CoQHealth Plus Membantu Jantung Lebih Sihat Bertenaga

Salam pembaca,

Pada Majlis National Conference Shaklee yang lepas, Shaklee Malaysia telah merasmikan pelancaran produk terbaru mereka iaitu CoQHealth Plus. Produk ini difokuskan sebagai suplemen untuk kesihatan jantung dan bagi mengelakkan daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok.

Untuk apakah CoQhealth Plus?

coqhealth-plus-q10-vitamin4kesihatan-shaklee

CoQhealth Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg Coenzyme Q10 (CoQ10) dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. CoQ10 telah ditunjukkan dapat:

  1. Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  2. Menggalakan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  3. Meningkatkan peredaran darah
  4. Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Apa itu Coenzyme Q10 (CoQ10) dan mengapa ia penting untuk tubuh kita?

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas untuk berfungsi.

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga.

Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

coenzyme-q10-vitamin4kesihatan

CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat dan normal.

Selain itu, CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.

Berapakah jumlah pengambilan dietari Coenzyme Q10 yang kita perlukan?

Pengambilan dietari harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. Jom lihat carta di bawah untuk melihat jumlah CoQ10 di dalam makanan yang biasa kita ambil.

carta-makanan-coq10-vitamin4kesihatan

Tambahan lagi, keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia  20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2 peratus daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20 tahun.

graf-umur-coq10-vitamin4kesihatan

Pelbagai faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan sesetengah ubat-ubatan tertentu seperti dadah bagi merendahkan kolestrol boleh mengurangkan tahap CoQ10 di dalam tubuh. Justeru, pengambilan suplemen ini boleh membantu untuk mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting di dalam tubuh kita.

Apakah yang menyebabkan CoQHealth Plus Shaklee berbeza?

  1. Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth Plus, anda perlu makan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli.
  2. Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula Vitamin E untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.
  3. Ekstrak The Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothhelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).
  4. CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, juga sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas serta mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10.
  5. Tanpa Gluten.

Mengapa anda perlukan CoQHealth Plus?

Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia dan dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia. Manakala, mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia, sejumlah 37 % kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok. Kebanyakkan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal. CoQHealth Plus (CoQ10) merupakan salah satu daripada suplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung anda.

Hebatnya produk ini tapi berapa pula harganya?

Harga yang ditetapkan oleh Shaklee Malaysia ialah RM124. Jika anda rasa anda perlukan suplemen ini, jangan segan-silu untuk hubungi saya untuk mendapatkan CoQHealth Plus ini. Sudah tiba masanya anda harus memikirkan tentang kesihatan jantung anda.

Hubungi saya sekarang Call/Whatsapp – 012-3257744 untuk mendapatkan Coq Health Plus atau order secara online dengan saya di Order Form .

Peringatan!

Jauhi produk ini daripada kanak-kanak dan bagi perempuan yang sedang mengandung, menyusui bayi atau mengambil ubat tekanan darah tinggi, sila dapatkan nasihat pakar perubatan atau doktor sebelum menggunakannya. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Find eshamz halim on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

2 comments to CoQHealth Plus Membantu Jantung Lebih Sihat Bertenaga

  • Lyn™  says:

    Penerangan yang lengkap tentang C0Q10. Moga ramai yang hadam dengan entri ini dan menerima faedah darinya.

    • Cheq Eem  says:

      tq k.lyn.. telan dan hadam terus…. tp klu terlupa boleh lah masuk entri nie lagi… heheh…..

Isikan Komen Anda Disini