DIY Masker Untuk Kulit Cantik dan Berseri

Salam pembaca,

Entri  berkaitan Tips Kecantikan kali ni nak cerita pasal D.I.Y (Do It Yourself) masker yang senang, mudah dan jimat.. Part yang jimat tu rasanya semua orang suka kan.. Tapi kena rajin lah kalau nak jimat.. Sebabnya semua kena buat sendiri.. Bancuh, tempek kat muka dan basuh sendiri.. Kalau malas nak buat sendiri pergi je lah buat facial dekat salon kecantikan.. Pastu bayar lah berpuluh-puluh ringgit.. Kadang-kadang ada juga yang sampai beratus ringgit..Saya tak pernah buat facial kat kedai.. Memang buat sendiri kat rumah.. Rasa tak berbaloi bayar mahal-mahal untuk buat facial.. Hehehe..

Bagi sesiapa yang ingin memiliki kulit muka yang cantik dan sihat digalakkan melakukan skrub dan memakai masker seminggu sekali.. Ini bertujuan untuk menanggalkan sel-sel mati pada kulit, mengurangkan kesan pigmentasi, mengawal lebihan minyak pada muka supaya kulit kelihatan lebih segar dan berseri..

5 Resepi Homemade Masker Yang Mudah

homemade masker shakleeSumber gambar dari Google

Hasil pencarian dari Mr.Google terjumpa resepi masker yang senang dan mudah untuk kita buat sendiri..  Bahan-bahan yang digunakan pun takda lah susah sangat nak cari.. Jom tengok..

1. Lemon-Honey Face Scrub
Menanggalkan kulit mati, mengekalkan kelembapan dan mencerahkan kulit

Bahan-bahan:-
2 sudu besar madu
1 sudu jus lemon
1 sudu minyak zaitun
1 ½ sudu gula

Cara penyediaan:-
Campurkan semua bahan tersebut di dalam bekas, sapukan pada muka dan bilas dengan air suam

2. Salt, Lemon, and Sugar Scrub
Untuk pengelupasan dan mencerahkan kulit

Bahan-bahan:-
2 sudu garam
½ biji jus lemon
Gula (tambah sehingga campuran solid tetapi tidak kering)

Cara penyediaan:-
Campurkan semua bahan di dalam bekas dan urut secara perlahan-lahan pada kulit.. Biarkan 2-3 minit, kemudian bilas dengan air

3. Avocado and Oatmeal Scrub for Oily Skin
Memberi kelembapan, melembutkan dan mengekalkan kulit yang sihat

Bahan-bahan:-
2 sudu kecil oatmeal halus
1 sudu kecil avocado
1 sudu kecil madu

Cara penyediaan:-
Campur semua bahan di dalam bekas menjadi satu paste yang pekat.. Urutkan pada kulit muka dalam gerakan membulat, kemudian bilas dengan air suam

4. Baking Soda Blackhead Scrub
Untuk menanggalkan bintik hitam

Bahan-bahan:-
1 sudu gula pasir
1 sudu baking soda
2 sudu air

Cara penyediaan:-
Campur semua bahan di dalam bekas, urutkan bahan tersebut pada kulit yang lembab dan bilas dengan air suam

5. Banana and Sugar Face Scrub
Untuk pengelupasan dan menyuburkan kulit

Bahan-bahan:
1 biji pisang
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan gula perang

Lenyekkan pisang di dalam bekas, tambah bahan-bahan yang lain sehingga menjadi satu paste. Urutkan pada muka dan biarkan 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air suam

Sebenarnya ada lagi 5 resepi homemade masker yang korang boleh cuba.. Kalau rajin boleh lihat kat sini –> Top 10 Homemade Face Scrubs and Masks

_________________________________________________________________________________

Dah tengok semua resepi? Macam senang jer nak buat kan.. Resepi masker menggunakan oat tu macam menarik untuk dicuba.. Dulu saya ingatkan susah nak buat masker sendiri.. Selalu beli dekat farmasi Guardian atau Watson.. Pastu boleh pakai sekali jer..   Tapi sekarang ni bila dah tahu memang nampak senang.. Kos nak buat masker pula tak sampai RM 10 tapi boleh guna banyak kali.. Betul tak? 🙂

Sebelum ni saya buat masker sendiri menggunakan plain yogurt dan produk Shaklee.. Kadang-kadang saya campurkan ESP Shaklee + Yogurt + Madu.. Atau pun vitamin E + vitamin C + yogurt.. Bila dah jumpa resepi lain untuk buat masker bolehlah pelbagai kan lagi.. Ewah, macam main masak-masak pula nak buat masker.. Hahaha…

Setakat ni setiap kali buat masker sendiri takda lah kesan yang memudaratkan.. Walaupun kulit saya ni jenis sensitif, tapi bila buat sendiri ok jer.. Takda pula naik ruam-ruam kecil.. Hasilnya kulit terasa lebih lembut, bersih, halus, lembab, tegang dan sihat..  Korang pun patut cuba buat masker sendiri kat rumah.. 😀

p/s: Bila kongsi tips resepi masker menggunakan yogourt dengan kawan saya cakap dia rasa pelik bila benda yang di makan letak kat muka.. Korang pula rasa macam mana?

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

10 comments to DIY Masker Untuk Kulit Cantik dan Berseri

  • Jamian Sarif  says:

    bagus ni boleh try…

    • Cheq Eem  says:

      boleh sangat… lelaki pun kena jaga kecantikan juga… 😀

  • Sheila Salim  says:

    Assalamualaikum awak.. sheila ni pemalas, biasanya guna putih telur je buat masker. hahahhaa nanti nak try DIY macam yang awak tulis ni. hehee thanks dear ~~~

    • Cheq Eem  says:

      waalaikumsalam sheila… tak pernah guna putih telur sebab tak suka bau telur.. makan telur kita suka.. hahaha….. cuba tau nanti… 😀

  • sobri  says:

    bgusnya sis..seumur hdup x pnah wat masker sendiri..leh cuba ni..mungkin nanti leh dpt klit licin mcm justin bieber 😛

    • Cheq Eem  says:

      hahaha…. takda artis lain ke nak bagi persamaan… tak sesuai tau justin bieber.. baik shaun t.. kulit pon flawless gituu….. 😀

  • Raudzah  says:

    Thanks Cheq Eem..boleh cuba ni…

    • Cheq Eem  says:

      cuba lah nanti…. mesti cantik, menarik, tertarik… 😀

  • Mizz Aiza  says:

    tak pernah lagi buat masker sendiri.. bolehlah aiza mencuba membuatnya nanti.. paling menarik yang guna pisang tu..

    • Cheq Eem  says:

      cuba lah.. nanti kalau dah cuba buat jangan lupa kongsikan dalam blog eh.. hehe…

Isikan Komen Anda Disini