Slide # 1
 

Entri Tutorial (Bagaimana untuk install Widget/Plugin ke WordPress Engine anda)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Pada entri tutorial yang lepas, saya telah berkongsi dengan anda semua panduan “Bagaimana untuk set-up Blog anda”. Saya harap ramai yang telah mencuba untuk membangunkan blog wordpress mereka sendiri,  terutama rakan-rakan Shaklee. Tutorial saya sebenarnya banyak difokuskan penggunaan blog yang menggunakan WordPress Engine. Saya sebenarnya telah lama menggunakan WordPress dan selesa dengan perisian WordPress ini. Ada juga rakan-rakan yang meminta bantuan saya untuk  set-up blog WordPress mereka.

Dan pada entri tutorial kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk install sidebar widget ataupun plugin  ke WordPress anda.

 

wordpress-widgets

Apakah itu Widget & Plugin?

Widget adalah modul skrip pra-program yang menawarkan pengguna WordPress menambah kandungan dan ciri-ciri tertentu untuk sidebar dan footer blog anda dengan cara drag and drop. Contoh widget yang sedia ada di dalam WordPress anda adalah seperti post categories, tag clouds, navigation, text, search, recent posts, recent comments, archives dan lain-lain lagi.

Antara widget yang popular adalah seperti Facebook Like Box,  Calendar, Slideshow, E-mail Newsletter, WordPress Hit Counter dan banyak lagi.

Plugin adalah skrip modul program untuk meningkatkan lagi fungsi WordPress anda. Plugin menawarkan fungsi pengubahsuaian khas dan ciri-ciri tertentu supaya setiap pengguna boleh menyesuaikan blog mereka untuk keperluan khusus mereka. Pada pendapat saya, Plugin ini adalah sama dengan Widget disebabkan fungsi kedua-dua modul ini adalah sama.

Apakah itu WordPress Sidebar dan Footer

Sidebar adalah sebenarnya adalah ruangan  menegak yang disediakan oleh tema anda untuk memaparkan maklumat selain daripada kandungan utama laman blog anda. Bagi tema yang mempunyai 1 Sidebar sahaja, Sidebar tersebut akan dinamakan Main Sidebar. Nama-nama sidebar ini adalah bergantung kepada tema yang anda pilih, bukan semua tema mempunyai nama-nama sidebar yang sama yer. Bagi tema mempunyai 2 sidebar akan dinamakan left sidebar dan right sidebar. Blog vitamin4kesihatan.com mempunyai 2 sidebar tetapi saya hanya menggunakan right sidebar sahaja. Di  ruangan sidebar inilah biasanya mengandungi widget untuk memberi impak seakan blog professional. Footer pula ruangan bawah sekali di blog anda dan sesetengah tema memberi ruangan di Footer untuk anda meletakkan Widget di ruangan tersebut.

Screenshot dibawah adalah contoh widget sidebar dan footer di blog vitamin4kesihatan.com.

Right sidebar

Ruangan right sidebar yang telah diletakkan widget Facebook, widget simple text dan widget calendar.

footer

Ruangan footer yang telah diletakkan 3 widget yang berasingan.

Saya rasa anda semua sudah faham serba sedikit mengenai widget ini tapi anda perlu mencuba dan explore sendiri untuk mengetahui lebih lanjut, ada banyak widget yang ada di dalam internet, ada yang percuma dan ada yang anda perlu bayar untuk menggunakannya. Saya nasihatkan anda perlu cari dan muat turun widget-widget yang anda rasa sesuai untuk blog anda dan mencuba sendiri hasilnya.

Panel Widget WordPress

Screenshot dibawah adalah contoh  panel widget di Admin [email protected] WordPress anda. Login ke admin page blog anda dan klik pada menu “Appearance > Widget” untuk ke panel widget anda. Panel widget inilah yang menentukan widget-widget yang boleh digunakan ke dalam di theme/tema blog wordpress anda.

Contoh panel widget

Contoh panel widget di wordpress anda. Anda hanya perlu drag and drop widget yang aktif dan telah di install ke Sidebar atau Footer. Senang jer bukan? Hanya Widget yang telah diletakkan di Sidebar atau Footer akan dipaparkan di blog anda nanti.

Panel Plugin WordPress

Screenshot dibawah adalah contoh  panel plugin di Admin [email protected] WordPress anda yang boleh didapati pada menu “Plugin” anda. Panel plugin inilah yang menentukan senarai widget-widget yang telah di installkan ke dalam WordPress anda sama ada plugin tersebut telah diaktifkan atau tidak aktif. Hanya plugin yang telah diaktifkan sahaja yang dapat dilihat di Panel Widget anda dan di panel plugin inilah skrin untuk kita install widget/plugin kita.

pluginadmin

Dan sekarang anda telah pun tahu dimanakah panel widget dan panel plugin wordpress anda serta  panel sidebar dan footer bagi blog anda. Di ruangan Sidebar dan Footer inilah yang anda akan drag and drop widget-widget yang hendak digunakan bagi paparan di blog anda.

Ada 3 kaedah untuk install [email protected] di Panel Admin WordPress anda.

Saya harap anda semua faham penerangan di atas, bagi mereka yang tidak biasa dengan WordPress ni memang kadang-kadang rasa pening kepala sikit tapi percayalah, lambat-laun anda akan faham dan cekap menggunakan Blog WordPress ini. Oleh itu, mari kita belajar cara-cara untuk install [email protected] di WordPress anda. Sebelum anda boleh menggunakan widget, anda perlu muat turun widget yang anda perlu dan install di WordPress anda. Widget yang telah di install dan aktif akan dipaparkan di ruangan “Widget yang aktif & telah di install” seperti screenshot Panel Widget WordPress di atas.

Kaedah Pertama
Install Widget/Plugin menggunakan Pilihan Carian (Search Plugin) di Panel Plugin WordPress

Ini merupakan cara yang paling mudah untuk install widget/plugin WordPress anda tetapi  hanya widget yang ada di dalam direktori plugin serta widget percuma di laman web WordPress http://wordpress.org/extend/plugins/ sahaja yang anda boleh cari. Anda perlu tahu nama widget/plugin yang anda hendak cari terlebih dahulu.

Pertama sekali, anda perlu klik pada link menu “Plugins > Add New”  dan skrin dibawah akan dipaparkan.

searchwidget

 Screensot dibawah saya cuba cari widget/plugin Google XML Sitemap.

searchforplugin

Senarai widget/plugin akan keluar di skrin anda apabila anda tekan button “Search Plugins” . Klik pada action “Install Now” apabila anda jumpa widget/plugin yang anda inginkan. Sebaik sahaja anda klik button itu, plugin ini akan mula di install.

installwidget

Screenshot dibawah adalah proses akhir, pastikan bahawa anda klik pada Aktifkan plugin dan  kini widget/plugin tersebut telah di install ke  WordPress anda. Anda akan perlu untuk mengkonfigurasi setting [email protected] tersebut untuk mengikut keperluan anda. Konfigurasi ini akan berbeza bagi setiap plugin oleh itu saya tidak akan meliputi proses ini dan anda perlu mencuba sendiri.

activateplugin

Kaedah Ke-2
Install Widget/Plugin menggunakan Kaedah “Upload” di Panel Plugin WordPress

Jika widget/plugin yang anda mahu tiada dalam direktori plugin di laman web WordPress http://wordpress.org/extend/plugins/oleh kerana sebab-sebab tertentu sama ada kerana ia adalah widget/plugin berbayar, atau plugin bukan GPL, maka anda perlu menggunakan kaedah kedua ini atau kaedah ketiga dibawah.

Pertama sekali, anda akan perlu untuk memuat turun plugin dari mana -mana sumber yang anda cari (kebiasaan dalam format fail zip), kemudian anda perlu ke Panel Plugin WordPress anda seperti di cara yang pertama tadi. Klik pada “Plugin »Add New”. Kemudian klik pada Tab “Upload”.

Anda akan melihat skrin seperti di bawah. cari fail yang anda muat turun ke komputer anda dan muat naik fail widget/plugin tersebut (hanya fail zip sahaja yang boleh digunakan).

upload

Skrin di bawah akan dipaparkan, sama seperti cara yang pertama tadi. Pastikan bahawa anda klik pada Aktifkan plugin dan  kini widget/plugin tersebut telah di install ke  WordPress anda mengunakan kaedah yang kedua.

activateplugin

Kaedah Ke-3
Install Widget/Plugin menggunakan Kaedah Muat Naik Menggunakan Perisian FTP ke Web Hosting anda.

Saya ada menerangkan mengenai perisian FTP FileZilla (Boleh download di http://filezilla-project.org/) pada entri yang lepas dan kaedah ketiga ini, anda akan menggunakan  perisian ini untuk muat naik widget/plugin yang telah anda muat turun ke komputer anda ke web hosting anda. Ramai yang anggap ini adalah kaedah yang paling susah tetapi bagi saya ini adalah kaedah yang paling senang.

Langkah 1 – Anda perlu muat turun widget/plugin ke komputer anda dan anda perlu extract fail zip tersebut. Dalam kaedah ini saya menggunakan widget “black-studio-tinymce-widget” yang telah di muat turun oleh saya sebagai contoh.

Langkah 2 – Login ke akaun web hosting anda menggunakan FileZilla dan muat naik folder widget atau plugin anda dari komputer anda ke direktori “/wp-content/plugins/” di web hosting anda menggunakan perisian ftp tersebut.

uploadplugin

Apabila muat naik selesai, anda perlu login ke Panel Admin WordPress anda dan klik pada link Plugin di menu WordPress anda dan skrin Panel Plugin WordPress akan dipaparkan seperti di screenshot di bawah. Anda dapat lihat widget/plugin “black-studio-tinymce-widget” yang dimuat naik tadi ada tersenarai di Panel Plugin WordPress anda. Ini bermakna proses muat naik anda telah berjaya. Jika tidak tersenarai di skrin ini, bermakna proses muat naik anda tidak berjaya.

sudahinstall

Untuk membolehkan anda menggunakan widget/plugin ini , anda perlu aktifkan plugin ini dengan menekan link “Activate” dibawah nama [email protected] tersebut. Plugin yang tidak aktif tidak boleh digunakan dan tidak akan dipaparkan di Panel Widget WordPress anda. Sila lihat sreenshot dibawah:

pluginbelumaktif

Di screenshot di atas Widget tersebut tidak dipaparkan di Panel Widget WordPress kerana plugin tersebut belum diaktifkan.

pluginaktif

Di screen di atas anda boleh lihat widget yang anda install tadi ada dipaparkan di Panel Widget WordPress kerana plugin tersebut telah diaktif dan boleh digunakan di dalam blog anda.

Selesailah tutorial 3 kaedah bagaimana untuk install [email protected] ke dalam WordPress anda dan saya harap anda semua mencuba sendiri. Tutorial ini hanyalah panduan secara teori dan andalah yang perlu mencuba sendiri secara praktikal. Jikalau anda ada masalah, jangan segan silu untuk email saya di [email protected], jangan risau saya akan cuba membantu.

Tutorial ini sebenarnya lebih memfokuskan bagaimana untuk  install [email protected] ke WordPress Engine anda.  Jom ikuti tutorial saya selanjutnya berkaitan dengan [email protected] di link entri dibawah.

Entri Tutorial (Bagaimana untuk menggunakan [email protected] ke dalam Blog anda)Tutorial ini lebih memfokuskan panduan untuk menggunakan [email protected] yang telah anda install di WordPress  dan untuk digunakan di dalam Blog anda.

Entri ini ditulis oleh,

Eshamz Halim

Find eshamz halim on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

Isikan Komen Anda Disini