Atasi Masalah Stok Susu Ibu Semasa Berpuasa

Salam pembaca,

Alhamdulillah, jika dipanjangkan umur tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Bila sebut pasal Ramadhan atau bulan puasa sinonim sangat dengan sambutan raya kan. Masing-masing dah sibuk dengan jual beli kain, tempah baju, tempah biskut raya, ganti puasa dan sebagainya. Tapi jangan pula kita lupa amalan yang harus ditingkatkan sepanjang bulan puasa nanti ye.  Berlipat ganda pahala yang boleh kita dapat nanti.

kebaikan susu ibu

Khasiat Susu Ibu Untuk Bayi

Bagaimana pula dengan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak? Dah standby stok susu sepanjang bulan puasa nanti?  Secara asasnya sepanjang tempoh kita berpuasa, pengeluaran susu akan terjejas sedikit. Ini kerana badan yang cepat letih, kurang ambil makanan yang berkhasiat, waktu datang haid serta kurang rehat boleh menggangu pengeluaran susu badan.

Jadi saya nak kongsikan dengan pembaca di sini artikel yang saya rujuk dari Baby Center Malaysia mengenai penyusuan badan di bulan puasa.

Adakah berpuasa semasa menyusukan akan membahayakan bayi saya?

Tidak. Berpuasa tidak membahayakan bayi kerana badan anda masih boleh menghasilkan susu semasa anda berpuasa. Kurang pengambilan kalori sepatutnya tidak menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan.

Malah, walaupun wanita yang menyusu badan itu tidak makan apa-apa selama 24 jam, ia masih tidak menjejaskan kuantiti dan nilai nutrisi susu mereka. Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan anda, anda pasti sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali anda perlu menghentikan puasa sebelum kesan itu menjejaskan penghasilan susu.

Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya?

Badan anda biasanya dapat bertahan jika anda berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil.

Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahhidrat, anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:

shaklee trial packAnda rasa sangat dahaga;

shaklee trial packAir kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat;

shaklee trial packAnda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;

shaklee trial packAnda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.

Jika anda mula sedar akan tanda-tanda ini, anda harus berbuka dengan meminum air dan berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih rasa tidak sihat, hubungilah doktor anda.

Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. Ahli panel pakar BabyCenter dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor, menyarankan anda makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index – GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi.

Jangan sekadar minum sahaja. Penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan. Jika sukar untuk anda makan secukupnya pada waktu malam dan anda berat badan anda mula turun, bincanglah dengan doktor anda. Anda juga mungkin perlu untuk tidak berpuasa.

Walau bagaimanapun, jika anda sihat dan tidak kisah berat badan anda turun sedikit, penurunan sehingga 1kg seminggu sepanjang bulan Ramadan sepatutnya tidak menjejaskan penghasilan susu.

Untuk bacaan lebih lanjut pembaca boleh klik sini.

Bagaimana Atasi Masalah Susu Kurang Dengan Vitamin Shaklee?

 

susu ibu bulan puasa

Performance Drink

– Memelihara tubuh badan dengan mengekalkan kandungan bendalir dan elektrolit di dalam badan bagi mencegah penyah-hidratan akibat kurang air

Meal Shakes

– Dilengkapi dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu untuk tubuh badan kekal aktif dan cergas

ESP

– Indeks glisemik yang rendah memberi rasa lebih bertenaga

– Sumber protein soya yang memberi rasa kenyang berpanjangan

Set lengkap ini telah banyak membantu ibu-ibu yang menyusu sepanjang bulan puasa. Kalau nak pastikan stok susu cukup sepanjang bulan puasa CEPAT dapatkan segera. Jangan merungut kalau tengok stok makin lama makin surut. Jangan sedih lihat anak diberi susu formula. Since bulan JUNE offer untuk Meal Shakes, harga rendah menanti anda. Hubungi saya untuk dapatkan senarai harga.
p/s: Ibu lain dah start buat stok susu dari sekarang, anda bila lagi..?

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

Isikan Komen Anda Disini