanan kepada tenaga. Jika di ambil selepas makan, tubuh badan akan lebih bertenaga dan cergas sepanjang hari

Vita-Lea – Salah satu kandungan mineral di dalam Vita-Lea ialah zat besi. Jika di ambil bersama susu ianya akan menggangu penyerapan zat besi di dalam tubuh badan.

Ostematrix – Seeloknya diambil pada waktu malam sebelum tidur bersama-sama segelas susu. Ianya akan mengoptimumkan penyerapan kalsium di dalam tubuh badan. Hasilnya tidur akan lebih lena dan pagi anda lebih bertenaga.

Vita E dan Alfalfa – JANGAN ambil Vitamin E dan Alfalfa serentak. Ini kerana kandungan khasiat di dalam alfalfa akan menggangu penyerapan Vitamin E di dalam tubuh badan. Jarak kan pengambilan 1-2 jam.

Vita E dan GLA – JANGAN ambil Vitamin E dan GLA serentak. Ianya akan menggangu proses penyerapan nutrisi. Jarakkan pengambilan 1-2 jam.

Lecithin dan Omega Guard – Jika anda ingin turunkan berat badan, seeloknya ambil kedua-dua vitamin ini selepas makan. Ini kerana lecithin berfungsi memecahkan lemak dan Omega Guard berfungsi untuk membakar lemak. Jadi proses nak kurus lebih cepat.

2. Pengambilan air putih

water

Semak balik jumlah pengambilan air putih yang kita ambil setiap hari. Adakah kurang dari 3L sehari? Jika ya, pastikan anda tingkatkan lagi jumlah pengambilan air putih untuk mengoptimumkan proses penyerapan vitamin di dalam tubuh badan.

 

3. Faktor pemakanan

healthy_choice

Sebaiknya kawal corak pemakanan seharian kita. Kurangkan makan makanan yang tidak sihat seperti fast food, makanan yang tinggi kandungan lemak, makanan yang berminyak serta makanan yang tinggi kandungan gula. Jika anda ingin menurunkan berat badan, kulit yang cantik serta badan yang sihat faktor pemakanan juga diambil kira. Jangan harapkan magik pada vitamin.

4. Konsisten

Konsisten itu penting jika nak rasakan perbezaan sebelum dan selepas ambil vitamin. Kalau kita ambil vitamin sekali seminggu atau 2 kali jer seminggu macam mana lah nak rasa kesannya kan. Sedangkan tubuh badan kita nie memerlukan makanan tambahan setiap hari. Jadi tanamkan dalam hati, set kan minda kita supaya ambil vitamin setiap hari.

5. Sabar

sabar

Sabar jika inginkan cara yang selamat dan berkesan. Tindak balas setiap orang mungkin berbeza dengan kita. Berikan tempoh 2-5 bulan untuk rasakan perbezaaan yang positif. Jika kita baru pertama kali nak amalkan pengambilan vitamin berilah masa untuk badan kita bertindak balas. Lebih baik lambat tetapi selamat, daripada cepat tapi merbahaya.

3 panduan jika anda merancang untuk mengambil vitamin:-

1. Pastikan pihak syarikat yang mengeluarkan vitamin mempunya sijil HALAL.

2. Pilihlah vitamin semulajadi, bukan jenis vitamin sintetik. Klik sini jika ingin tahu.

3. Pastikan mempunyai kelulusan daripada pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)

Jangan ambil minuman berkafein melebihi 2 cawan sehari.

tips-1

 

Sharing is caring..! 🙂

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

8 comments to Ambil Vitamin Tapi Tidak Berkesan

  • Sheila Salim  says:

    Assalamualaikum awak.. ada tak yang memudahkan period kita stabil? saya punya period cycle 3 bulan sekali baru datang period. sedangkan masa belum kawin sangat teratur. saya baru kawin setahunnnn. mohon bantuan awak cheq Eem 🙂

  • Cheq Eem  says:

    Wsalam sheila.. owhh… klu masalah period x teratur boleh ambil GLA Complex.. GLA nie membantu menstabilkan semula hormon wanita. mgkn di sbbkan perubahan hormon selepas kahwin yang menyebabkan period awk terganggu.. short review psl GLA boleh klik sini http://www.vitamin4kesihatan.com/women-health/ 🙂

  • Sheila Salim  says:

    ada harga promosi tak? sheila tengah tunggu next period ni.. kalau tak datang gak, sheila nak beli vitaminnnn. postage include price tak yangg? contact sheila kat fb boleh? hihi fb – sheila salim (boo)

  • Cheq Eem  says:

    dah add awak dalam Fb.. kita chat2 kat FB k…

  • Mizz Aiza  says:

    sangat bermanfaat artikel ini.. baru tahu vitamin ada kaitan dengan faktor pemakanan kita.. selalunya suka hati saja nak makan.. hehe.. untuk konsisten dan sabar tu ramai yang tak boleh buat..

    • Cheq Eem  says:

      setiap vitamin tu ada fungsinya sendiri.. sebab tu sebaiknya jangan makan ikut suka hati.. hehe…. yup.. konsisten dan sabar tu payah sikit.. tapi lama-lama akan jadi kebiasaan…

  • Dila  says:

    lepas ni kena konsistenlah,

    jemput ke MyBlogFest minggu ni
    http://utama.myblogfest.com/2014/11/semua-di-jemput-hadir.html

    • Cheq Eem  says:

      nak rasa kesan yg positif makan shaklee mmg kena konsisten… 🙂

Isikan Komen Anda Disini