Slide # 1
 

Category Peribadi

Pengalaman Diserang Gastrik Bulan Puasa Dan Tips Yang Saya Amalkan

Salam pembaca,

pengalaman-dan-rawatan-sakit-gastrik-1

Pada ramadhan tahun ini, saya diuji bila diserang gastrik yang sangat teruk. Kejadian berlaku pada minggu pertama berpuasa. 2,3 hari sebelum diserang sakit gastrik saya memang dah terasa pedih pada ulu hati setiap kali selepas waktu berbuka. Kadang-kadang waktu sahur pun terasa juga. Saya ingatkan gastrik yang biasa-biasa sahaja. Saya cuma makan Peppermint Ginger Plus selepas makan. Kebiasaanya selepas makan Peppermint Ginger Plus rasa sakit akan terus hilang.

Tapi pagi tu bila sampai sahaja di ofis, masih terasa lagi angin kembung perut. Tekak pun rasa loya. Saya tak tahan terus muntah. Saya bila dah muntah memang tahu bukan sekali. Mesti akan berkali-kali. Terus saya pergi ke klinik panel untuk dapatkan rawatan dan cuti sakit. Sementara tunggu doktor panggil sekali sekala sakit pada bahagian perut makin teruk. Terasa seperti dicucuk jer. Pedih yang teramat sangat.

Alhamdulillah.. Selamat sampai dirumah walaupun dalam keadaan sakit...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Kejadian Sahur Yang Mesti Berlaku Setiap Tahun

Salam pembaca,

Bercerita pasal sahur mesti ada antara kita yang pernah melalui terlepas untuk bangun sahur kan? Sekurang-kurangnya sepanjang bulan Ramadhan tu mesti ada sekali kejadian terlambat bangun. Tengok jam jer dah azan subuh. Aduhh… rasa nak salahkan jam loceng pun tak boleh juga. Jam dah kunci macam biasa. Bunyi kuat pulak tuu.. Tetap tak jaga juga bila berbunyi. Ekekeke.. Kalau dah ditadirkan tak sahur, memang tak sahur juga lah..

Setakat ni kejadian tak bangun sahur baru sekali terjadi. Tiba-tiba bangun tidur tengok jam dah pukul 6 pagi. Tak boleh nak buat apa dah. Nasib baiklah masa hari tak bangun sahur tu hari cuti. Kalau hari bekerja mesti lemau jer nak buat kerja di pejabat. Hehehe..

Kebiasaanya saya dan suami  bersahur dalam pukul 5 pagi. Selalunya saya akan bangun dulu untuk panaskan lauk dan nasi. Kami jamah makanan yang simple jer. Mujur lah dapat suami yang tak cerewet sangat. Kadang-kadang tu lauk telur goreng dengan kicap pun boleh...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Step Test: Uji Tahap Kecergasan

Salam pembaca,

how-to-do-step-excercise

Pernah dengar pasal ‘Step Test‘ tak? Saya memang tak tahu langsung pasal ‘Step Test’. Semasa pergi ke Pameran Kesihatan Jantung pada bulan lepas baru saya tahu tentang ‘Step Test’. Rupa-rupanya ‘Step Test’ ialah satu cara untuk kita uji tahap kecergasan kardiovaskular.

Apa yang perlu saya lakukan ialah cuma pijak atas platform yang disediakan dan turun daripada kotak tersebut. Cuba lakukan berulang kali secara konsisten dalam kiraan 4 (UP UP DOWN DOWN) selama 3 minit. Macam susah nak paham apa yang saya tuliskan? Hehehe.. Sebenarnya lebih kurang macam gambar di bawah ni. Setiap kali petugas tu cakap UP UP, posisi saya adalah di atas platform, bila dia cakap DOWN DOWN saya kena turun ke bawah.

contoh ujian step test

Selepas tamat 3 minit saya teruskan berdiri. Petugas tak bagi saya duduk. Tapi memang saya tak kan duduk pun. Hehehe.. Kemudian dia periksa denyutan nadi dalam masa satu minit. Dan keputusannya ialah…… Denyutan nadi saya lebih kurang 144/minit...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Jamuan Raya Ketuk-ketuk Aidilfitri iReach Family

Salam pembaca,

ketuk-ketuk-aidilfitri-ireach-family-shaklee-vitamin4kesihatan-5

Seperti biasa sepanjang Syawal memang ramai yang buat jamuan hari raya dihujung minggu. Selain daripada jemputan geng-geng kaki outdoor, geng blogger, keluarga Shaklee saya iaitu iReach Family pun ada buat jamuan raya. Terima kasih kepada pengasas iReach iaitu Master Lyna dan Master Zainul yang sudi mengadakan jamuan raya yang besar besaran dan meriah di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam.

Program pada hari tersebut bermula jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Alhamdulillah ramai jugak yang dapat meluangkan masa. Rasanya lebih kurang 300++ kot yang datang. Masing-masing datang dengan keluarga dan bawa anak-anak. Perkara biasa dalam keluarga iReach Shaklee bawa anak-anak. Bukan setakat program raya jer boleh bawa anak-anak, program rasmi Shaklee memang dibenarkan bawa anak. Saya bawa anak tekak jer.. Hahaha….

Macam-macam makanan yang ada pada hari tersebut. Saya tak ambil pula gambarnya...

Jom Baca Lebih Lanjut.......