Category Lesen Menyelam

Discover Scuba Diving Dulu Sebelum Ambil Lesen

Salam pembaca,

Salah satu wishlist untuk tahun 2014 ialah pergi ambil lesen menyelam. Dari dulu lagi memang dah tertanam cita-cita dan kesungguhan untuk dapatkan lesen menyelam. Chewah.. Tapi asyik tak ada geng yang nak pergi ambil lesen sama-sama. Kalau ada pula susah nak adjust schedule. Masing-masing kononnya busy. Busy lah sangat kan.. Hahaha.. Lepas tu bila tengok member post gambar dalam FB panas jer rasanya.

Tapi nasib baik ada suami yang sudi berkongsi minat isteri nya yang suka buat aktiviti lasak. Ajak masuk hutan panjat bukit dia ikut, ajak buat extreme challenge dekat Bukit Cherakah bulan lepas pun ok jer. Nah sekarang ajak dia pergi ambil lesen menyelam pula. Mula-mula dia macam takut juga. Ye lah, kalau atas darat kalau jadi apa-apa hal kita masih boleh selamatkan diri lagi. Tapi kalau dalam air macam mana pula kan.

Kebetulan Groupon Malaysia ada offer voucher untuk Introductory Scuba Diving Lesson untuk 2 orang cuma RM 128 untuk 2 jam...

Jom Baca Lebih Lanjut.......