Discover Scuba Diving Dulu Sebelum Ambil Lesen

Salam pembaca,

Salah satu wishlist untuk tahun 2014 ialah pergi ambil lesen menyelam. Dari dulu lagi memang dah tertanam cita-cita dan kesungguhan untuk dapatkan lesen menyelam. Chewah.. Tapi asyik tak ada geng yang nak pergi ambil lesen sama-sama. Kalau ada pula susah nak adjust schedule. Masing-masing kononnya busy. Busy lah sangat kan.. Hahaha.. Lepas tu bila tengok member post gambar dalam FB panas jer rasanya.

Tapi nasib baik ada suami yang sudi berkongsi minat isteri nya yang suka buat aktiviti lasak. Ajak masuk hutan panjat bukit dia ikut, ajak buat extreme challenge dekat Bukit Cherakah bulan lepas pun ok jer. Nah sekarang ajak dia pergi ambil lesen menyelam pula. Mula-mula dia macam takut juga. Ye lah, kalau atas darat kalau jadi apa-apa hal kita masih boleh selamatkan diri lagi. Tapi kalau dalam air macam mana pula kan.

Kebetulan Groupon Malaysia ada offer voucher untuk Introductory Scuba Diving Lesson untuk 2 orang cuma RM 128 untuk 2 jam. Harga asal untuk 2 orang ialah RM 300. Maknanya kita orang dapat jimat 60%. Sesuai sangat untuk beginners macam kita orang. Memang tak tunggu lama, tak fikir panjang dan terus beli. Hahaha..

Dengan bayaran cuma RM 64 seorang, kita orang akan dapat:-

1. 15-minute registration
2. 45-minute to 1-hour briefing:
    – Introduction to scuba diving
    – Briefing and demonstration of equipment
    – Safety rules
3. 30- to 45-minute underwater tutorial

Kemudian kita orang pun call DSA Dive Team untuk set appointment tebus voucher. Lepas call dapat lah slot kosong hari Sabtu, 01/03/2014. Setiap sesi pihak DSA Dive Team cuma akan ambil 4 orang pelajar sahaja. Maksimum pun 6 orang. Itu pun bergantung pada berapa instructor yang ada. Jadi pada hari tu cuma ada 4 orang dan 2 instructor. Kelas macam ni barulah best. One to one training session. 🙂

Ok lah.. Malas nak tulis panjang-panjang jom layan gambar pula yang ditaja oleh GoPro Hero 3+ Black Edition.. 😀

scuba-diving-dsa-vitamin4kesihatanReady…!! Tak sabar nak ber’buble’ dalam air… 😀

scuba-diving-dsa-vitamin4kesihatanInstructor Chris tengah ajar macam mana nak gunakan regulator. Kembung mulut wehhh….

scuba-diving-dsa-vitamin4kesihatanYang ni pula belajar macam mana nak clearkan goggle mask kalau masuk air atau fogging.

scuba-diving-dsa-vitamin4kesihatanStyle tak kita orang? Hahaha… Kelam kabut juga nak handle peralatan scuba nie.. Tak biasa kan.. Lepas tu baru dalam 2.2 meter dah terasa pressure telinga. Kalau 18 meter tak tau lah macam mana.. Huhu.. Tapi insya-allah boleh rasanya.. 🙂

scuba-diving-dsa-vitamin4kesihatanSerius memang berat tong gas dekat belakang tu. Itu pun katanya cuma baby tank jer. Erkkk? Baby tank nie pun terasa sakit belakang 2,3 hari.

scuba-diving-dsa-vitamin4kesihatanSmile….! Sesi GroupFie wajib ok.. Yang sebelah saya Annie.. Banyak gila lesen dive yang dia ada..

scuba-diving-dsa-vitamin4kesihatanMasa ni lah sesi Chris melobi kenapa perlu ambil lesen scuba dengan mereka. Akhirnya kita orang pun terpengaruh. Hahaha..

Kita ni kalau nak ambil lesen kereta pun pergi kursus dulu, belajar teori pastu ada ujian bertulis pula. Bila dah lulus ujian baru boleh pergi kelas belajar bawa kereta dan akhir sekali ada ujian memandu. Kalau lulus baru dapat lesen. Macam-macam kita kene belajar kan untuk mendapatkan lesen memandu. Macam tu juga lah kalau nak ambil lesen menyelam ni. Walau pun ada member cakap boleh ambil lesen dekat pulau tapi kita orang tak berani. Lebih baik kita orang start training dekat swimming pool dulu. Bila dah comfortable baru lah confident nak masuk dalam laut.

DSA Dive Team offer package Open Water Dive License dengan yuran RM 999 SAHAJA. Rasanya berbaloi dan murah sangat. Ada banyak benda nak cerita sebenarnya, tapi kita buat next entri lah. Satu entri tak cukup. 😀

Ok, jom kita layan video kat bawah ni.. 😀

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

11 comments to Discover Scuba Diving Dulu Sebelum Ambil Lesen

Isikan Komen Anda Disini