Slide # 1
 

Ceramah Kesihatan Shaklee dan Majlis Berbuka Puasa

Salam pembaca,

Dah lama teringin nak pergi ceramah kesihatan yang dianjurkan oleh pihak Shaklee. Tapi selalu tak berkesempatan nak pergi. Sekali sekala nak juga tambah ilmu berkaitan dengan produk kesihatan Shaklee yang diterangkan sendiri oleh pakar nutrisi Shaklee. Jadi masa bulan puasa hari tu ada ceramah kesihatan Shaklee dekat Intekma Shah Alam. Boleh lah pergi dan menyibuk untuk korek ilmu pape yang patut. Nak pulak topik yang dibincangkan ialah  Kekal Cergas dan Bertenaga Sepanjang Ramadhan. Memang kena sangat lah waktu bulan puasa tu kan. Hehe..

Tak ramai sangat pun pengedar Shaklee yang datang. Mungkin agaknya ramai yang sibuk dengan aktiviti keluarga kot dan menyediakan persediaan untuk hari raya. Tapi bagus jugak bila tak ramai ni. Rasa lebih senang kalau ada sesi soal jawab dengan pakar nutrisi kalau ada yang tak paham. Takda lah segan-segan nak bertanya.

ceramah kesihatan shaklee

ceramah kesihatan shaklee

Sepanjang 1 jam setengah dengar ceramah dari Pn. Sarah macam-macam tips saya dapat untuk kekal bertenaga sepanjang ramadhan. Memang berbaloi lah pergi ke sana walaupun sorang-sorang. Ekekeke.. Saya rumuskan apa tips-tips menarik yang saya dapat pada hari tersebut dan ilmu kesihatan:-

1) Untuk meningkatkan pengeluaran susu badan ialah pastikan pengambilan kalsium cukup.

2) Saluran darah yang sempit boleh menyebabkan tekanan darah tinggi

3) Saluran darah sempit adalah disebabkan kandungan kolestrol dalam badan tinggi

4) Kanak-kanak perlukan kalsium yang tinggi untuk bantu tumbesaran. (macam saya rendah tak cukup kalsium masa kecik.. huhu)

5) Kesan tidak bersahur akan menyebabkan badan dehidrate, tekanan gula dalam darah turun, gastrik dan sembelit

6) Pentingnya sel dalam badan ialah ianya membentuk tisu, organ dan sistem.

7) Kandungan protein AGE dalam badan terbukti boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kencing manis

8) Phytocol-ST mengandungi fitosterol yang bertindak untuk menghalang kolestrol masuk ke dalam darah

9) Fungsi utama Vivix ialah melindungi sel daripada musnah

10) B-complex tidak dapat dihasilkan dengan sendiri oleh badan. Sebab itu kita perlu ambil makanan yang mengandungi khasiat vitamin B

Produk Shaklee yang paling hot sepanjang bulan puasa ialah Set Mighty 3 Gems. Dalam set tersebut ada ESP, Performance Drink dan Meal Shakes. Kebaikan set ini ialah mengekalkan tenaga yang berpanjangan, memberikan rasa kenyang dengan lebih lama, mengelakkan badan daripada dehydrate dan menjaga kesihatan secara menyeluruh.

Bagi mereka yang ada masalah gastrik yang teruk setiap kali berpuasa Peppermint Ginger Plus dan Garlic Plus dapat membantu. Kedua-dua produk ini membantu proses penghadaman, menghilang kembung perut, memberikan kelegaan pada perut dan membuang angin dalam badan.

Majlis Berbuka Puasa Shaklee Bersama Pelajar Tahfiz

Selepas selesai ceramah kesihatan dan berhenti untuk solat Asar, majlis petang tersebut diteruskan pula dengan ceramah ringkas dari Ustaz Haji Ahmad Dusuki Abd Rani bersama pelajar tahfiz di bawah keloaan ustaz sendiri. Program ini adalah program peribadi oleh Master Farah Wahida. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa sedikit masalah serta ustaz sedikit lewat sampai.

majlis berbuka puasa shaklee

majlis-buka-puasa-shaklee-dan-ireach-intekma-resort-2

Tak sempat bergambar dengan Master Farah Wahida. Sibuk sangat dia ke sana kemari. Seperti biasa sesi bergambar dengan ‘Ibu’ Shaklee iaitu master to be Ida Khairani adalah wajib yea. Hehehe… Terima kasih banyak-banyak atas undangan serta program amal yang diadakan. Semoga bertambah murah rezeki kita semua 🙂

4 comments to Ceramah Kesihatan Shaklee dan Majlis Berbuka Puasa

  • Raudzah  says:

    Salam hujung minggu Cheq Eem..

    • Cheq Eem  says:

      salam hujung minggu raudzah… 🙂

  • Khir Khalid  says:

    Semoga majlis spt ini dpt menambah input bermanfaat utk dijadikan landasan agar lebih berdaya maju & berjaya. Semoga Cheq Eem terus sukses… aamiin.. 🙂

    • Cheq Eem  says:

      terima kasih khir.. menghadiri kelas ilmu ni banyak manfaat nya.. insya-allah mana yang saya tahu dan belajar boleh kongsikan dengan orang lain..

Isikan Komen Anda Disini