Slide # 1
 

Bengkel Nutrisi Shaklee Macam-Macam Ada

Salam pembaca,

Selama ni saya belajar pasal produk Shaklee daripada ‘Mak’ dan upline saya melalui online dan off-line coaching.. Mereka ni sangat baik dan tak kedekut ilmu.. (Untung masuk dalam group yang betul.. hehe..) Tapi disebabkan ingin tambah pengetahuan tentang keunikan produk Shaklee, maka saya pilih untuk menghadiri Bengkel Nutrisi anjuran Shaklee..

Bengkel ini dikendalikan oleh pakar nutrisi Shaklee yang berpengalaman mengenai nutrisi dan pemakanan iaitu Siti Sarah Che Haludin.. Bengkel tersebut bermula dari jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 6.00 petang.. Bayaran sebanyak RM40 dikenakan untuk setiap seorang dan termasuk satu buffet makan tengah hari.. Aturcara program pada hari tersebut dibahagikan kepada 4 sesi.

Sesi 1 : Kenapa Badan Kita Memerlukan Supplemen?

Sesi 2 : Keunikan Supplemen Shaklee – Bahagian 1

Sesi 3 : Keunikan Supplemen Shaklee – Bahagian 2

Sesi 4 : Aktiviti Interaktif dan Kuiz

pengedar shaklee shah alam

Banyak juga informasi yang saya pelajari dan perolehi pada hari tersebut.. Terutama keunikan supplemen Shaklee berbanding jenama lain.. Shaklee sangat mementingkan kualiti di dalam setiap produk yang dikeluarkan.. Ramuan dan bahan yang digunakan mestilah mengikut syarat yang telah ditetapkan.. Bahan-bahan yang digunakan dihasilkan dengan secara semulajadi.. Tiada bahan kimia digunakan dalam setiap penghasilan produk.. Shaklee juga mempunyai ladang tanaman sendiri yang dipantau secara ketat.. Pihak Shaklee tidak akan hasilkan produk jika tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan.. Setiap produk pula akan melalui ujian klinikal terlebih dahulu.. Dan penerangan tersebut menjelaskan kenapa produk Herb-Lax masih belum ada lagi sampai sekarang.. Jadi kepada pengguna Herb-Lax sila bersabar.. Hehe.. Shaklee tak kejar keuntungan semata-mata kerana demand yang tinggi daripada pengguna.. Kualiti produk perlu dijaga.. 🙂

Selain daripada belajar mengenai produk Shaklee, peserta bengkel juga didedahkan dengan rakaman video bagaimana pembedahan jantung dilakukan (by pass operation) dan pembedahan memasukkan besi di dalam lutut.. Agak seriau juga lah tengok video tersebut.. Terasa macam badan kita dalam video tu.. Tapi nak tau punya pasal saya tengok juga.. Satu perkara yang dapat saya pelajari selepas menonton video pembedahan tersebut ialah kejadian Allah itu dah cukup sempurna.. Walaupun mempunyai kemudahan teknologi perubatan terkini tetapi hasilnya tidak sama dengan ciptaan Allah.. Sebab itu kita dituntut untuk menjaga nikmat sihat.. Bukan dah sakit baru nak beringat..

Antara fakta menarik yang boleh dikongsikan:-

Lembu di South America diberi makan daun alfalfa untuk meningkatkan pengeluaran susu

Komen: Ibu yang menyusu juga mengamalkan Alfalfa Complex untuk penyusuan.. 🙂

Terdapat satu pusat ternakan ayam di Ipoh tinggal di dalam air-cond dan hidup hanya selama 20 hari sahaja sebelum diedarkan ke restoran makanan segera

Komen: Ayam diberi suntikan hormon untuk matang dengan cepat.. Hmmm…

Kos bagi suntikan dan rawatan interferon boleh mencecah RM 6,000

Komen: Pesakit Hepatitis memerlukan suntikan interferon untuk meningkatkan sistem imunisasi badan..

 

Kesimpulannya saya rasa berbaloi menghadiri Bengkel Nutrisi Shaklee pada hari tersebut.. Selain daripada belajar dengan pakar nutrisi, dapat jumpa wakil pengedar Shaklee dan berkongsi-kongsi pendapat dan pengalaman masing-masing..  Andai kata bengkel ini diadakan lagi, saya mesti akan pergi.. Saya akan bawa ‘anak-anak’ Shaklee saya untuk belajar bersama-sama.. Untuk jadi pengedar tegar Shaklee syarat utama ialah mesti jatuh cinta.. 🙂

Jom layan beberapa gambar yang sempat diambil pada hari tersebut.. Kualiti gambar kurang memuaskan sebab guna handphone jer.. Hehe..

bengkel-nutrisi-shaklee-2013-vitamin-4-kesihatan-8

Peserta bengkel

bengkel-nutrisi-shaklee-2013-vitamin-4-kesihatan-1

Penerangan daripada Sales & Marketing Manager Shaklee

bengkel-nutrisi-shaklee-2013-vitamin-4-kesihatan-2

Lunch time.. Hehe..

bengkel-nutrisi-shaklee-2013-vitamin-4-kesihatan-3

Buat senaman bagi hilang mengantuk..

bengkel-nutrisi-shaklee-2013-vitamin-4-kesihatan-7

Sesi aktiviti interaktif yang best.. Di mana setiap peserta di bahagikan beberapa kumpulan.. Ketua kumpulan pula akan membuat presentation di hadapan dan bercerita pasal produk.. Dan bayangkan kita bercerita pasal produk di hadapan bakal pembeli.. Masa ni masing-masing cuba buat yang terbaik..

bengkel-nutrisi-shaklee-2013-vitamin-4-kesihatan-4

Saya telah dipilih jadi ketua kumpulan.. Hehe.. Jadi ini lah habuan nya bila jadi ketua.. Dapat beg eksklusif Shaklee..

bengkel-nutrisi-shaklee-2013-vitamin-4-kesihatan-11

Daripada 6 kumpulan yang ada tak sangka pula jadi kumpulan yang terbaik.. Yeahhh…. Dapat hadiah CoQ Health Plus.. 😀

bengkel-nutrisi-shaklee-2013-vitamin-4-kesihatan-6

Dengan member baru.. Kita orang duduk bersebelahan.. Tak kenal pun sebenarnya.. Tapi dengan Shaklee saya dapat tambah kenalan..

bengkel-nutrisi-shaklee-2013-vitamin-4-kesihatan-5

Yang sebelah kiri tu pun tak kenal juga.. Tapi sebab duduk satu barisan jadi kawan juga.. Yang sebelah kanan memang geng Shaklee saya.. Hehe..

bengkel-nutrisi-shaklee-2013-vitamin-4-kesihatan-10

Ini lah hasil balik dari Bengkel Nutrisi.. Dapat beg, buku nutrisi, CoQ Health dan poster Vivix.. Sebab saya present dan menang mesti lah bawa balik poster tersebut.. 😀

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

5 comments to Bengkel Nutrisi Shaklee Macam-Macam Ada

  • yumida  says:

    wah beznye dpt beg shalee..tahniah terpilih jd kumpulan terbaik..kenangan bersama shaklee kan kak

    • Cheq Eem  says:

      woven bag tu boleh guna isi barang shaklee sebelum hantar untuk pos.. hehe… klu buat lagi nak join.. 🙂

    • Eshamz Halim  says:

      Kitaorg dah ada 3 woven bag Shaklee tuuu…ekekekeke.. wat collection item… 🙂

  • Mizz Aiza  says:

    bagus bengkel sebegini.. dapat menambah ilmu dan kenalan juga.. 😀

    • Cheq Eem  says:

      itu lah…. dapat jugak berkongsi pengalaman masing2… 🙂

Isikan Komen Anda Disini