Credit Card via Paypal

Panduan Pembayaran Menggunakan Credit Card melalui Paypal

Nota Penting:
Pastikan Credit Card anda boleh digunakan untuk membuat transaksi pembelian secara online untuk mengelakkan pembayaran anda ditolak (Decline) oleh pihak bank. Sekiranya proses pembayaran anda ditolak (Decline) ataupun tidak mendapat pengesahan oleh pihak bank, sila hubungi pihak bank dan nyatakan anda ingin membuat pembayaran menggunakan Paypal.

Langkah 1:

Anda hanya perlu isikan borang pesanan kami (Order) tanpa membuat pembayaran terlebih dahulu. Selepas kami menerima pesanan anda, kami akan menghantar 1 invoice pembayaran berserta jumlah keseluruhan ke e-mail anda untuk membolehkan anda membuat pembayaran.

Panduan PaypalInvoice akan dihantar ke alamat e-mail anda. Contoh seperti gambar di atas.

Langkah 2:

Anda perlu buka e-mail tersebut dan klik pada button “Pay Invoice” seperti di dalam gambar dibawah dan kemudian anda akan dibawa ke skrin seterusnya.

Panduan Paypal

Langkah 3:

Anda perlu pastikan bahawa maklumat pembelian anda seperti nama produk, kuantiti dan harga adalah betul. Jika semua maklumat pembelian berikut betul dan tepat, anda perlu klik pada link “Pay Now” atau button “Pay” untuk meneruskan proses pembayaran anda.

Panduan PaypalSila pastikan maklumat adalah betul seperti yang dipersetujui antara www.vitamin4kesihatan.com dan anda. Maklumkan kepada kami jika ada kesilapan dan kami akan menghantar invoice yang baru kepada anda. Maklumat kos penghantaran, diskaun dan credit card charges juga akan dipaparkan di skrin ini sekiranya ada.

Langkah 4:

Anda akan dibawa ke skrin seperti gambar di bawah selepas anda klik pada button “Pay“. Di skrin ini anda perlu memilih cara pembayaran:

Panduan Paypal

Cara pembayaran 1 – Pay with my Paypal account (cara ini sesuai untuk mereka yang mempunyai akaun Paypal)

Cara pembayaran 2 – Don’t have a Paypal account ( cara ini bagi mereka yang ingin membayar menggunakan Credit Card)
Sila klik pada cara pembayaran 2 jika anda ingin menggunakan Credit Card untuk membuat pembayaran.

Langkah 5:

Masukkan maklumat-maklumat Credit Card anda seperti di dalam gambar di bawah:

Panduan Paypal

Apabila maklumat Credit Card telah dimasukkan, klik pada button ” Review anda Continue” untuk ke skrin seterusnya.

Langkah 6:

Anda perlu semak dan pastikan maklumat-maklumat berikut adalah betul dan klik pada button “Pay Now” untuk mengesahkan pembayaran.

Panduan Paypal

Setelah proses pembayaran telah berjaya, skrin di bawah akan dipaparkan.

Panduan Paypal
Proses pembayaran anda telah berjaya dan jangan lupa untuk mencetak resit pembayaran untuk simpanan anda. Paypal juga akan menghantar e-mail kepada anda selepas semua proses selesai.

Panduan Paypal
Butiran urusniaga seperti gambar di atas akan dihantar ke e-mail anda, Nama penjual (Merchant) akan dipaparkan “Norhisham Mohamed Halim” dan di senarai urusniaga credit card anda akan dipaparkan ” PAYPAL *SHAMZ ” bagi merekodkan pembelian daripada www.vitamin4kesihatan.com.

Kami akan memproses  pesanan anda selepas mendapat pengesahan pembayaran anda melalui Paypal dan pesanan anda akan dipos dalam tempoh 1-3 hari berkerja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau inginkan maklumat lebih lanjut, sila hubungi kami melalui facebook, telefon, email ataupun borang pertanyaan.

Kami menghargai sokongan anda.

Terima kasih.