Category Peppermint Ginger Plus

Pengalaman Diserang Gastrik Bulan Puasa Dan Tips Yang Saya Amalkan

Salam pembaca,

pengalaman-dan-rawatan-sakit-gastrik-1

Pada ramadhan tahun ini, saya diuji bila diserang gastrik yang sangat teruk. Kejadian berlaku pada minggu pertama berpuasa. 2,3 hari sebelum diserang sakit gastrik saya memang dah terasa pedih pada ulu hati setiap kali selepas waktu berbuka. Kadang-kadang waktu sahur pun terasa juga. Saya ingatkan gastrik yang biasa-biasa sahaja. Saya cuma makan Peppermint Ginger Plus selepas makan. Kebiasaanya selepas makan Peppermint Ginger Plus rasa sakit akan terus hilang.

Tapi pagi tu bila sampai sahaja di ofis, masih terasa lagi angin kembung perut. Tekak pun rasa loya. Saya tak tahan terus muntah. Saya bila dah muntah memang tahu bukan sekali. Mesti akan berkali-kali. Terus saya pergi ke klinik panel untuk dapatkan rawatan dan cuti sakit. Sementara tunggu doktor panggil sekali sekala sakit pada bahagian perut makin teruk. Terasa seperti dicucuk jer. Pedih yang teramat sangat.

Alhamdulillah.. Selamat sampai dirumah walaupun dalam keadaan sakit...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Wajib Bawa Semasa Bercuti

Salam pembaca,

Bercuti ni memang seronok kan..? Rasa tenang jer jiwa bila dapat bercuti daripada mengadap kerja-kerja di ofis yang selalu bikin jiwa stress.. Hehe… Tak kisah lah pergi bercuti kemana pun samada dalam negeri atau luar negara.. Asalkan dapat merehatkan fikiran, mengembalikan cas-cas positif dalam diri, mencari pengalaman baru dalam hidup dan yang paling best sekali semasa bercuti kita enjoy..!!

Sepanjang tahun 2013 nie boleh dikatakan kerap juga saya dan suami pergi bercuti.. Awal tahun hari tu, bulan Mac kita orang join group ex-ofismate saya di Parkson pergi ke Pulau Tioman.. Kalau 3 taun lepas kami pergi ke Kg Salang, kali ni kami tinggal di Kampung Genting dengan group yang sama juga.. Tapi tempat nie tak berapa menarik berbanding Kg Salang.. Pantainya banyak coral yang dah pecah.. Itu sahaja.. View dekat sana tetap lawa dan mendamaikan.. Hehe.. Harap-harap tahun depan mereka akan buat trip ke Perhentian....

Jom Baca Lebih Lanjut.......

6 Tips Penjagaan Sistem Penghadaman

Salam kepada para pembaca.

Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia disambut pada 29 Mei setiap tahun. Bukan semua diantara kita yang tahu akan kewujudan hari tersebut dan sebenarnya saya pun baru tahu tentang perkara ini. Ini bermakna sistem penghadaman badan kita adalah perkara yang amat penting dan perlu dijaga dengan baik.

Untuk pengetahuan para pembaca di luar sana, sistem penghadaman merupakan salah satu sistem yang terbesar dalam tubuh, ianya bukan setakat untuk menghadamkan makanan dan menyerap nutrien tetapi ia juga merupakan bahagian utama sistem pertahanan kita. Tanpa sistem penghadaman yang sihat, kita mungkin akan menderita akibat kekurangan zat makanan dan berisiko untuk mendapat penyakit merbahaya.

sistem-penghadaman-manusia-vitamin4kesihatan

Memandangkan sistem penghadaman memainkan peranan yang begitu penting, ia layak mendapatkan penjagaan dan pemerhatian yang sewajarnya daripada kita. Bagaimana dan bila kita makan mempengaruhi kelancaran fungsi sistem penghadaman.

Mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati.

Jom Baca Lebih Lanjut.......