Dari Pengguna Kepada Peniaga Shaklee

Salam pembaca,

Alhamdulillah, hari ni rakan-rakan bisnes partner yang lebih saya suka gelarkan mereka  ‘Keluarga Shaklee‘  tersenyum lebar bila periksa akaun bank masing-masing. Setiap pertengahan bulan, masing-masing mengucapkan ‘Syukur Alhamdulillah‘, termasuk saya juga.  Dan kebetulan bulan nie masuk awal daripada biasa.  Ada yang dapat 3 angka, ada yang 4 angka dan siapa yang rajin berusaha boleh cecah hingga 6 angka! WOW..!! Apa yang masuk sebenar nya? BONUS SHAKLEE…!!

bonus shaklee

Setelah lebih 6 bulan melibatkan diri dalam bisnes Shaklee, setiap bulan juga saya akan merasa bonus. Bonus Shaklee di bayar pada setiap bulan untuk semua ahli yang berdaftar dan mencapai sales target. Walaupon Shaklee adalah MLM, tapi ianya bukan MLM yang orang atas goyang kaki, orang bawah teruk kene bekerja. Siapa yang rajin buat jualan, dia lah yang akan untung. Silap haribulan kedudukan orang bawah(downline) boleh potong orang atas (upline). Yang penting rajin, niat untuk membantu orang, jujur dalam etika berniaga, jaga hubungan sesama manusia dan Tuhan, insya-Allah pasti berjaya dan mendapat keberkatan. 🙂

Pengguna, Ahli, Berniaga dan Bonus Shaklee

Kalau dah jadi pengguna Shaklee mesti korang akan jatuh cinta dengan produk Shaklee. Produk pertama Shaklee yang buat saya jatuh cinta ialah Vitamin E. Selepas sebulan mencuba Vitamin E, memang nampak perubahan. Yang paling ketara ialah rambut gugur berkurangan, terutama rambut suami. Saya pula yang obses dengan kecantikan terasa kulit muka lebih lembab, lembut dan yang paling best parut kesan jerawat mula pudar. PUAS HATI..!!

Saya tau orang berniaga pasti tidak akan jual dengan harga ahli, jika tidak hilang lah hak eksklusif keahlian. Jadi saya terus ambil keputusan untuk daftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian pun tak mahal, cuma RM65 sahaja. Yang penting saya dapat beli produk Shaklee yang berkualiti dengan harga yang murah dan dapat jimat sehingga 25% berbanding harga retail.

Selepas rasa sendiri kebaikan supplement Shaklee, saya terus kongsikan dengan keluarga. Kebetulan pula memang keluarga saya mementingkan bab kesihatan. Jadi itulah antara sebab-sebab kenapa saya perlu daftar jadi ahli. Mereka boleh amalkan supplement Shaklee dengan harga murah dengan menggunakan id saya. Kiranya kalau satu keluarga memang pengguna tegar Shaklee, lebih baik salah seorang jadi ahli. BERBALOI..!!

Masih ingat lagi cash bonus pertama yang saya terima ialah RM25 sahaja. Masa ni saya cuma beli barang untuk kegunaan sendiri. Sikit kan? Eh, okey lah tu. Beli barang, kumpul point kemudian convert dalam tunai.  Ini namanya shoping secara bijak. Kalau setakat jadi ahli untuk makan sendiri, memang takda masalah. Kalau jadi ahli untuk berniaga boleh buat untung berganda-ganda. Kenapa? Kerana Shaklee menawarkan peluang pendapatan lumayan. BEST kan?

Alhamdulillah walaupun bonus belum berganda-ganda tapi bersyukur dengan segala rezeki yang diperolehi sepanjang menjadi peniaga Shaklee. Sekurang-kurangnya bonus yang diperolehi dapat bantu tambah pendapatan untuk perbelanjaan seharian dan kongsi dengan mak dan ayah. Misi untuk mengejar bonus berganda perlu diteruskan!

Kata-kata hikmah seorang magic mentor yang sangat saya kagumi, iaitu Mama Faiz. Rasa sangat bertuah dipertemukan dan berada di bawah susur galur beliau. Beliau tidak pernah jemu untuk meyakinkan anak-anak yang berada di bawah nya untuk berjaya seperti dia. Simbolik ~ 7 gunung air mata darah, 7 gunung peluh keringat, 7 gunung kasih sayang, 7 gunung keihklasan, 7 gunung kesabaran ~

jutawan shaklee

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

8 comments to Dari Pengguna Kepada Peniaga Shaklee

  • TENGKUBUTANG  says:

    teman pun pengguna shaklee gak.. heee

    • Cheq Eem  says:

      pastikan makan ikut aturan yang betul taw… ekekeke…. tahniah sbb pilh supplement shaklee!

  • PCL  says:

    assalamualaikum che eam, pcl singgah sini…semangat yg bagus utk sihat dan berjaya dlm kerjaya. teruskan semoga lebih sukses lagi.

    #masuk dlm list blog sy. selalu singgah dan komen baru kita blh berukhuwah…insyaAllah.

    • Cheq Eem  says:

      wsalam PCL.. terima kasih blogwalking di sini… insya-allah semangat nak meningkatkan taraf hidup katanya… ekekeke…. klu smpt saya akan singgah semua blog rakan-rakan.. 🙂

  • […] Dari Pengguna Kepada Peniaga Shaklee […]

  • Aku Penghibur  says:

    wahhhh bestnya.. ianya dapat menambahkan pendapat kita.. terima kasih berkongsi kak

    • Cheq Eem  says:

      ada macam2 cara untuk kita tambah pendapatan.. sis pilih shaklee… hehe..

  • Khir Khalid  says:

    Semoga terus dikurniakan kesihatan yg baik & terus maju dlm perniagaan Shaklee.. semoga terus berjaya… aamiin..

Isikan Komen Anda Disini