Buffet Ramadhan Casa Ombak – Konsep Berbuka Dalam Taman

Salam pembaca,

Saya percaya sepanjang bulan ramadhan mesti ada diantara kita akan cuba meluangkan masa untuk berbuka diluar bersama rakan-rakan atau pun keluarga. Sekali sekala memilih untuk berbuka di luar pun seronok juga kan. Dapat juga berkumpul, beramah mesra, mengeratkan silaturrahim serta merapatkan ukhuwah. Ada banyak tempat-tempatย  menarik yang kita boleh pergi untuk berbuka di luar. Semestinya lokasi yang menawarkan hidangan secara buffet menjadi pilihan ramai.

buffet-ramadhan-casa-ombak

Jika anda sukakan suasana majlis berbuka berkonsepkan dalam taman di Kuala Lumpur, Casa Ombak @Jalan Damai, Kuala Lumpur adalah lokasi yang anda patut kunjungi. Walaupun ianya terletak di tengah bandaraya, tetapi tempat tersebut bukan lah sukar untuk ditemui. Dengan berpandukan sistem GPS seperti applikasi Waze, anda pasti akan tiba dengan selamat.

Untuk pengetahuan anda, Casa Ombak bukanlah sebuah restoran. Ianya adalah sebuah halaman kawasan banglo mewah. Anda pasti seronok berada disana kerana dikelilingi dengan pokok-pokok yang menghijau dan rendang. Memang santai, tenang dan mendamaikan. Sebab itu jika berbuka di Casa Ombak anda akan rasakan seperti berbuka puasa di dalam taman. ๐Ÿ™‚

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet ramadhan Casa Ombak menyediakan hidangan menu berbuka puasa berkonsepkan ala kampung. Pelbagai juadah istimewa seperti lauk pauk kampung, ulam ulaman, nasi kerabu dan macam-macam lagi. Terdapat juga stall corner yang menyediakan makanan yang dimasak terus seperti roti john, keow teow goreng dan kuih muih goreng panas seperti karipap. Tak dilupakan kuih muih tradisional seperti kuih lapis, seri muka yang seringkali menjadi hidangan wajib semasa berbuka. Dengan menu yang pelbagai citarasa pasti membuatkan anda puas hati berbuka di Casa Ombak.

menu-hidangan-buffet-ramadhan-casa-ombak

Apa salahnya jika ada yang mengajak anda untuk berbuka di luar. Kalau berbuka dengan rakan-rakan lama boleh dijadikan sebagai majlis reunion. Kalau berbuka dengan keluarga pula masa ni lah dapat kumpul bersama dan merapatkan hubungan kekeluargaan. Bagi rakan sekerja pula, dapat kenal dengan lebih rapat lagi rakan-rakan dari jabatan yang lain. Lagi pun rugi besar kalau tak pergi kalau bos sudi belanja staff. Hehe..

Jom kita tengok suasana di banglo Casa Ombak dan hidangan yang disedikan untuk tahun 2014. Kredit gambar page Ombak Creative

buffet-ramadhan-casa-ombak-1Tema warna hijau dan putih memang sesuai sangat

buffet-ramadhan-casa-ombak-2Dekorasi yang cantik degan juadah berbuka yang tersusun

buffet-ramadhan-casa-ombak-3Ada stall masakan panas lagi. Memang terbaik lah buffet ramadhan Casa Ombak

Latar Belakang Ombak Creative

buffet ramadhan casa ombak

Di sini ingin saya kongsikan serba sedikit latar belakang Ombak Creative. Untuk pengetahuan semua Ombak Creative adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh 100% bumiputera dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd. Syarikat ini telah beroperasi lebih daripada 10 tahun dan berpengalaman luas dalam menguruskan majlis seperti perkahwinan, pertunangan, jamuan hari jadi, majlis korporat, hidangan katering, sewa kanopi dan sebagainya.

Oleh itu anda tidak perlu ragu dengan kebolehan pihak pengurusan Ombak Creative dalam menyediakan hidangan berbuka puasa di Casa Ombak. Lihat sahaja gambar-gambar yang saya kongsikan diatas. Dari segi susunan meja, dekorasi, menu juadah berbuka anda pasti tersenyum puas meluangkan masa berbuka di sana bersama rakan-rakan. Sebagai kelainan, setiap hari menu yang berbeza akan disajikan untuk pengunjung yang datang.

Buffet Ramadhan Casa Ombak Pilihan Terbaik

Ya. Buffet Ramadhan Casa Ombak adalah pilihan terbaik untuk anda datang, berkumpul dan berbuka puasa. Saya berikan 3 sebab kenapa anda perlu datang ke Casa Ombak dan mencuba hidangan buffet di sana.

1) Harga Berpatutan

Purata harga buffet ramadhan di Kuala Lumpur adalah sekitar RM75 ke atas. Anda tidak akan dapat harga buffet bawah RM60 kecuali di Casa Ombak.

Dewasa: RM 55nett

Kanak-kanak: RM 27net (7-12 tahun)

2) Parking Percuma

Tak perlu bayar duit parking. Ianya adalah percuma kerana lokasi tersebut adalah kawasan banglo mewah. Jimat kan? ๐Ÿ˜€

3) Berkonsepkan Dalam Taman

Tak semua tempat buffet ramadhan mempunyai lokasi di dalam taman seperti Casa Ombak. Jika inginkan kelainan seperti suasana santai sambil menghirup udara yang segar memang wajib datang sini.

Jangan risau. Ruangan solat turut disediakan di sana. Besar dan selesa.

Macam mana? Tertarik untuk berbuka puasa di Casa Ombak? Cepat-cepat hubungi pihak pengurusan untuk membuat tempahan. Tempahan terbuka sama ada untuk individu, berkumpulan, keluargaย  atau pun syarikat. Ada masa lagi 2 minggu untuk anda rancang datang ke Casa Ombak. Jangan menyesal kalau tempahan penuh. ๐Ÿ˜€

Untuk maklumat lanjut sila hubungi no telefon seperti di bawah:-

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative page

buffet-ramadhan-casa-ombak-kuala-lumpur

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

15 comments to Buffet Ramadhan Casa Ombak – Konsep Berbuka Dalam Taman

  • hannyabdullah  says:

    Wahhh…masuk akhirnya..:)

    Moga berjaya

    • Cheq Eem  says:

      yezzaaa.. berjaya jugak menyiapkan entri ni.. hehe… good luck juga untuk sis.. ๐Ÿ˜€

  • Khir Khalid  says:

    All the bast Cheq Eem… ๐Ÿ™‚

  • Nor  says:

    good luck yer ๐Ÿ™‚

    • Cheq Eem  says:

      t.kasih… ๐Ÿ™‚

  • Kamil Salleh  says:

    Salam Ramadhan… Buffet Ramadhan Casa Ombak memang terbaik. Artikel amat menarik. Semoga berjaya…

    • Cheq Eem  says:

      itulah yang diperkatakan selepas ada yang cuba sendiri berbuka di sana… t.kasih.. salam ramadhan….

  • Raudzah  says:

    Ramai yang join contest buffet ramadhan casa ombak ni kan..so good luck to you…

  • sobri yaacob  says:

    wah ramainya yang joint contest ni sis..
    wah smoga bjaya..hadiah pun memang berbaloi2..

  • Syuri  says:

    salam ramadhan

  • titan  says:

    kalau dapat pergi ni, mesti seronok habis nih.

  • Strider  says:

    Good luck and all the best kak..ingat, somewhere minggu depan nak try makan kat sana laa..hehehe

    Regards,
    -Strider-

  • AkmaOmar  says:

    Assalam…susah betul nak pilih yg terbaik sbb semuanya terbaik. Entri kemas dan santai..akak ucapkan terima kasih & semoga berjaya ya ๐Ÿ˜€

Isikan Komen Anda Disini