Category Tips Bercuti

Wajib Bawa Semasa Bercuti

Salam pembaca,

Bercuti ni memang seronok kan..? Rasa tenang jer jiwa bila dapat bercuti daripada mengadap kerja-kerja di ofis yang selalu bikin jiwa stress.. Hehe… Tak kisah lah pergi bercuti kemana pun samada dalam negeri atau luar negara.. Asalkan dapat merehatkan fikiran, mengembalikan cas-cas positif dalam diri, mencari pengalaman baru dalam hidup dan yang paling best sekali semasa bercuti kita enjoy..!!

Sepanjang tahun 2013 nie boleh dikatakan kerap juga saya dan suami pergi bercuti.. Awal tahun hari tu, bulan Mac kita orang join group ex-ofismate saya di Parkson pergi ke Pulau Tioman.. Kalau 3 taun lepas kami pergi ke Kg Salang, kali ni kami tinggal di Kampung Genting dengan group yang sama juga.. Tapi tempat nie tak berapa menarik berbanding Kg Salang.. Pantainya banyak coral yang dah pecah.. Itu sahaja.. View dekat sana tetap lawa dan mendamaikan.. Hehe.. Harap-harap tahun depan mereka akan buat trip ke Perhentian....

Jom Baca Lebih Lanjut.......