Category GLA Complex

Promosi GLA Complex Shaklee Ogos 2014

Salam pembaca,

Selamat datang bulan Ogos 2014! Nak tau apa promosi produk Shaklee untuk bulan ini? Tengok tajuk entri pun dah boleh teka kan. Yup, GLA Complex Shaklee. Haa.. teruja tak? Orang lelaki mungkin lah tak teruja. Tapi kalau orang perempuan memang menunggu Shaklee buat promosi GLA Complex. Memang banyak sangat khasiatnya untuk orang perempuan. Kalau nak tahu apa kebaikan GLA Complex jom saya kongsikan dengan anda semua.

GLA Complex Shaklee

promosi gla complex shaklee 2014

GLA bermaksud gamma-linolenic acid sejenis asid lemak yang memberikan pelbagai manfaat untuk kesihatan. Kebanyakan suplemen yang mengandungi khasiat GLA yang berada dipasaran diekstrak dari Evening Primrose Oil (EPO). Tetapi GLA Complex Shaklee diekstrak dari minyak bunga borage yang mengandungi 2 kali ganda kandungan GLA berbanding EPO. Kandungan borage juga adalah 3 kali ganda lebih berkesan daripada EPO.

Perbezaan Shaklee ialah bunga borage yang digunakan ditanam secara organik di Saskatchewan, Kanada...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Tips Hadapi Masalah Period Pain Atau Senggugut Cara Semulajadi

Salam pembaca,

Sakit semasa datang period sememangnya menjadi masalah utama bagi wanita setiap bulan.. Ada sesetengah orang mengalami sakit di bahagian bawah perut dan pinggang sehingga tidak mampu untuk duduk lama atau pun berjalan.. Ada sesetengah orang pula sakit sehingga berguling-guling di atas katil.. Berguling-guling atas katil memang seronok jika sedang malas, tapi kalau tengah sakit memang sampai menangis dibuatnya.. Itu lah derita orang perempuan setiap bulan yang tidak akan dirasai oleh orang lelaki..

Saya pula memang ada masalah period pain kategori sederhana.. Maksudnya takda lah guling-guling sampai menangis dan terpaksa pergi ke klinik dan ambil suntikan penahan sakit.. Saya akan berasa sakit pinggang yang amat sangat dan rasa senak dibahagian bawah perut.. Tak boleh duduk lama-lama dan tak suka suasana yang sejuk.. Kalau first day period hari bekerja mesti pergi klinik dan ambil MC.. Hehehe… Ponstan yang doktor bagi pula memang tak makan lah....

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Tips Kesuburan Untuk Suami Isteri Yang Inginkan Anak

Salam pembaca,

Anak adalah pengikat kasih sayang suami isteri. Anak juga adalah anugerah dari Allah s.w.t yang sangat bermakna bagi pasangan yang telah pun berkahwin. Sekiranya masih belum dikurniakan dengan anak, jangan berputus asa. Sebagai hamba-Nya kita kene sentiasa berusaha dan mencari jalan agar dikurniakan anak.

Antara usaha yang boleh kita lakukan ialah buat lah temujanji dengan dokter untuk kenal pasti masalah, amalkan gaya hidup yang sihat dengan bersenam dan makan makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan vitamin untuk membekalkan nutrisi penting dalam tubuh badan kita yang tidak dapat diperolehi daripada makanan.

Kenal pasti punca dan masalah

Masalah lambat dapat anak mungkin berpunca daripada wanita atau pun lelaki. Antara masalah daripada golongan wanita ialah masalah haid yang tidak teratur, mempunyai masalah pcos (Polycystic ovary syndrome), mempunyai cyst dan sebagainya...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Kebaikan mengambil supplement untuk kesihatan

Bila kita bercerita pasal pengambilan supplement ramai jugak yang komen ‘Oh tak perlulah’, ‘Hmm… mahal lah’, ‘Belom tiba masa lagi’. Tapi bagi saya supplement / vitamin / makanan tambahan adalah perlu  untuk menyokong atau membantu tubuh badan kita lebih sihat, lebih aktif dan lebih bertenaga.

Tidak dinafikan sesetengah orang memilih untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan cara seperti bersenam, menjaga pemakanan, tidak merokok dan sebagainya.  Keperluan setiap orang tidak semestinya sama. Jadi terpulang pada kita untuk memilih cara yang mana kita suka. Asalkan tubuh badan kita terjaga untuk jangka masa yang panjang.

Kenapa saya ambil vitamin sebagai makanan tambahan?

Saya telah ‘mewajibkan’ diri saya untuk mengambil vitamin kerana:-

–> Saya jarang makan sayur terutama sayur hijau. Kalau makan di kedai saya meragui kebersihan bila mereka basuh sayur. Hanya makan sayur yang di masak sendiri.

–> Saya jarang makan buah...

Jom Baca Lebih Lanjut.......