Diving Log: Teori kelas, Exam dan Confined Water

Salam pembaca,

Ingat tak dulu saya pernah tulis satu entri tentang Discover Scuba Diving? Kalau yang belum baca lagi boleh dekat sini. So kali ni nak kongsi kisah dan perjalanan untuk mengambil lesen menyelam. Walaupun ada setengah orang cakap “tak susah pun nak ambil lesen”. Lepas tu “kalau ambil exam mesti lepas”.  Dan “kalau tak pandai berenang pun takda hal punyalah”. Tapi di sudut hati nie (cewah.. ) mesti akan ada perasaan “Betul ke kata-kata member nie?  Tak kan lah senang macam tu je kot nak ambil lesen menyelam..” Haa… daripada dengar cakap orang lebih baik cuba sendiri. Baru kita tahu senang atau pun susah.

Husband pun macam biasa memulakan kerja-kerja KGB dan siasat apa yang perlu kita tahu untuk mengambil lesen. Dia banyak lah baca artikel dekat internet sebagai langkah persediaan. Saya masa tu tengah banyak kerja memang tak sempat lah nak baca sangat semua link yang dia bagi. Kalau baca pun gitu-gitu jer. Ekekeke..

open-water-certification-card

So lepas buat keputusan nak ambil juga lesen menyelam maka bermula lah episod jadi student dan masuk kelas. Ekekeke… Basically ada 5 sesi kelas yang perlu kita orang datang sebelum pergi ke pulau untuk Open Water Dive. Daripada 5 sesi kelas tersebut, 3 sesi untuk kelas teori termasuk ujian dan 2 kelas untuk confined water. Ada juga ujian berenang dengan jarak 200m dan floating selama 10 minit.

Walaupun tahap berenang ala kadar jer, tapi berjaya juga kita orang lepas tau. Tak kisah lah berenang cara macam mana sekali pun yang penting cukup 200m. Begitu juga dengan floating. Saya floating cara baring jer selama 10min tu. Ekekeke… Mereka nak tengok water confident sebenarnya..

Untuk kelas teori ada 5 chapter yang perlu dipelajari. Kita orang diberikan buku sebagai bahan bacaan dan perlu tonton video. Selepas habis setiap chapter, instructor akan datang bagi explanation dengan lebih detail lagi.  Kemudian kena jawab knowledge review dan kuiz. Selepas tamat semua chapter, baru boleh ambil ujian. Kalau lepas ujian boleh proceed untuk kelas seterusnya iaitu confined water. Kalau tak lepas kena repeat ujian. Nasib baik lepas. Hehe…Penat weh malam-malam jadi student pergi kelas dan belajar. Hahaha..

Sepanjang tempoh pembelajaran adalah juga menyentuh sedikit bab sains dan fizik. Kadang-kadang agak lambat juga nak digest perkataan ‘buoyancy’,’ density’,’deflate’, ‘inflate’, ‘equalizer’ dan macam-macam term lagi. Jenuh juga nak memahamkannya. Perkiraan matematik pun ada juga ye. Setiap kali kita menyelam kita kena tahu berapa level nitrogen dalam badan, berapa lama boleh menyelam pada setiap kedalaman dan sebagainya. Nasib baik instructor kita orang sangat sabar melayan macam-macam pertanyaan dari kita orang. Ye lah.. Kalau tak tahu, buat cara tak tahu. Betul tak? 🙂

kelas-mengambil-lesen-menyelam-padi-2

Confined water adalah sesi kelas yang paling penting sebenarnya. Masa ni lah kita perlu praktikan apa yang telah kita belajar dalam kelas teori . Belajar macam mana nak bernafas dalam air menggunakan regulator, clearkan mask, komunikasi menggunakan bahasa isyarat, teknik ‘buoyancy’ yang betul, ‘equalize’ pressure dan banyak lagi. Rupa-rupanya susah tau. Jangan ingat senang-senang je nak ambil lesen menyelam nie. Huhu..

Pengalaman saya masa mula-mula tu panik juga terutama bila mask dah mula masuk air, hidung terasa pedih dan tekak kering kerana bernafas ikut mulut. Jadi apa yang instructor nasihatkan ialah RELAX. Berulang-ulang kali dia akan sebut perkataan RELAX. Dan memang betul sebenarnya, bila kita relax kita boleh kawal diri dan boleh berfikir. Bila saya tak dapat melakukan segala arahan yang disuruh oleh instructor saya akan cuba relax dan teruskan bernafas seperti biasa. Dan ianya berjaya. So RELAX is a key to success in scuba diving.

Walaupun dah habis semua kelas yang perlu dihadiri sebagai syarat untuk mendapatkan lesen, kita orang masih boleh lagi request untuk practice confined water. Haa, itu lah yang best bila ambil lesen dengan PADI di bawah DSA Team. Nak buat confined water tiap-tiap hari pun boleh. Unlimited gitu. Syiok kan? Dapatlah kita orang biasakan diri dengan peralatan scuba bila berada di dalam air. Boleh tambahkan level confident juga. Yang kita orang prektis selama ni cuma kedalaman 2.2 meter jer. Nanti dekat laut kita orang akan lakukan 4 dives, 2 dives dengan kedalaman 12m dan lagi 2 dives pula dengan kedalaman 18m. Fuhh, kena bersedia nih…

kelas-mengambil-lesen-menyelam-padi-3Manual book dan RDP planner. Bila dah lepas test baru dapat buku ni. Hak milik sendirian berhad.. Hehe…

kelas-mengambil-lesen-menyelam-padi-1Hari ke-4 kita orang belajar pasang peralatan skuba sendiri. Ada macam-macam kena check. Benda ni ibarat nyawa kita bila dalam air nanti.

Akhir bulan ni insya-allah akan pergi ke Pulau Tioman bersama dengan 8 orang peserta termasuk kita orang. Penginapan tak perlu risau sebab dah termasuk dalam pakej. Kita orang cuma perlu beli tiket pengangkutan pergi dan balik, tiket feri dan makan. Tak sabar pula rasanya nak berenang bersama-sama dengan ikan. Ekekeke..

Lagi satu tips untuk jadi divers ialah badan perlu sihat terutama pada hari nak dive. Kalau dah demam, batuk dan selsema macam mana pula kan. Jadi salah satu persediaan kita orang ialah memastikan kesihatan berada dalam keadaan baik sampai hari kejadian. Dengan cuaca sekarang ni tak menentu kejap kering, lepas tu panas, jerebu dan hujan pula memang mudah untuk jatuh sakit. Jadi setiap hari mesti ambil Vitamin C untuk kuatkan sistem pertahanan badan, Ostematrix untuk kekuatan tulang dan mengelakkan kekejangan, Performance Drink untuk mengelakkan badan daripada dehidrasi. Dan tak lupa juga Omega Guard untuk penjagaan jantung dan pengaliran darah. Insya-allah..

3 perkara yang menarik tentang diving ialah ‘Meet People, Go Places and Do Thing‘. Jom kengkawan…! 🙂

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

34 comments to Diving Log: Teori kelas, Exam dan Confined Water

  • Alin Marlini  says:

    bestnyer…..tapi tak berani nak try….

    • Cheq Eem  says:

      tak cuba tak tau… ntah2 berani kot… hehe…

  • aku penghibur  says:

    wahh seronoknya tak pernah lagi mencuba.. hehe tak mampu lagi

    • Cheq Eem  says:

      selalunya student dapat lagi banyak kelebihan kalau pergi bawah IPTA kalau aktiviti macam nie.. kalau ada cuba2 lah… hehe..

  • azlanvai  says:

    kaya tau kalo ada lesen scuba yang depth dalam..

    • Cheq Eem  says:

      saya ambil yang open water diver je dulu… kalau nak gi yang lebih dalam kena ambil course advance.. hehe…

      • azlanvai  says:

        amek kat padi ke? berapa kos ye?

        • Cheq Eem  says:

          yup… ambil dekat PADI bawah kelolaan DSA Team …. disebabkan saya dah ambil Discover Ccuba Diving dengan DSA Team, jadi dapat special price RM 999 ..

          • azlanvai  says:

            Eh murahnya..

          • Cheq Eem  says:

            hehehe…. tau takpe…. 😀

  • sobri  says:

    wah bestnya lpas ni..suami isteri boleh la myelam sama2 😛

    • Cheq Eem  says:

      lagi best kalau ada geng2 yang ikut sekali… jom sobri…! 😀

      • sobri  says:

        itulah best klau ada lesen mnyelam..saya x de lg..stakat selam kat sungai mampu la..
        insaallah satu hari nanti sisi./.

        • Cheq Eem  says:

          sama lah kita… kat sungai, kat kolam renang… ekekeke… insya-allah… suatu hari nanti kalau betul2 minat boleh ambil punya… 🙂

  • Raudzah  says:

    Bestnya Tioman…last time pergi tak lama coz cuti tak panjang…suka dengan air laut dia…

    • Cheq Eem  says:

      minat kita sama kan..? suka pulau gitu.. pantai dan laut dekat sana memang cantik gila… hehe.. kita orang pn pergi tak lama gak.. 3 hari 2 malam jer….

  • hannyabdullah  says:

    Adehhhh jeles nye..
    Bilalah dapat buat cam ni, rasanya dh tak larat dh skrg ni kot..:(

    • Cheq Eem  says:

      ekekeke… jangan jeles kak…
      akak snorkling je lah.. boleh gak berenang bersama2 dengan ikan…. syiok jugak per… 😀

  • Khir Khalid  says:

    Wahh… best tu.. seronoknya. Tak semua org boleh dpt pengalaman menyelam tu walaupun mampu travel ke serata dunia kan.. menikmati keindahan alam dari sudut yg berbeza.. mmg menarik.. 🙂

    • Cheq Eem  says:

      ya betul.. dua perkara yang berbeza bila travel seluruh dunia dan melihat dasar laut.. itu yang menyebabkan saya teringin nak cuba.. hehe.. harap2 sy boleh lakukan bila berada di dasar laut nanti.. 🙂

  • Strider  says:

    wah…akak pi amik license kat PADI ker??ini antara tempat yang top gak kalau nak amik license diving..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    • Cheq Eem  says:

      haah… memang top pun kalau ambil lesen dengan PADI.. kalau zero knowledge memang elok sangat amik course macam nie.. training dekat pool dulu kemudian baru pergi pulau.. hehe…

  • Prof Hariz  says:

    Err. Berapa RM ni? Mahal kan..

    • Cheq Eem  says:

      RM999…. 😉

  • aku penghibur  says:

    wahh seronoknya kalau dapat mencuba nie , berapa kosnya ?

  • Mizz Aiza  says:

    wah.. bagus dah ada lesen skuba diving.. best nya dapat menyelam dengan ikan di pulau tioman tu nanti..

    • Cheq Eem  says:

      belum ada lagi aiza… baru nak ambil lesen nie…. hehe… harap2 semuanya ok.. 🙂

  • Ammar  says:

    Wah… macam best je… skuba driving.

    • Cheq Eem  says:

      hehehe…. 1st time nak cuba nie..

  • Raudzah  says:

    wah best ni Cheq Eem…Bolh scuba kat Pulau Perhentian ni..cantik..Tak pon Tioman…

    • Cheq Eem  says:

      saya pergi amik lesen dekat tioman.. mcm best kan, tapi tunggu je lah apa yg jadi.. risau pun ada jugak… hehehe…

  • Fezrul  says:

    Wuuu.. bestnya. Saya rasa bersemangat bila baca diving log akak ni sbb 18-20 april ni saya nk cuba pengalaman baru dive di Pulau Tioman. Hihi

    • Cheq Eem  says:

      wahhh…. minggu nie jer lagi.. mesti tak sabar dah tu nak masuk dalam laut smpi 16m… hehehe…. good luck yea… jangan takut2.. yg penting “rilex”…. 🙂

  • mohdkamalbotox  says:

    Dimana sy boleh belajar utk discover scuba diving. Dan berapa kosnya. Sy orang kuantan, pahang.

Isikan Komen Anda Disini