Slide # 1
 

Dulu Tak Suka Makan B-Complex Tapi Sekarang

Salam pembaca,

Dulu-dulu saya tak suka makan B-Complex. Yang pertama sebab bila buka botol B-Complex tu ada satu bau yang saya tak suka sangat. Tak tau nak cakap macam mana baunya. Tapi bau tersebut memang saya tak suka lah. Kemudian bila dah makan B-Complex saya perasan setiap kali buang air, mesti urin warna kuning pekat. Orang cakap B-Complex bagus untuk kesihatan, jadi saya pun makan lah. Tapi lama-lama tak tahan dengan bau tersebut dan tak rasa kesan nya untuk kesihatan. Jadi saya terus tak makan dah B-Complex.

Itu kisah saya kali pertama kenal B-Complex dari jenama X. Saya beli dari farmasi untuk tujuan kesihatan dan tenaga. Tahu pasal kebaikan B-Complex pun sikit-sikit jer dari jurujual. Dia cakap bagus, kita pun makan jer lah. Tak sampai sebotol pun saya makan B-Complex tersebut, lepas tu biarkan jer. Bila difikirkan ruginya beli tapi tak makan. Huhu..

Tapi sekarang ni dah terbalik pula. Setiap hari mesti ambil B-Complex selepas makan. Pernah sengaja tak ambil selama 2 – 3 minggu untuk rasa sendiri ada beza ataupun tidak kalau tak makan B-Complex ni. Untuk minggu yang pertama tu takda lah rasa sangat. Biasa-biasanya jer. Tapi bila dah masuk minggu ke 2 dan ke 3 memang terasa perbezaannya. Emosi tak stabil, stress dengan hal kerja, hilang tumpuan, cepat rasa penat dan macam-macam lagi.

Disebabkan saya nak kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari maka saya teruskan juga ambil B-Complex setiap hari. Dalam masa yang sama saya cari lebih banyak info pasal B-Complex untuk kesihatan. Nak tahu juga apakah kebaikan yang terdapat dalam B-Complex Shaklee yang buat saya perlu ambil setiap hari. Lagi pun sekarang ni zaman yang kita perlu tahu apa yang kita makan. You Are What You Eat. Betul tak?

kebaikan-ambil-vitamin-b-complex-setiap-hari

Kebaikan Pengambilan B-Complex Seharian

Salah satu panduan untuk memilih vitamin B-Complex ialah mengandungi 8 jenis vitamin b iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, Biotin dan Asid folik. Jadi sebelum beli di kedai farmasi semak lah dahulu kandungan vitamin B-Complex. Tapi saya tak cadangkan beli di farmasi, sebab kebanyakannya adalah jenis vitamin sintetik. Lebih baik beli B-Complex Shaklee. Harga pun baru RM 53.75 sebotol untuk 120 biji. Bila dikira cuma RM0.44 sahaja untuk sebiji vitamin.

Jom kita tengok apa yang bestnya bila kita ambil B-Complex setiap hari.

1. Mengurangkan stress

– Meningkatkan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, depress serta insomnia

2. Membekalkan tenaga yang berpanjangan

– Menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus memberikan kecergasan pada tubuh badan sepanjang hari

3. Meningkatkan kesihatan mata

– Mencegah katarak atau selaput tebal pada anak mata, meningkatkan penglihatan, mengurangkan masalah keletihan serta menjaga kesihatan mata

4. Melancarkan perjalanan darah

– Penting untuk memiliki kulit yang cantik, meningkatkan kesihatan kardiovaskular, meransang urat saraf yang sihat

5. Mencegah anemia

– Vitamin B6, B12 berperanan dalam membantu pembentukan sel darah merah untuk mencegah penyakit anemia

Ada banyak lagi kelebihan  jika kita amalkan pengambilan B-Complex setiap hari. Secara asasnya B-Complex adalah vitamin asas yang patut kita ambil terutama mereka yang mementingkan penjagaan kesihatan secara menyeluruh. Lihat sahaja kandungan nutrisi dalam setiap pek makanan yang kita beli, mesti ada kandungan nutrisi dari kumpulan vitamin b. Jika untuk pelajar boleh membantu mereka untuk fokus dalam pelajaran, jika untuk pekerja meningkatkan kualiti dan prestasi di tempat kerja, jika untuk ibu yang sedang hamil membantu perkembangan bayi yang sihat. Pendek kata semua orang patut ambil B-Complex untuk kesihatan jangka panjang.

Berkaitan dengan bau yang saya tak suka tu, B-Complex Shaklee pun ada juga. Tapi bila kita simpan di dalam peti ais bau tersebut ada berkurangan sedikit. So takda lah stress sangat nak makan. Hehe.. Pasal urin yang berwarna kuning pula adalah disebabkan vitamin b adalah vitamin larut air, maksudnya lebihan vitamin b tidak akan disimpan di dalam badan. Ianya akan disingkirkan dari dalam badan. Kalau warnanya sangat pekat kita perlu minum lebih banyak air dan ianya akan berkurangan dari masa ke semasa. Lagipun memang kita perlu minum banyak air kosong untuk membantu penyerapan yang lebih bagus.

Sekarang ni saya dah tau kenapa saya perlu ambil B-Complex setiap hari. Oh ya, saya combo kan dengan Vitamin C. Almaklumlah saya obses dengan kecantikan… 🙂

b-complex-dan-vitamin-c-untuk-kulit-cantikSetiap kali lepas makan tengah hari saya akan ambil B-Complex dan Vitamin C. Wajib bawa pergi ofis. 🙂

* Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

17 comments to Dulu Tak Suka Makan B-Complex Tapi Sekarang

  • Strider  says:

    patut laa akak sentiasa nampak muda remaja..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    • Cheq Eem  says:

      kalau nampak muda jangan lah panggil akak… hahaha…. :p

  • sobri  says:

    banyak khasiat b complex..tgoklah tuan blog wajah sweet 20 lagi..untung bro sham…
    tq sharing kak..good information for healty 🙂

    • Cheq Eem  says:

      memang banyak sobri… nak maintain kesihatan kena lah ambil dari sekarang… eh, silap lah.. nak nmpk muda kenalah ambil dari sekarang… hahaha….. sharing is caring kan… apa salah nya… 🙂

  • Khir Khalid  says:

    Baru tau khasiat b-complex ni.. thanks sharing Cheq Eem.. 🙂

    • Cheq Eem  says:

      saya rasa khir memang dah tau.. saya cuma sharing kan lagi kebaikan b-complex.. hehe… 🙂

  • titan  says:

    erkk..tak suka makan vitamin..suka cendol jee..

    • Cheq Eem  says:

      errkk.. tak suka cendol.. dh 2 kali makan mesti pening kepala…. klu nak makan pun mntk org punya jer.. haha…

  • hannyabdullah  says:

    patutle sentiasa cantik dan bertenaga..inilah rahsianya ya..:)

    • Cheq Eem  says:

      gittew katanya….. sekarang dh takda rahsia… semua org dah tau… haha…

  • Raudzah  says:

    Samalah kita cheq Eemm. Kita tak suka bau B complex..one kind punya smell…tapi banyak khasiatkan..

    • Cheq Eem  says:

      kann…? awak pun tak suka juga eh bau b-complex tuu… tp disbbkan nak dpt khasiat nya ambil juga… hehe..

      • aiman  says:

        Kalo nk kulit sihat bole amik ni x..

  • Abdur  says:

    Makan vitamin sebelum datangnya sakit ini penting,kalau dah sakit baru tahu betapa pentingnya vitamin.

    • Cheq Eem  says:

      vitamin ni lebih kepada penjagaan kesihatan harian… omputih ckp ‘prevention is better than cure’… hehehe…

  • nas  says:

    Good article ini membuatkan saya juga ingin makan vitamin ..anyway kak jemput singgah blog saya http://www.kacamataview.com/

  • mohd Amin  says:

    sy beli brand Aspen jer…. RM13 jer… tp kesan kompom ada….

Isikan Komen Anda Disini