Slide # 1
 

Category Tips Pencegahan

Pengalaman Diserang Gastrik Bulan Puasa Dan Tips Yang Saya Amalkan

Salam pembaca,

pengalaman-dan-rawatan-sakit-gastrik-1

Pada ramadhan tahun ini, saya diuji bila diserang gastrik yang sangat teruk. Kejadian berlaku pada minggu pertama berpuasa. 2,3 hari sebelum diserang sakit gastrik saya memang dah terasa pedih pada ulu hati setiap kali selepas waktu berbuka. Kadang-kadang waktu sahur pun terasa juga. Saya ingatkan gastrik yang biasa-biasa sahaja. Saya cuma makan Peppermint Ginger Plus selepas makan. Kebiasaanya selepas makan Peppermint Ginger Plus rasa sakit akan terus hilang.

Tapi pagi tu bila sampai sahaja di ofis, masih terasa lagi angin kembung perut. Tekak pun rasa loya. Saya tak tahan terus muntah. Saya bila dah muntah memang tahu bukan sekali. Mesti akan berkali-kali. Terus saya pergi ke klinik panel untuk dapatkan rawatan dan cuti sakit. Sementara tunggu doktor panggil sekali sekala sakit pada bahagian perut makin teruk. Terasa seperti dicucuk jer. Pedih yang teramat sangat.

Alhamdulillah.. Selamat sampai dirumah walaupun dalam keadaan sakit...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Selamat Datang Bulan Jun, Selamat Menjaga Kesihatan

Salam pembaca,

Dalam tak sedar kita dah pun melangkah masuk bulan Jun, pertengahan bagi tahun 2014. Rasa macam sekejap jer kan. Bila check kalendar (belek cuti sebenarnya.. hehehe) eh, dah bulan 6 lah. Lagi sebulan dah nak berpuasa, lepas tu raya, ujian peperiksaan sekolah, cuti sekolah, bonus akhir tahun dan macam-macam lagi. Jika diizinkan oleh-Nya dan panjang umur melangkah kita masuk ke tahun 2015. Fuhh, memang pantas betul masa berlalu.

Cuba kita imbas kembali apa yang telah berlaku 6 bulan lepas. Apa agaknya yang kita dah lalui. Adakah kenangan manis lebih banyak daripada kenangan pahit? Banyak tak perkara baru yang kita dah belajar? Bagaimana pula dengan keadaan tahap kesihatan? Kalau yang pernah berazam masa awal tahun baru hari tu cuba kita periksa semula. Dah berjaya capai ke belum? Kalau ada yang dah berjaya alhamdulillah. Mission accomplished! Tapi kalau masih belum capai lagi,apa kata kita ambil masa baki 6 bulan terakhir ni untuk kejar semula cita-cita kita.

promosi bulan jun

Untuk saya d...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

10 Tips Mencegah Penyakit Osteoporosis

Salam pembaca,

Pernah dengarn pasal Osteoporosis? Mesti pernah dengarkan kan sebab selalu keluar dalam iklan TV. Tapi tahukah kita apakah maksud Osteoporosis? Perkataan Osteoporosis terbahagi pada dua suku kata. Yang pertama ‘Osteo’ bermaksud ‘ Tulang ‘  dalam bahasa Greek.  Dan suku kata yang ke dua pula ialah ‘Porosis’ yang bermaksud ‘ Lubang ‘ dalam bahasa Yunani. Jadi bila digabungkan Osteoporosis bermaksud tulang yang berlubang atau tulang yang rapuh. Nak tahu macam mana rupa tulang yang rapuh? Tengok gambar di bawah ni.

set kesihatan tulang shaklee

Perbandingan antara tulang yang normal dan tulang yang rapuh (Sumber: Google)

Daripada gambar di atas cuba bayangkan keadaan tulang kita sekiranya tubuh badan  kekurangan kalsium. Macam kain yang dah reputkan? Apa agaknya yang berlaku kalau kain tersebut apabila kita tarik dan ceraikan? Ya, betul. Memang senang untuk koyak. Begitu juga lah dengan tulang. Kalau tak berhati-hati memang senanglah tulang boleh cedera dan patah.

Tulang kita sebenarnya adalah tisu...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Makan Vitamin Tambahan Seumpama Merokok

Salam pembaca,

Dah lama rasanya tak menyumbangkan artikel kat blog ni, kebelakangan ni sibuk sket dengan blog www.shamphotography.com …hihihi. 😀

Mesti korang tertanya-tanya tentang tajuk entri di atas “Apa kaitannya vitamin tambahan dengan rokok?” dan “Kenapa pulak makan vitamin tambahan seumpama merokok?”.  Rilek semua! rilek!…. jangan marah-marah atau bingung. Jom aku terangkan maksud sebenarnya entri ini dan segala penulisan entri ini adalah berdasarkan pendapat aku sendiri, tidak diciplak daripada mana-mana website atau blog.

Seperti yang aku pernah cerita pengalaman aku untuk berhenti merokok dulu di entri “Vitamin E Shaklee Boleh Membantu Berhenti Merokok – Betul ker?” Alhamdulillah!, sehingga ke hari ini aku tak sentuh atau pegang walaupun sebatang rokok dan aku rasa paru-paru aku akan tersenyum riang kerana tidak perlu dipaksa menyedut asap rokok...

Jom Baca Lebih Lanjut.......