Slide # 1
 

ATV Ride, Rose2Rose Charity Walk dan Ostematrix Shaklee

Salam pembaca,

Aktiviti hujung minggu saya selalunya mesti dipenuhi dengan pelbagai aktiviti outdoor. Memang tak reti nak dok diam dekat rumah. Kadang-kadang sampai kawan nak ajak lepak siap tanya dulu ‘minggu ni masuk hutan mana pulak?’ Hahaha… Perli baik punya kan. Nak lepak siang memang ler dah ada program tapi kalau nak lepak malam boleh lagi sebenarnya. Sesi ngeteh ke, sesi ngopi ke. Ok jer uolss.. 😀

ATV Ride @Cahaya SPK Shah Alam

Minggu lepas hari Sabtu pergi layan main ATV dekat Cahaya SPK Shah Alam. Teringin nak cuba permainan ATV ni dah lama. Kos bayaran main ATV boleh tahan gak. Bila survey dekat RM 100 juga. Kebetulan jumpa voucher Groupon yang  murah, jadi terus beli untuk 8 orang. Cuma RM28 setiap seorang. So oklah.. Walaupun track pendek jer, tapi untuk beginner atau pertama kali nak cuba sesuai juga. Enjoy sangat.!

Tapi rasa tak puas bermain ATV tetap ada. Baru nak ambil feel biasakan diri dengan ATV dah habis 5 laps. Lebih kurang dalam setengah jam juga lah bawa ATV tu. Track dalam hutan pula pendek sangat. Kata sesuai untuk beginner so not bad lah. Sekurang-kurangnya dapat lah build up confidence dan pengalaman bawa ATV. Lepas ni kalau nak mencabar boleh cuba tempat lain. Mungkin dekat Kemensah Height pula.. 😀

Kalau nak tau lagi kisah ATV dan gambar-gambar yang mungkin menyebabkan anda jelous, boleh terjah blog suami saya dekat sini–> ATV @Cahaya SPK Shah Alam..

atv-all-terrain-vehicle-shamphotography-01GrouFie geng ATV..

atv-all-terrain-vehicle-shamphotography-09Amacam? Ada style tak..? 😀

Rose2Rose Walk For Humanity

Keesokannya pula hari Ahad ada progam charity walk Rose2Rose Walk4Humanity. Sepatutnya program ni pada bulan 16 March 2014 di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Tapi oleh kerana pada masa tu cuaca jerebu yang sangat teruk dan atas faktor keselamatan program tu ditangguhkan. Nasib baik tarikh yang baru takda bertembung dengan mana-mana program. Jadi boleh lah berjalan sambil meningkatkan kesedaran tentang nasib malang yang menimpa saudara kita di Palestine. Bukan sahaja orang Islam sahaja yang ada pada hari tersebut, malah ada juga rakyat Malaysia dari agama lain turut serta menyertai.

Jalan kaki sejauh 5km pada hari tersebut berjaya ditamatkan dalam masa 1 jam. Tak tau lah rekod cemerlang atau pun tidak. Rasanya ok lah kot. Yang penting sepanjang jalan 5km badan tak rasa penat, tak rasa semput dan lebih rasa segar. Kalori yang dibakar pula ialah 125kcal (pembakaran kalori bergantung pada berat individu). Walaupun dah lama tak memanjat bukit tapi masih lagi rasa bertenaga. Sebelum acara berjalan bermula, terlebih dahulu kita orang lakukan senaman ringan aerobik. Sebelum melakukan aktiviti senaman elok kita panaskan badan terlebih dahulu untuk mengelakkan masalah seperti pitam, kejang otot dan sebagainya.

Sepatutnya cikgu fitness yang popular iaitu Kevin Zahri terlibat sama, tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan beliau tidak dapat menghadirkan diri. Sedikit kecewa juga lah. Pengganti Kevin Zahri ialah Kapten Dhany dari TUDM. Best jugak.

Dah berseronok selama dua hari, datang hari Isnin tiba-tiba rasa sakit otot betis, sakit pinggang dan sakit bontot. Bangun pagi dah terasa sengal-sengal satu badan. Rasanya sakit bontot tu disebabkan ATV. Tracknya berbatu, jadi setiap kali jalan atas track tu memang terasa hentakannya pada bahagian pinggang dan pinggul.

Sakit otot pula mungkin disebabkan jalan kaki sejauh 5km. Memang kita orang berjalan tak berhenti langsung. Kalau ada berhenti pun sekadar nak ambil gambar. (ambil gambar wajib.. hehe..) Memang tak rasa penat sebenarnya, sebab tu teruskan berjalan bagaikan juara. Haha.. Takda lah juara sangat pun, yang penting kita orang berjaya tamatkan 5km jalan kaki dan dapat lihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur.

rose2rose-walk-for-humanity-2014-padang-merbuk-2Pukul 7 pagi dah sampai sini.. Dalam pukul 8 baru dirasmikan Dr. Fauziah Hassan, Penasihat Projek Rose2Rose

rose2rose-walk-for-humanity-2014-padang-merbuk-3Tamat jalan-jalan 5km pagi tu.. Ada sponsor air Performance Drink dari pengedar Shaklee pada hari tersebut.

Tips Melegakan Sakit Otot Dengan Ostematrix Shaklee

Bila dah terasa sengal tu apa lagi, apa lagi kena makan Ostematrix lah jawabnya. Malam tu saya terus ambil 4 biji Ostematrix sebelum tidur. Esok paginya alhamdulillah bangun tidur dah hilang rasa sengal-sengal. Boleh lah bergerak aktif macam biasa. Nampaknya Ostematrix memang kena sentiasa ada dekat rumah lah jawabnya. Umur pun dah ’23’ jadi keperluan kalsium kena lah lebih daripada biasa. 😀

Kandungan yang terdapat dalam Ostematrix Shaklee bukan sekadar kalsium. Ianya diformulasikan dengan magnesium. Gabungan kalsium dan magnesium memang terbaik dalam membantu melegakan otot dan mengelakkan kekejangan disamping melancarkan perjalanan darah. Malah kebaikan utama kalsium dan magnesium ialah dapat menguatkan tulang temulang sekaligus mengurangkan risiko penyakit osteoporosis.

Ostematrix memang pilihan yang terbaik  bagi mereka yang gemarkan aktiviti outdoor atau pun bersukan macam kami! 🙂

promosi-ostematrix-shaklee-buy-6-free-1 Beli 6 percuma 1 untuk bulan. Buat stok Ostematrix untuk kegunaan kita orang.. 😀

 Disclaimer:
* Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Follow Cheq Eem on Google+!

iR Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

6 comments to ATV Ride, Rose2Rose Charity Walk dan Ostematrix Shaklee

  • Raudzah  says:

    Terbaiklah cheq eem..salam hujung minggu ya!!

    • Cheq Eem  says:

      memang best aktiviti macam nie… 🙂

  • Aku Penghibur  says:

    wahh terbaiklah … banyak aktiviti.. sweet couple

    • Cheq Eem  says:

      hujung minggu buat aktiviti macam nie memang seronok… sweet? alaaa.. shy2 cat lah… :p

  • Khir Khalid  says:

    Peweettt hehee.. Aktiviti terbaik yg bermanfaat & menyihatkan.. salam ceria selalu dari saya buat Cheq Eem sekeluarga.. 🙂

  • Sheila Salim  says:

    Assalamualaikum.. rajinnya korang. jeles tengok tau dak ;p

Isikan Komen Anda Disini