Beli Produk Shaklee Secara Online Dengan E-Sell

Salam pembaca,

beli shaklee secara online

Untuk pengetahuan semua Shaklee telah menyediakan sistem pembelian secara online untuk bukan ahli Shaklee. Sistem ini dinamakan eSell. Ianya telah bermula sejak akhir bulan June 2014. Melalui sistem eSell pengguna boleh membeli produk Shaklee secara online dan membuat pembayaran melalui kad kredit / kad debit. Nah, sekarang sudah ada alternatif baru yang lebih mudah untuk pengguna mendapatkan produk Shaklee.

Apa itu eSell?

Pernah beli barang secara online di Lazada? Ataupun di Zalora? Kalau kaki shopping online mesti pernah kan. Haa, macam tu jugaklah sistem online eSell. Pengguna boleh pilih sendiri produk Shaklee mana yang ingin dibeli. Bila dah pilih, isikan maklumat penghantaran. Kemudian buat pembayaran sama ada menggunakan kad debit / kredit. (Maaf online banking masih belum ada lagi). Seterusnya hanya tunggu barang sampai di tangan anda. 🙂

Keistimewaan eSell

Salah satu keistimewaan sistem online eSell ialah pengguna boleh membeli barang Shaklee mengikut set yang disediakan. Contohnya Set Kurus, Set Bersalin, Set Resdung, Set Kulit Cantik, Set Menyusu, Set Sendi dan Tulang dan lain-lain lagi. Shaklee kan ada macam-macam set. Hehehe..

Dalam entri saya tentang Set Kesihatan Sendi Shaklee Kembalikan Kekuatan Lutut ada satu icon Order Now. Bila klik icon tersebut pengguna akan dibawa terus ke sistem online eSell. Kemudian isikan segala maklumat yang diperlukan dan buat pembayaran. Senang jer kan. Hehehe..

Yang bestnya bila beli barang secara online dengan Shaklee kos penghantaran cuma RM10 untuk Semenanjung Malaysia, RM20 untuk Sabah dan Sarawak. Lebih istimewa kalau beli barang lebih daripada RM800 penghantaran PERCUMA!

set sendi lutut shakleeLepas klik icon Order Now, pengguna akan masuk terus ke dalam sistem eSell. (Lihat gambar di bawah)

set kesihatan sendi shakleeMacam ni lah rupanya shopping cart eSell.

Kalau ada yang berminat untuk daftarkan diri sebagai ahli amat lah dialu-alukan. Lebih jimat beli dengan harga ahli. Yuran pun seumur hidup. Kalau nak tau pasal keahlian Shaklee boleh klik DISINI.

Kalau nak HOTCHAT pasal produk Shaklee yang sentiasa HOT, jangan segan silu hubungi saya. Insya-allah setiap persoalan, pertanyaan, kemusykilan atau apa sahaja mengenai Shaklee saya akan cuba bantu serta berikan penerangan sebaik mungkin.

Kesihatan anda, Keutamaan saya. 🙂

4 comments to Beli Produk Shaklee Secara Online Dengan E-Sell

  • titan  says:

    bagus la.

    dah boleh mudahkan kerja sikit.

    • Cheq Eem  says:

      yup…. senang juga kerja kami pengedar shaklee… 😀

  • Raudzah  says:

    Tahniah..Shaklee dah maju setapak lagi…memudahkan customer..

    • Cheq Eem  says:

      alhamdulillah…. tahun ni banyak pula progress +ve dari shaklee malaysia.. 🙂

Isikan Komen Anda Disini