Apa Yang Berlaku Apabila Anda Berhenti Merokok?

Salam,

Saya rasa ramai yang cuba untuk berhenti merokok kan? Mungkin korang rasa sekarang ni adalah masa yang baik untuk berhenti merokok disebabkan harga rokok yang semakin naik atau korang pernah bercadang untuk berhenti merokok apabila mencapai umur 30an, 40an atau 50an.

Saya pernah menulis entri mengenai pengalaman saya untuk berhenti merokok, untuk berhenti merokok bukan satu perkara mudah dan sehingga kini sudah 7 bulan saya tidak membeli, menyentuh atau menghisap rokok. Walaupun pun baru 7 bulan tetapi saya masih tanamkan niat untuk tidak kembali merokok, sebenarnya ada juga kawan-kawan yang perli tapi saya cuma buat tak kisah jer. Buat masa sekarang ni, saya sentiasa mencari tips-tips atau artikel-artikel  berkaitan berhenti merokok untuk dikongsikan dengan kawan-kawan blogger  dan saya terjumpa 1 artikel yang saya rasa amat menarik dan sesuai untuk dikongsikan disini.

Kita semua tahu merokok itu bahaya kan? kalau boleh memang ler kita taknak merokok tapi apabila sudah terjebak seperti saya di zaman sekolah dulu, akan menjadi tabiat dan ketagih.

jom-berhenti-merokok-tips-berhenti-merokok-vitamin4kesihatan-shaklee-bantu-henti-merokok

Tapi adakah korang tahu “Apakah yang berlaku pada badan kita apabila kita berhenti merokok?” atau “Apakah manfaat yang anda dapat apabila anda berhenti merokok?” dan inilah yang saya ingin kongsikan dengan pembaca semua….. jom baca dan semoga artikel ini boleh menjadi pembakar semangat untuk korang mula berhenti merokok.

Sebenarnya dalam masa 20 minit sahaja anda akan mula merasai manfaat apabila anda berhenti merokok. Dibawah ini adalah kesan atau kebaikan yang akan berlaku di tubuh anda mengikut tempoh masa selepas anda mula berhenti merokok.

 

~ 20 Minit Selepas Anda Berhenti Merokok

Kesan berhenti merokok akan berlaku dengan serta-merta. Kurang daripada 20 minit selepas rokok terakhir anda, kadar jantung anda akan mula kembali ke tahap normal.

~ 2 Jam Selepas Anda Berhenti Merokok

Selepas dua jam tanpa rokok, kadar denyutan jantung dan tekanan darah akan menurun kepada hampir paras normal. Peredaran di tubuh anda mungkin juga bertambah baik. Hujung jari dan jari kaki anda mungkin mula berasa panas. Gejala-gejala proses pengeluaran nikotin daripada tubuh biasanya bermula kira-kira 2 jam selepas rokok terakhir anda. Gejala awal adalah seperti:

• Keinginan kuat untuk merokok
• Keresahan, ketegangan, atau kecewa
• Mengantuk atau masalah tidur
• Peningkatan selera makan

~ 12 Jam Selepas Anda Berhenti Merokok

Karbon Monoksida yang dilepaskan daripada pembakaran tembakau dan dihidu oleh perokok sebenarnya menjadi toksik kepada badan apabila mencapai tahap yang tinggi dan seterusnya boleh menyebabkan masalah jantung yang serius. Dalam masa 12 jam selepas anda berhenti merokok, Karbon Monoksida di dalam badan anda akan berkurangan ke tahap yang lebih rendah, dan tahap oksigen darah anda meningkat kepada normal.

~ 24 Jam Selepas Anda Berhenti Merokok

Kadar serangan jantung untuk perokok adalah 70% lebih tinggi daripada bukan perokok. Tetapi, percaya atau tidak, hanya dengan satu hari penuh selepas berhenti merokok, risiko anda untuk mendapat serangan jantung akan mula berkurangan.

jom-berhenti-merokok-tips-berhenti-merokok-vitamin4kesihatan-shaklee-bantu-henti-merokok-kesihatan-jantung

~ 48 Jam Selepas Anda Berhenti Merokok

Ia mungkin tidak mengancam nyawa, tetapi merokok akan menumpulkan deria bau dan rasa anda. Anda bernasib baik kerana selepas 48 jam tanpa rokok, saraf anda akan dibaiki semula, dan keupayaan anda untuk bau dan rasa akan dipertingkatkan.

~ 3 Hari Selepas Anda Berhenti Merokok

Pada ketika ini, nikotin akan benar-benar disingkirkan dari tubuh anda. Malangnya, ini bermakna bahawa gejala-gejala penyingkiran nikotin umumnya akan memuncak sekitar masa ini. Anda mungkin mengalami beberapa gejala fizikal seperti sakit kepala, loya, atau kekejangan di samping gejala-gejala emosi yang dinyatakan semasa 2 jam anda berhenti merokok.

Untuk melawan gejala mental, hadiahkan diri sendiri untuk tidak merokok; menggunakan wang anda akan dibelanjakan untuk rokok untuk merawat diri anda untuk sesuatu yang baik.

~ 2 Hingga 3 Minggu Selepas Anda Berhenti Merokok

Selepas beberapa minggu, anda akan dapat untuk menjalankan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti fizikal tanpa rasa semput, nafas pendek atau sakit. Ini adalah kerana beberapa proses penjanaan semula yang akan mula berlaku di dalam badan anda; peredaran darah anda akan bertambah baik, dan fungsi paru-paru anda juga akan meningkatkan dengan ketara. Selepas dua atau tiga minggu tanpa merokok, paru-paru anda mungkin mula berasa sihat, dan anda akan mula bernafas lebih mudah. Bagi kebanyakan perokok, gejala hilang kira-kira dua minggu selepas berhenti.

~ 1 Hingga 9 Bulan Selepas Anda Berhenti Merokok

Bermula kira-kira sebulan selepas anda berhenti, paru-paru anda mula dibaiki. Dengan paru-paru yang berfungsi dengan lebih baik dan sihat, batuk dan sesak nafas anda mungkin akan terus berkurangan secara mendadak. Malah untuk perokok tegar, gejala ini akan hilang tidak lebih daripada beberapa bulan selepas berhenti.

~ Setahun Selepas Anda Berhenti Merokok

1 tahun adalah satu pencapaian yang besar. Selepas setahun tanpa merokok, risiko anda untuk penyakit jantung akan menurun sebanyak 50% berbandingkan apabila anda masih merokok. Mereka yang masih merokok adalah dua kali ganda berkemungkinan untuk diserang penyakit jantung daripada anda.

~ 5 Tahun Selepas Anda Berhenti Merokok

Beberapa bahan  toksik yang dikeluarkan apabila merokok selain daripada Karbon Monoksida akan menyebabkan saluran darah anda menjadi sempit dan akan meningkatkan risiko anda mendapat strok. Selepas 5 hingga 15 tahun bebas daripada asap rokok, risiko anda mendapat strok adalah sama seperti orang yang tidak merokok.

 kandungan-pada-rokok-petua-berhenti-merokok-vitamin4kesihatan-manfaat-berhenti-merokok-shaklee-bantu-henti-merokok

~ 10 Tahun Selepas Anda Berhenti Merokok

Perokok mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan bukan perokok untuk mendapat kanser seperti kanser paru-paru yang merupakan salah satu yang paling berbahaya. Merokok menyumbang 90% kematian akibat kanser paru-paru di seluruh dunia. Ia mungkin mengambil masa 10 tahun, tetapi jika anda berhenti, risiko mati akibat kanser paru-paru akan jatuh kepada separuh daripada perokok. Sepuluh tahun selepas berhenti, risiko kanser mulut, tekak, kerongkong, pundi kencing, buah pinggang, dan pankreas juga akan berkurangan.

~ 15 Tahun Selepas Anda Berhenti

15 tahun selepas anda berhenti merokok akan membawa risiko penyakit jantung kembali ke tahap yang sama sepertimana seseorang yang tidak merokok. Anda tidak lagi akan berada pada risiko yang lebih tinggi daripada biasa untuk pelbagai keadaan seperti serangan jantung, penyakit arteri koronari, aritmia, angina, jangkitan jantung, atau penyakit yang memberi kesan kepada jantung anda.

Sumber artikel: healthline.com

Kepada anda yang berniat untuk berhenti merokok tu, boleh mula daripada sekarang dan tetapkan pendirian. Jom kita sama-sama mencuba untuk memperbaiki diri sendiri. Saya paham perasaan seorang perokok sebab saya pun seorang perokok tegar, kalau korang nak tau pengalaman saya masa mula-mula berhenti merokok, jom baca entri ini “Vitamin E Shaklee Boleh Membantu Berhenti Merokok – Betul ker?”

Sila like dan share entri ini sekiranya anda rasa entri ini berguna. like-vitamin4kesihatan-01

Eshamz Halim – Admin www.vitamin4kesihatan.com

Find eshamz halim on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

31 comments to Apa Yang Berlaku Apabila Anda Berhenti Merokok?

  • Khir Khalid  says:

    Semoga dipermudahkan kpd mereka yg berhasrat utk berhenti merokok.. Salam Jumaat 🙂

    • Eshamz Halim  says:

      Saudara Khir Khalid, saya pon dalam proses untuk berhenti merokok so sekarang ni saya cuba untuk membantu mereka-mereka yang ingin berhenti merokok… semoga di kuatkan semangat… terima kasih kerana sudi membaca entri saya… 🙂

      • azharie  says:

        asalam… saya pun baru sebulan berhenti merokok.. tapi saya agak risau kerana… ada yang mengatakan berhenti mengejut bahaya… boleh tak tuan2 beri saya semangat untuk mengatasi kerisaun yang melanda diri sya ini…..

        • azharie  says:

          saya mempunyaai astma yang kuat.. jadi nye saya berazam untuk berhnti merokok… alhmdullah sya start berhnti merokok 2.4.17 dan kini 2.5.17 adalah genap sebulan saya berhnti… tapi saya ada masalah tentang kerisaun hati yang melnda diri sy ni.. saya ade dngar dan ade pengalaman dari org terdekat sy.. bahawa beliau berhnti merokok secara mengejut… dan tibe2 die dapat serangan jantung… jadi nye sy jadi risau.. tapi setakat ni alhmdullah tiada rasa ape2 selepas sebulan ni… cume ade rase sempit dada sikit2 tapi tidak selalu.,…. boleh x abang2 bgi sy sepatah dua kata yg boleh bagi sy jdi lebih semngat…

        • Act  says:

          Bapa mertua sy umur 60 lebih baru berhenti merokok..alhamdulillah sekarang umur dia dah 85..dia stop terus bulan puasa..

        • Md Zulnazri Hamzah  says:

          Bahaya pada kawan² anda sebabnya, mungkin mereka dah takde tempat nak menge’pow’ rokok nanti

  • TENGKUBUTANG  says:

    abah teman dulu kuat merokok gak.. lepas dah asyik batuk2 n doc nasihatkan benti merokok baru abah stop merokok..

  • Eshamz Halim  says:

    apak teman pun sama jugak yong…. smp skrg still merokok lg..dulu kat rumah 3 org jer yg merokok…teman, apak dan adik teman so skrg 2 jer lah sbb teman dah stop merokok… tu laa mmg asik batuk2 jer.. sebulan jugak ler teman batuk ngan demam masa mula2 stop dulu tp skrg dah ok dah… 🙂

  • junaidi weston  says:

    pada mulanya saya niarkan beehenti meeokok kerana allah taala .. syukur sehinggaj kini rasa ketagihann walaupun masih ada masih tetap..banyak rintangan dan halangan nalun dapat siatasi dengan izin allah swt

  • Rafiuddin azam  says:

    Assalamualaikum sy nk mntk tlg pd abg2 semua sy dah berhenti merokok tp dgn cara mengejut sy tak merokok dah dua bln lbh skang yg sy rsau kan sejak sy berhenti nafas sy mkin pendek pastu slalu sesak nafas jd sy nk tnye itu mmg effect klu berhenti merokok secara mengejut?

    • Eshamz Halim  says:

      Saudara Rafiuddin, memang saya pun hadapi masalah yg sama apabila berhenti merokok secara mengejut… mmg terasa nafas pendek dan kadang2 rasa rimas nak bernafas sbb rasa sesak nafas jer… bila jumpa doktor..doktor kata hidung tersumbat sbb alahan pada habuk tp saya tak bersin pon… dah lama2 baru ler nafas semakin ok… saya pon setahun la jugak baru ok…. so tabahkan niat tu yer…hihihihihi… 😀

      • Aky Izz  says:

        Jujur saya cakap, saya ni mmg perokok tegar dari usia 14 tahun. skrg saya berusia 50 tahun, bererti saya merokok lebih dari 36 tahun. saya seorang perokok yang sememangnya hebat. Alhamdulillah saya sudah 2 tahun saya berhenti merokok. Komen saya, tak perlulah amal itu, amal ini klau nak berenti rokok. Pokoknya yang paling mustahak ialah tanamkan niat ‘aku dah tak nak merokok’& jgn berhati daun kering. tu jer…

    • Firdaus cheani  says:

      Sama jugak lh dengan saya.. Berhenti rokok mengejut.. Nak bernafas susah dada jadi ketat. Tambah time tidor.. Seram nak pejam mata ni.. Huhuhuuu

      • Arra 91  says:

        hbez firdaus atasi bgaimana??

      • ayu  says:

        ada cara atasi sakit dada x?

    • Aken Senpai  says:

      Saya sudah 11 hari 10 jam berhenti rokok dan mengalami nafas pendek dan tak lega. Kenapa ya. Adakah kesan biasa untuk org yg dlm proses berhenti rokok. Dan adakah mngambil masa lama untuk hilang rasa nafas pendek ini

      • Eshamz Halim  says:

        Ini sebenarnya perkara biasa… saya pun mengambil masa yang lama untuk menghilangkan rasa nafas pendek ni… teruskan usaha dan jangan gagalkan niat utk berhenti tu… saya skrg ni dah nak masuk 4 tahun tidak merokok… alhamdulillah…. 😀

  • otomen  says:

    Penulisan yg baik.. insyaallah di bulan puasa ni saya cuba berhenti merokok.. mcm2 penyakit da lalui bl merokok ni.. br 5 hari x isap rokok..tp rasa mengelopor bl buka puasa da kenyang.. terasa nikmat nyer..tp bini la akan buat spotchek dan duk menglepek sebelah.. haha.. insyaallah..niat yg baik allah permudahkan.. amin

  • sudin  says:

    Assalamualaikum..

    1.Apakah pandangan anda tentang rokok elektronik?
    2.Adakah risikonya jauh lebih baik dari rokok biasa?
    3.Apakah kandungan yang terdapat didalam e-jus?
    4.Adakah ini adalah salah satu alternatif untuk berhenti merokok?

    Mohon kongsi pandangan anda. Terima kasih.

    • zaha  says:

      hehee….kita sama..soalan kita sama,pasal saya pun baru start vape dah dua bulan..still merokok tapi kadang2 & sebatang dua sehari…takut nak stop mengejut..bnyk member ckp ramai sakit sebab vape,bg saya bkn sebab vape,tp effect berenti merokok..pasal kandungan e-juice tu boleh google…xde ape yg bahaya dlm kandungan e-juice tu..

  • syafiq  says:

    Assalamualaikum…sy dh hmpir 5 bln brhnti mrokok..kadang nafas xpuas…kadang2 tiba2 ja rsa gelisah…mmg efek slpas brhnti mrokok ke..

    • Eshamz Halim  says:

      Yup… itu sebenarnya efek apabila mula berhenti merokok… saya pun sama begitu jugak dan mmg akan mengambil masa yg lama tapi jangan patah semangat.. saya dah 4 tahun berjaya berhenti merokok… 😀

      • Wan lebor  says:

        Salam adkah biasa bgi org mcm saya bru 3hari berhenti akan merasa xtenang susah hati n xbleh tdo malam??? Dan nafas jadi pendek

        • Ramly  says:

          Sy baru hari ke 4. Nk bernafas mmg tak puas

          • Ahmad Farouk  says:

            Samalahh . Baru nak masuk hari ketiga ni . Terasa sangap nak hisap rokok tu , hanya tuhan sahaja yang tahu . Gelisah teruk ni . Huhuhuhu .

  • Muhammad Syazwan Mohd Suhaimi  says:

    saya pun dalam proses berhenti merokok… awalnya dengan kahak, selsema, sakit kepala semua ada..harap saya terus beristiqamah lah…mmg nak berhenti terus..ujian dia ni laen mcm sikit..haha

  • Muhammad imran  says:

    salam saya berhenti merokok dah 9 bulan tapi sakit dada masih tak hilang2 … adkah ni normal..?

    • misterbux  says:

      sila buat pemeriksaan lanjut di hospital atau klinik kesihatan dengan kadar segera.

  • azharie  says:

    saya mempunyaai astma yang kuat.. jadi nye saya berazam untuk berhnti merokok… alhmdullah sya start berhnti merokok 2.4.17 dan kini 2.5.17 adalah genap sebulan saya berhnti… tapi saya ada masalah tentang kerisaun hati yang melnda diri sy ni.. saya ade dngar dan ade pengalaman dari org terdekat sy.. bahawa beliau berhnti merokok secara mengejut… dan tibe2 die dapat serangan jantung… jadi nye sy jadi risau.. tapi setakat ni alhmdullah tiada rasa ape2 selepas sebulan ni… cume ade rase sempit dada sikit2 tapi tidak selalu.,…. boleh x abang2 bgi sy sepatah dua kata yg boleh bagi sy jdi lebih semngat…

  • Khalis Aliya  says:

    Salam. Saya ingin bertanya, bahaya kah jika perokok berhenti merokok secara drastik?
    Adakah secara drastik atau slow2 yg patut dilakukan oleh perokok untuk berhenti merokok.

  • Sezak  says:

    Assalamualaikum.. pengalaman hidup saya adalah seorang golongan perokok tegar dari usia 12 tahun hingga umur 33 tahun (hampir 20 tahun merokok). skrg saya berusia 34 tahun,

    Dalam tempoh 3 bulan pertama, saya akui pelbagai dugaan dan perubahan drastik yang dihadapi.. demam, sakit kepala, sakit mulut, batuk, selsema, sistem perkumuhan tidak teratur, sakit badan, selera makan bertambah dan sebagainya.. Alhamdulillah saya sudah berhenti merokok selama 9 bulan 2 hari pada hari ini.. hidup saya semakin bermakna..

    Komen saya, tak perlulah amal itu, amal ini kalau nak berenti rokok. Berhenti sahaja dan mesti nekad.. saya berhenti merokok mulai 15/8/2016 pada permulaan saya mengalami demam yang teruk selama seminggu. Doakan untuk saya terus istiqomah… InsyaAlllah.

    Hidup semakin sejahtera!

Isikan Komen Anda Disini