Category Keahlian Shaklee

Shaklee Home Office Sudah Berpindah di Sunway

Salam pembaca,

Oleh kerana nama Shaklee semakin lama semakin besar dalam Malaysia, maka home office Shaklee pun telah berpindah ke tempat yang lebih besar, selesa dan cantik. Secara rasminya pada 25 Ogos 2014 lalu pejabat baru Shaklee adalah di The Pinnacle, Bandar Sunway. The Pinnacle adalah bangunan baru sekitar Bandar Sunway. Kalau tak tahu di mana The Pinnacle, ianya sederet dengan Sunway Medical Centre. Boleh lihat peta di bawah.

peta-pejabat-baru-shaklee

lokasi-pejabat-baru-shaklee-1

Sejak ofis Shaklee berpindah ke tempat baru, saya belum sempat lagi ke sana. Bila lihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh rakan-rakan Shaklee rasa teruja pula nak ke sana. Berbanding dengan ofis lama, kaunter pembelian dibuka dengan lebih banyak lagi. Ruang menunggu masih sama seperti dulu, dilengkapi dengan meja dan kerusi. Oleh kerana ruangnya lebih luas, jadi lebih selesa. Turut disediakan bilik training yang besar dan selesa untuk kegunaan pengedar Shaklee menjalankan aktiviti seperti coaching, motivation rally dan sebagainya.

Yang paling istimewa...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Jamuan Raya Ketuk-ketuk Aidilfitri iReach Family

Salam pembaca,

ketuk-ketuk-aidilfitri-ireach-family-shaklee-vitamin4kesihatan-5

Seperti biasa sepanjang Syawal memang ramai yang buat jamuan hari raya dihujung minggu. Selain daripada jemputan geng-geng kaki outdoor, geng blogger, keluarga Shaklee saya iaitu iReach Family pun ada buat jamuan raya. Terima kasih kepada pengasas iReach iaitu Master Lyna dan Master Zainul yang sudi mengadakan jamuan raya yang besar besaran dan meriah di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam.

Program pada hari tersebut bermula jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Alhamdulillah ramai jugak yang dapat meluangkan masa. Rasanya lebih kurang 300++ kot yang datang. Masing-masing datang dengan keluarga dan bawa anak-anak. Perkara biasa dalam keluarga iReach Shaklee bawa anak-anak. Bukan setakat program raya jer boleh bawa anak-anak, program rasmi Shaklee memang dibenarkan bawa anak. Saya bawa anak tekak jer.. Hahaha….

Macam-macam makanan yang ada pada hari tersebut. Saya tak ambil pula gambarnya...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Senarai Wakil Pengedar Sah Shaklee

Salam pembaca,

Ada setengah pengguna atau pembeli lebih suka dapatkan barang secara C.O.D iaitu cash on delivery. Mungkin mereka yang berminat untuk COD mempunyai pengalaman menjadi mangsa penipuan online. Duit dah transfer ke dalam akaun penjual, tapi barang lambat dapat atau tak dapat langsung. Tapi sebagai penjual pernah juga jadi mangsa. Pembeli dah janji nak beli barang, bila kita dah beli dan hubungi untuk penghantaran tiba-tiba tak jadi. Macam mana tu? Sendiri mau ingatlah kan.. Biasalah.. Itulah adat dalam urusan perniagaan. 🙂

Ada juga beberapa pembeli yang berurusan dengan saya lebih gemar dapatkan barang secara cod. Saya takda masalah untuk hantar barang tersebut. Asalkan kawasan penghantaran adalah sekitar kawasan saya. Antara lokasi yang saya cover untuk cod ialah Batu 3 Shah Alam, Seksyen 15  Subang JayaGiant Seksyen 13 Shah Alam, Seksyen 7 Shah Alam, Universiti Malaya dan Pantai Dalam. Pernah sekali saya terpaksa cod ke Bukit Jalil. Tapi itu pun salah saya...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Ceramah Kesihatan Shaklee dan Majlis Berbuka Puasa

Salam pembaca,

Dah lama teringin nak pergi ceramah kesihatan yang dianjurkan oleh pihak Shaklee. Tapi selalu tak berkesempatan nak pergi. Sekali sekala nak juga tambah ilmu berkaitan dengan produk kesihatan Shaklee yang diterangkan sendiri oleh pakar nutrisi Shaklee. Jadi masa bulan puasa hari tu ada ceramah kesihatan Shaklee dekat Intekma Shah Alam. Boleh lah pergi dan menyibuk untuk korek ilmu pape yang patut. Nak pulak topik yang dibincangkan ialah  Kekal Cergas dan Bertenaga Sepanjang Ramadhan. Memang kena sangat lah waktu bulan puasa tu kan. Hehe..

Tak ramai sangat pun pengedar Shaklee yang datang. Mungkin agaknya ramai yang sibuk dengan aktiviti keluarga kot dan menyediakan persediaan untuk hari raya. Tapi bagus jugak bila tak ramai ni. Rasa lebih senang kalau ada sesi soal jawab dengan pakar nutrisi kalau ada yang tak paham. Takda lah segan-segan nak bertanya.

ceramah kesihatan shaklee

ceramah kesihatan shaklee

Sepanjang 1 jam setengah dengar ceramah dari Pn...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Fenomena Tsunami Shaklee Melanda Malaysia

Salam pembaca,

dr forrest c shaklee inspiration

Alhamdulillah semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk menjadi ahli Shaklee. Sama ada tujuan mereka menjadi ahli untuk menikmati pembelian barangan pada harga ahli, ataupun yang menjadi ahli untuk jana pendapatan tambahan. Mereka juga sanggup mengeluarkan yuran keahlian sebanyak RM65 semata-mata untuk membeli produk Shaklee yang berkualiti pada harga ahli dan jimat sehingga 5-20%. Tanpa perlu melantik mana-mana artis menjadi duta Shaklee, jualan produk Shaklee laris bagaikan pisang goreng setiap tahun. Cukup sekadar pengalaman pengguna sendiri untuk mempromosikan produk Shaklee. Apa yang kami dapat bila promosi produk Shaklee? Dah tentu lah komisen lumayan. Sebab tu lah ‘I love Shaklee very much!‘ 😀

Yup, Shaklee sekarang ni tersangat lah popular terutama dalam dunia internet. Google apa sahaja tips berkaitan kesihatan mesti akan dikaitkan dengan Shaklee...

Jom Baca Lebih Lanjut.......