Azam Tahun Baru 2014

Salam pembaca,

Pejam celik, bangun tidur… Esok dah masuk tahun baru 2014.. Rasa macam sekejap jer masa berlalu.. Sedar-sedar je dah penghujung tahun.. Apa yang sinonim setiap kali nak masuk tahun baru? Persediaan sekolah anak-anak kah..? Hehe… Bagi yang dah bergelar ibu bapa itu sudah semestinya.. Tapi secara amnya mesti berkaitan dengan azam tahun baru..

Kalau buat senarai untuk azam baru memang panjang.. Biasalah bila berangan macam-macam yang kita inginkan.. Tapi tak salah jika kita buat senarai tersebut.. Sekurang-kurangnya boleh dijadikan sebagai matlamat hidup kita.. Salah satu impian saya untuk tahun 2014 ialah untuk menawan gunung-ganang dan bukit-bukau di Malaysia.. Nak meredah masuk ke dalam hutan dan menikmati alam semulajadi.. Escape to nature katanya.. πŸ™‚

Salah satu sebab kenapa pelancong luar suka datang ke Malaysia ialah negara kitaΒ  mempunyai hutan tropika yang sangat cantik dan masih terpelihara.. Mereka sukakan keindahan flora dan fauna yang terdapat di negara kita.. Masa bercuti ke Sabah bulan Julai lepas, kebetulan ada pelancong dari Barcelona, Sepanyol ikut kami berjalan sekali sekali.. Mereka nie tak habis-habis puji pasal Malaysia.. Rasa bangga pula bila pelancong luar puji pasal negara kita kan.. Mereka bagi tau pulau kita cantik dan bersih.. Itu semasa mereka pergi ke Pulau Perhentian..Β  Lepas tu bila dibawa pergi ke kaki Gunung Kinabalu, Poring Hot Spring dan Desa Cattle mereka suka kan suasana alam semulajadi dengan udara yang segar.. Bangga pula rasanya bila mereka asyik puji pasal Malaysia… Hehe…

Jadi kalau pelancong luar menghargai keindahan yang kita ada, kita pula sebagai rakyat Malaysia perlulah menikmati juga.. Sempena Visit Malaysia 2014, mesti ada banyak pakej-pakej menarik dan murah yang akan ditawarkan.. Jom sokong industri pelancongan tempatan.. πŸ™‚

Antara tempat yang nak pergi tahun nie ialah:-

1) Taman Negara, Pahang atau Tasik Kenyir, Terengganu

mapofpahangwww.tamannegara.net

2) Mendaki Gunung Kinabalu

gunung-kinabalu-wordless-wednesday-shamphotography

3) Bercuti ke Pulau Perhentian dan mengambil lesen menyelam

cartoon-scuba-diver-hi

Sumber gambar dari google

Cukuplah dengan 3 tempat seperti di atas nie.. Semua ni pun perlu bajet besar…. Hehe….

masilau-cow-farm-kinabalu-sabah-shamptohography-09

Sara dan manu yang sporting…Β  πŸ™‚

 

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

6 comments to Azam Tahun Baru 2014

  • Khir Khalid  says:

    Selamat menyambut tahun baru. Semoga tahun 2014 ini membawa lebih kejayaan serta keberkatan sepenuhnya buat Cheq Eem sekeluarga.. aamiin..

    • Cheq Eem  says:

      Selamat tahun baru khir.. saya pun doakan semoga saudara Khir dan keluarga terus dimurahkan rezeki… amiinnn….. πŸ™‚

  • raudzah  says:

    Happy new year Cheq EEM!!!

    • Cheq Eem  says:

      happy new year raudzah….! Ceria selalu….. πŸ™‚

  • fidah shah  says:

    Selamat thn baru cheq eem

    • Cheq Eem  says:

      selamat tahun baru fidah… πŸ™‚

Isikan Komen Anda Disini