Canopy Walk di FRIM Kepong

Salam pembaca,

Minggu lepas aktiviti di hujung minggu saya dan suami pergi ke FRIM, Kepong.. Dah lama tak buat aktiviti outdoor macam nie.. Oleh kerana ramai geng-geng dah terjebak dalam dunia outdoor, maka kami pun terikut sama gak.. Tengok member asik update dalam facebook keluar hutan masuk hutan, panjat gunung sana sini.. Rasa terbakar juga nak join sekali.. Jadi sebagai permulaan kita orang start dengan FRIM dulu..

Dalam FRIM macam-macam aktiviti yang boleh kita buat.. Antaranya canopy walk, berbasikal, berpiknik, camping, trekking dan sebagainya.. Sesi outdoor photoshoot pun sesuai sangat.. Bayaran masuk pula cuma RM 1 untuk setiap seorang, dan jika bawa masuk kenderaan akan dikenakan bayaran RM 4.. Jika tak nak penat, sila lah bawa masuk kereta ya.. Agak jauh juga kalau nak jalan kaki untuk sampai ke tempat yang menarik seperti canopy walk dan air terjun tu.. Dan dinasihatkan sila datang pagi-pagi.. Baru lah boleh buat macam-macam aktiviti dalam tue..

Pada hari tu kita orang pergi canopy walk.. Dalam pukul 8.15 pagi kita orang dah sampai dalam FRIM.. Semangatkan..! Haha.. Tapi pukul 9.00 pagi baru kaunter tiket buka untuk ke canopy walk.. Harga tiket untuk masuk canopy walk ialah RM 5 setiap seorang.. Jadi sementara tunggu kaunter tiket buka kita orang pun berjalan-jalan sekitar kawasan tersebut.. Kebetulan ada kafeteria di sana, kita orang pun sarapan pagi dulu sebelum naik canopy walk..

canopy walk frim kepong

Peta FRIM

Sebelum sampai ke starting point canopy walk kita akan lalu trail yang biasa.. Tak mencabar sangat pun.. Dalam 15 min berjalan akhirnya sampai.. Lepas nampak je sign board canopy walk, maka bermulalah aktiviti yang mencabar iaitu hiking.. Masa ni lah memerlukan kekuatan mental dan fizikal.. Terutama orang baru macam kita orang.. Tapi bila nampak ada budak-budak dan orang tua selamba jer panjat, kita orang pun rasa tercabar juga.. Kalau mereka boleh kita mesti boleh juga..

frim-canopy-walk-hutan-simpan-bukit-lagong-kepong-vitamin4kesihatan

Sebelum naik mesti beli tiket dulu ya.. Kalau tak beli kene turun balik.. Hehe… Itu Akmar member yang baru saya kenal.. Dia kaki outdoor dan panjat gunung.. Sebab dia lah kita orang terjebak dalam aktiviti macam nie.. Haha…

Trail canopy walk boleh tahan juga curamnya.. Tapi takda lah sampai memerlukan tongkat untuk memanjat.. Ada setengah tempat trail senang untuk di panjat, ada setengah tu agak susah juga.. Lepas tu laluan pun tak sempit sangat.. Jadi kalau agak-agak kita nie lembab dan ada orang belakang kita ni nak cepat, boleh beri laluan untuk dia memotong.. 🙂

frim-canopy-walk-hutan-simpan-bukit-lagong-kepong-vitamin4kesihatan

Inilah dia laluan untuk menuju ke canopy walk..

frim-canopy-walk-hutan-simpan-bukit-lagong-kepong-vitamin4kesihatan

Sebelum sampai di atas, ada satu check point untuk kita berehat untuk menghilangkan penat.. Ada disediakan kerusi untuk duduk.. Dekat sini lah kita orang take a break.. Bukan kita orang jer.. Semua orang yang naik akan berhenti kat sini.. Hehe.. Lepas rehat 5 minit kita orang sambung lagi perjalanan, dan akhirnya sampai… Yeahh….!!

Maka bermulalah sesi menggayatkan diri.. Kalau orang yang takut pada ketinggian dinasihatkan fikir banyak kali lah yea.. Tapi kalau betul-betul nak cabar diri, boleh datang ke sini.. Segala penat lelah rasa berbaloi bila dapat lihat pemandangan Kuala Lumpur dari atas.. Cantik juga Malaysia nie eh.. Hehehe…

frim-canopy-walk-hutan-simpan-bukit-lagong-kepong-vitamin4kesihatan

frim-canopy-walk-hutan-simpan-bukit-lagong-kepong-vitamin4kesihatan

frim-canopy-walk-hutan-simpan-bukit-lagong-kepong-vitamin4kesihatan

Pemandangan Kuala Lumpur pada ketinggian 300m dari paras laut.. Husband guna lens panjang baru boleh ambik gambar macam nie..

Kemudian bila turun dari canopy walk kita akan sampai ke satu kawasan air terjun.. Kebanyakan pengunjung yang datang akan berhenti di sini untuk berehat dan main-main air.. Kita orang pula berhenti ambil gambar lagi.. Hahaha ..

Trail untuk turun boleh tahan juga mencabar.. Kalau masa naik kita angkat beban, bila turun pula kita tahan beban.. Jadi kalau diikutkan waktu turun perlu lebih berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kecedaraan terutama pada bahagian kaki.. Macam saya cakapkan tadi, laluan trailnya besar.. Jadi kalau ada yang nak cepat kita beri laluan pada orang lain..

Last sekali kita orang pusing-pusing dalam FRIM dan ambil gambar sahaja.. Kalau dah dapat suami yang suka ambil gambar, isteri jenuh posing sana sini.. Haha.. Dah itu minat dia, isteri temankan je lah.. Next time kalau datang sini nak sewa basikal dan mandi air terjun..

frim-canopy-walk-hutan-simpan-bukit-lagong-kepong-vitamin4kesihatan

Kawasan rehat yang ada air terjun.. Kecik jer.. Tak besar sangat pun.. Yang besar dan sesuai untuk family dekat tempat lain.. Akan datang nak berpiknik kat situ..

frim-canopy-walk-hutan-simpan-bukit-lagong-kepong-vitamin4kesihatan

frim-canopy-walk-hutan-simpan-bukit-lagong-kepong-vitamin4kesihatan

frim-canopy-walk-hutan-simpan-bukit-lagong-kepong-vitamin4kesihatan

Salute to nature…. 🙂

frim-canopy-walk-hutan-simpan-bukit-lagong-kepong-vitamin4kesihatan

Minuman wajib di kala outdoor.. Apa lagi kalau bukan Performance Drink

Nak tengok gambar-gambar yang lagi best beserta info dan tips sila lah terjah blog Eshamz Halim.

p/s: Cita-cita nak panjat gunung Kinabalu tahun depan.. 🙂

8 comments to Canopy Walk di FRIM Kepong

  • Strider  says:

    owh…tahu plak kat FRIM ade canopy walk…ini macam jungle trekking laa kan??hehehe

    Regards,
    -Strider-

    • Cheq Eem  says:

      haah.. jungle trekking dan canopy walk.. ada bnyk trail trekking kat sini.. next time nak cuba tempat lain pulak.. hehe…

  • kesoma  says:

    best sesekali buang peluh camni kan.. kami jogging kat kawasan rumah je.. anak kecik2 susah la pulak nak bercanopy walk..tunggu besar sikit..hihi

    • Cheq Eem  says:

      hi kesoma….. elok juga tu berjogging sekitar rumah.. janji bersenam… boleh juga bawak anak2 mandi air terjun kat sini…. air terjun nya cantik dan bersih… 🙂

  • 3lalat  says:

    Salam. Hee seronok masuk hutan panjat canopy walk.

    • Cheq Eem  says:

      hehe.. memang seronok pon… rasa segar kalau dapat masuk hutan.. walaupun sekadar hutan di tengah bandar… 😀

  • Nurul Nazihah  says:

    Bestnyee!! Ade pacat x? 😅

Isikan Komen Anda Disini