Entri Tutorial (Bagaimana untuk menggunakan [email protected] ke dalam Blog anda)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Entri tutorial ini adalah sambungan daripada Entri Tutorial (Bagaimana untuk install Widget/Plugin ke WordPress Engine anda). Kedua-dua entri ini saya memfokuskan kepada penggunaan [email protected] WordPress anda. Saya harap anda telah faham fungsi penggunaan Widget dan Plugin WordPress dan anda juga sudah mencuba dengan sendiri cara-cara untuk install [email protected] ke dalam WordPress Engine anda. Segala tutorial yang saya sediakan ini adalah untuk anda dan saya amat berbesar hati kerana dapat berkongsi ilmu dengan anda.

 

wordpress-tag-cloud-plugin-names

Saya rasa anda sudah tahu cara-cara untuk install [email protected] di WordPress anda berdasar tutorial saya sebelum ini dan entri ini pula saya ingin berkongsi dengan lebih lanjut lagi mengenai penggunaan [email protected] di blog anda. Saya pasti anda mesti tertanya-tanya, “Apa nak buat lepas install widget dan plugin ni?” ,”Kat mana nak letak widget dan plugin ni?” atau “Macam mana nak masukkan [email protected] ke dalam blog?….. Untuk tutorial ini, saya telah set-up 1 blog khas untuk anda sebagai contoh.

Jangan risau, saya akan menerangkan di entri ini. Mula-mula mari kita lihat apakah hubungan ruangan sidebar atau footer di blog anda dengan Panel Widget WordPress anda? Mari kita lihat screenshot di bawah:

hubunganwidgetblog

Disebelah kiri ialah Panel Widget anda dan di sebelah kanan adalah laman blog anda. Secara ringkasnya apa-apa widget yang anda letak pada Main Sidebar akan dipaparkan dalam laman blog anda serta susunan widget pun akan sama seperti di Panel Widget anda. Cara untuk anda letakkan widget di Main Sidebar atau Footer adalah dengan cara Drag and Drop daripada senarai widget yang aktif di sebelah kiri ruangan Main Sidebar dan ditarik masuk ke dalam ruangan Main Sidebar dan begitu juga dengan Footer sekiranya anda ingin masukkan widget ke ruangan tersebut.

Tetapi anda harus ingat, hanya widget yang telah diaktifkan sahaja akan dipaparkan di Panel Widget anda. Jika anda telah install tetapi tiada dipaparkan di Panel Widget, anda haruslah aktifkan [email protected] tersebut di Panel Plugin WordPress seperti yang telah diterangkan pada entri sebelum ini. Untuk pengetahuan anda semua, inilah fungsi widget dan juga plugin wordpress anda, ia cuma skrip programming yang telah diprogram untuk menambahkan lagi fungsi-fungsi tambahan di blog anda.

Saya juga telah sediakan video untuk menunjukkan anda semua cara-cara untuk menggunakan widget anda di sidebar dan footer blog anda. Di video ini saya telah menggunakan widget “black-studio-tinymce-widget” sebagai contoh. Anda harus ingat setiap widget mempunyai fungsi yang berbeza dan anda perlu explore fungsi-fungsi widget tersebut. Tutorial ini adalah secara umum dan secara asas untuk membuat anda faham tentang penggunaan widget atau plugin.

Kualiti video kurang memuaskan, sila klik link ini untuk kualiti lebih jelas di Vimeo —> http://vimeo.com/62942850

Sekian sahaja tutorial saya berkaitan dengan penggunaan Widget dan juga Plugin WordPress. Saya harap agar anda faham dan boleh mencuba sendiri di laman blog anda. Saya akan cuba menambahkan tutorial dari semasa ke semasa.

Selamat mencuba!!!!

Entri ini ditulis oleh,

Eshamz Halim

Find eshamz halim on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

Isikan Komen Anda Disini