Category Tutorial

Laju Giler Ker Blog Anda?

Ahhh!!.. lembab la blog ni! Maunyer berjanggut tunggu loading ni. Tutup jer lah.” Pernah tak anda mengalami situasi begini?. Mesti bosan kan?

laju-giler-ker-blog-anda-vitamin4kesihatan-shaklee

Jika anda seorang blogger atau yang menjalankan bisnes mengunakan blog, pernah tak anda menguji kelajuan page loading untuk blog anda? Kadang-kadang kalau blog mengambil masa yang lama untuk selesai loading menyebabkan pembaca ataupun pengunjung blog anda malas nak menunggu. Page loading speed juga amat penting yer untuk blog anda, kalau blog anda lambat takde siapa nak menunggu untuk setiap page selesai loading untuk tontonan pengunjung blog anda. Saya pun sentiasa pastikan page loading speed sentiasa berada ditahap yang bagus dan tidak terlalu perlahan.

Tetapi ini bukan perkara yang senang untuk dilaksanakan oleh kerana banyak juga faktor-faktor yang menentukan samaada blog anda laju atau tidak. Antara faktor-faktor yang biasa adalah seperti:

  1. Blog yang mempunyai 70%-100% text adalah lebih laju daripada blog yang mempunyai gambar.
  2. Blog ya...
Jom Baca Lebih Lanjut.......

Panduan Mendaftar Blog Anda Untuk Maybank2u Pay

Salam kepada pembaca,

Entri ini sekadar untuk berkongsi dengan rakan-rakan Shaklee ataupun dengan pemilik-pemilik blog yang bertemakan blog bisnes. Saya juga sering mendapat pertanyaan tentang cara untuk mendaftarkan blog di Maybank untuk mendapatkan kemudahan Maybank2u Pay di blog mereka. Banyak juga blog-blog bisnes sekarang menggunakan perkhidmatan Maybank2u Pay kerana ini akan memudahkan pelanggan untuk membuat pembayaran kepada mereka.

Syarat yang pertama dan yang paling penting adalah anda perlu mempunyai akaun Internet Banking Maybank2u dengan pihak Maybank kerana perkhidmatan ini adalah khas untuk pelanggan Maybank2u.

Jom baca cara-cara untuk mendapatkan perkhidmatan Maybank2u Pay:

Langkah 1: Pendaftaran di Maybank2u

Login ke akaun Maybank2u anda dan klik pada link Maybank2u Pay di laman utama Maybank2u anda. Sila lihat gambar-gambar screenshot dibawah.

vitamin4kesihatan-maybank2upay-01Step 1: Klik pada link Maybank2u Pay untuk ke screen seterusnya

vitamin4kesihatan-maybank2upay-02Step 2: Di screen ini anda perlu klik pada link ” Apply for Ma...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Entri Tutorial (Bagaimana untuk menggunakan [email protected] ke dalam Blog anda)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Entri tutorial ini adalah sambungan daripada Entri Tutorial (Bagaimana untuk install Widget/Plugin ke WordPress Engine anda). Kedua-dua entri ini saya memfokuskan kepada penggunaan [email protected] WordPress anda. Saya harap anda telah faham fungsi penggunaan Widget dan Plugin WordPress dan anda juga sudah mencuba dengan sendiri cara-cara untuk install [email protected] ke dalam WordPress Engine anda. Segala tutorial yang saya sediakan ini adalah untuk anda dan saya amat berbesar hati kerana dapat berkongsi ilmu dengan anda.

wordpress-tag-cloud-plugin-names

Saya rasa anda sudah tahu cara-cara untuk install [email protected] di WordPress anda berdasar tutorial saya sebelum ini dan entri ini pula saya ingin berkongsi dengan lebih lanjut lagi mengenai penggunaan [email protected] di blog anda. Saya pasti anda mesti tertanya-tanya, “Apa nak buat lepas install widget dan plugin ni?” ,”Kat mana nak letak widget dan plugin ni?” atau “Macam mana nak masukkan [email protected] ke dalam blog?….. Untuk tutor...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Entri Tutorial (Bagaimana untuk install Widget/Plugin ke WordPress Engine anda)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Pada entri tutorial yang lepas, saya telah berkongsi dengan anda semua panduan “Bagaimana untuk set-up Blog anda”. Saya harap ramai yang telah mencuba untuk membangunkan blog wordpress mereka sendiri,  terutama rakan-rakan Shaklee. Tutorial saya sebenarnya banyak difokuskan penggunaan blog yang menggunakan WordPress Engine. Saya sebenarnya telah lama menggunakan WordPress dan selesa dengan perisian WordPress ini. Ada juga rakan-rakan yang meminta bantuan saya untuk  set-up blog WordPress mereka.

Dan pada entri tutorial kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk install sidebar widget ataupun plugin  ke WordPress anda.

wordpress-widgets

Apakah itu Widget & Plugin?

Widget adalah modul skrip pra-program yang menawarkan pengguna WordPress menambah kandungan dan ciri-ciri tertentu untuk sidebar dan footer blog anda dengan cara drag and drop. Contoh widget yang sedia ada di dalam WordPress anda adalah seperti post categories, tag clouds, navigation, t...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Entri Tutorial Untuk Dikongsi Bersama (Bagaimana untuk set-up Blog anda)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada para pembaca blog ini.

Entri kali ini, bukan nak bercerita mengenai vitamin tetapi saya  ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana cara atau panduan untuk membangunkan blog anda sama ada untuk kegunaan blog peribadi ataupun perniagaan online. Apa gunanya ilmu itu jika tidak dikongsikan bersama, betul tak?. Entri ini juga khas untuk rakan-rakan Shaklee isteri saya yang ingin membangunkan blog Distributor Shaklee mereka sendiri.

blogs

Ada pelbagai blog engine seperti WordPress, Movable Type, ExpressionEngine, Drupal, Textpattern, Joomla, b2evolution, blogspot dan bermacam-macam lagi. Memang banyak blog engine ni, saya pun tak sempat nak cuba semuanya tapi entri ini saya fokus untuk menggunakan blog engine WordPress.

Apakah Blog Engine?
Blog Engine ini sebenarnya adalah Perisian Blog yang direka khas untuk memudahkan penyelenggaraan weblog kita...

Jom Baca Lebih Lanjut.......