Slide # 1
 

Apa Itu Lemak

Apa itu lemak? Adakah kita semua betul-betul faham kebaikan dan keburukan atau fungsinya lemak di dalam badan ini? Betul ker lemak itu bahaya atau adakah kita tahu kenapa kita harus mengurangkan pemakanan yang berlemak tinggi.

Bulan ni hinggalah bulan depan memang negara kita sibuk dengan PRU-13, kadang-kadang kita boleh tengok penyokong parti ni banyak yang dah naik lemak pulak? Adakah ini juga lemak?…(off topik skit). Nak berparti pun kena juga sentiasa dalam keadaan sihat yer!…Pastikan anda mengambil vitamin tambahan daripada Shaklee!…

vitamin4kesihatan-apakah-itu-lemak

Sebenarnya lemak juga termasuk dalam komponen pemakanan kita selain daripada karbohidrat, protein, vitamin dan mineral. Komponen ini semua yang mempengaruhi badan kita untuk kekal sihat melalui diet pemakanan harian kita.

Jangan lupa yer! Makan vitamin tambahan tidak menjamin anda sentiasa sihat, senaman dan diet pemakanan yang betul harus juga dititikberatkan. Pengambilan vitamin tambahan adalah sebagai sistem sokongan kepada sistem badan anda dan membantu menambah zat atau nutrisi yang kurang supaya risiko badan untuk sakit berkurangan.

Apakah fungsi lemak?

Lemak adalah komponen pemakanan yang diperlukan oleh badan kita untuk:

  1. Membekalkan tenaga dan asid lemak kepada badan supaya kita dapat melakukan kerja harian yang memerlukan pembakaran tenaga yang banyak.
  2. Lemak membantu penyerapan vitamin A, D, E, dan K (dipanggil vitamin larut lemak) dalam tubuh agar tubuh kekal sihat.
  3. Penebat suhu sejuk kepada badan supaya badan kekal dalam suhu yang normal.
  4. Sel berperanan didalam regulasi hormon tubuh seperti prostaglandin yang berperanan mengatur  fungsi tubuh yang penting seperti tekanan darah, sistem saraf, denyutan jantung,  pembuluh darah dan pembekuan darah…….

Jenis-jenis lemak

1. Lemak Tepu

Sejenis lemak yang akan menjadi beku dan mengeras pada suhu bilik. Makanan yang kaya dengan lemak tepu boleh meningkatkan paras kolestrol dalam pembuluh darah.

Contoh: daging berlemak, kulit ayam, keju, krim, minyak sapi dan aiskrim.

Bagaimanapun sesetengah lemak daripada tumbuh- tumbuhan juga dikelaskan sebagai lemak tepu seperti minyak kelapa, santan kelapa dan isi rong kelapa sawit. Kesannya, ia akan meninggikan paras kolesterol buruk dan tahap kolesterol keseluruhan jika diambil berlebihan.

2. Lemak Tak Tepu

Sejenis lemak yang lembut dan cair pada suhu yang rendah. Lemak jenis boleh diperoleh daripada sumber haiwan dan tumbuhan. Ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu lemak poli tak tepu, lemak mono tak tepu dan asid lemak trans.

i) Lemak poli tak tepu – Sumber lemak jenis ini ialah bijian, kekacang dan ikan laut dalam. Contohnya minyak bunga matahari, jagung, soya, bijan dan kekacang. Lemak jenis ini dikategorikan sebagai lemak baik kerana ia boleh mengurangkan paras kolesterol buruk (LDL), trigliserida dan jumlah kolesterol keseluruhan.

ii) Lemak mono tak tepu – Sumbernya ialah bijian dan kekacang seperti minyak kanola, kacang tanah dan zaitun . Ia juga dianggap lemak baik kerana boleh mengurangkan jumlah kolesterol keseluruhan dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).

iii) Lemak trans – Lemak trans dihasilkan apabila minyak dalam bentuk cecair ditukar ke bentuk pepejal seperti margerin, pepejal susu atau lemak (lemak yang digunakan dalam pastri) dan gi sayuran (vegetable ghee).

Proses penukaran ini dipanggil hidrogenasi. Ia dikategorikan sebagai lemak yang sangat buruk (dua hingga lima kali lebih teruk daripada lemak tepu) kerana asid lemak trans boleh meningkatkan paras kolesterol buruk dan merendahkan kolesterol baik.

Lemak trans digunakan untuk memperbaiki kualiti produk makanan, mengekalkan kesegarannya dan menaikkan rasa makanan supaya ia boleh berada di pasaran bagi tempoh lama. Bahayanya ialah, lemak trans meningkatkan paras kolesterol buruk dan merendahkan paras kolesterol baik; sekali gus meninggikan risiko untuk mendapat penyakit jantung, strok, kencing manis dan lain-lain penyakit kronik.

lemak-obesiti-malaysia-diet-yang-sihat

Kesimpulannya, lemak adalah penting kepada badan kita tetapi jika tidak dikawal dan tidak dipantau akan berlaku obesiti (lemak berlebihan) dan mungkin akan meningkatkan lagi peratusan risiko serangan angin ahmar atau serangan jantung. Jadi kita haruslah mengawal pengambilan lemak dengan mengamalkan diet yang sihat serta selalu melakukan senaman. Kalau kita perhatikan masyarakat kita sekarang, obesiti juga bermula dikalangan kanak-kanak hinggalah ke peringkat remaja dan dewasa.

Saya juga tidak terlepas daripada perkara ini, makanan berlemak seperti daging lembu atau kambing menjadi kegemaran saya dan saya juga tahu bahawa ia mempunyai peratusan lemak tepu yang banyak tetapi telah menjadi kebiasaan masyarakat kita bahawa makanan berlemak itu adalah makanan yang sedap. Di bawah ni ada beberapa tips yang biasa kita boleh jumpa tetapi mampukah kita melakukannya?.. Tepuk dada tanya selera!

 Tips Menggurangkan Lemak & Kolesterol

  1. Pilih bahagian ayam atau daging tanpa lemak dan buang lemak yang ada sebelum memasak
  2. Rebus dan bakar tanpa lemak/santan/minyak/menggunakan rempah-ratus
  3. Goreng tanpa menggunakan lemak/minyak dengan kuali ‘tak melekat’
  4. Kurangkan penggunaan santan. Gantikan dgn susu rendah lemak/susu skim/susu soya (tanpa gula)/pekatkan dgn menggunakan kentang di awal masakan.
  5. Gantikan produk tinggi lemak dengan produk rendah/tanpa lemak cth: susu penuh krim dengan susu skim/rendah lemak
  6. Gantikan snek berlemak dengan snek ‘sihat’ seperti kek/kuih manis dengan buah-buahan/sandwich/jagung rebus (tanpa marjerin)
  7. Buang lebihan lemak dari sup sebelum menambah sayuran dengan cara menyejukan sup terlebih dahulu dan kemudian buangkan lapisan lemak beku di permukaan atasnya
  8. dan yang penting selitkan aktiviti senaman walaupun tidak kerap.

Shaklee juga menawarkan produk yang boleh membantu mengatasi masalah lemak berlebihan seperti Lecithin yang boleh bertindak untuk memecahkan lemak serta ‘pembersih’ pada salur darah dan juga boleh membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak sekali gus menurunkan berat badan.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee sebagai supplemen untuk kesihatan yang berpanjangan, anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut. Setiap pembelian daripada saya melayakkan anda untuk mendapat konsultasi secara percuma dan tawaran harga istimewa. Jadi, tunggu apa lagi, cepat dapatkan produk Shaklee sebagai pelengkap kesihatan sepanjang masa.

 

Cheq Eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk
Find eshamz halim on Google+!

Isikan Komen Anda Disini