Entri Tutorial Untuk Dikongsi Bersama (Bagaimana untuk set-up Blog anda)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada para pembaca blog ini.

Entri kali ini, bukan nak bercerita mengenai vitamin tetapi saya  ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana cara atau panduan untuk membangunkan blog anda sama ada untuk kegunaan blog peribadi ataupun perniagaan online. Apa gunanya ilmu itu jika tidak dikongsikan bersama, betul tak?. Entri ini juga khas untuk rakan-rakan Shaklee isteri saya yang ingin membangunkan blog Distributor Shaklee mereka sendiri.

blogs

Ada pelbagai blog engine seperti WordPress, Movable Type, ExpressionEngine, Drupal, Textpattern, Joomla, b2evolution, blogspot dan bermacam-macam lagi. Memang banyak blog engine ni, saya pun tak sempat nak cuba semuanya tapi entri ini saya fokus untuk menggunakan blog engine WordPress.

Apakah Blog Engine?
Blog Engine ini sebenarnya adalah Perisian Blog yang direka khas untuk memudahkan penyelenggaraan weblog kita. Biasanya blog engine ini perlu di install di dalam hosting blog kita sebelum kita boleh mula menggunakan blog kita.

Perkara yang perlu ada  sebelum membangunkan blog ada:

1) Domain Name
Domain Name adalah alamat url anda dan url ini akan ditaip di pelayar internet oleh sesiapa yang ingin masuk atau melayari blog anda. Contoh domain name seperti www.vitamin4kesihatan.com atau www.yahoo.com. Domain name ini tidak boleh dibeli tetapi kita hanya boleh menyewa sahaja secara tahunan daripada syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini.

2) Web Hosting + Database Server
Web Hosting ini adalah tempat atau ruang bagi kita menyimpan data-data dan segala fail-fail html atau php blog kita. Web hosting ini juga dimana tempat yang akan di install blog engine WordPress kita nanti. Ada banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini dan anda buat pilihan yang tepat untuk keperluan anda dan anda hanya perlu bayar sewa secara tahunan. Kebanyakkan web hosting ada menyediakan database server masing-masing seperti MySQL dan anda perlu membuat database bagi blog wordpress anda nanti.

3) Talian Internet (Broadband)
Ini adalah perkara yang paling penting jika anda ingin membangunkan Blog anda. Setiap rumah mesti dah ada talian internet sekarang ni kan?

4) Ftp Client
 Ini adalah perisian yang kita akan gunakan untuk  transfer fail-fail ke dalam web hosting blog anda. Perisian yang saya gunakan ialah FileZilla. Boleh download di http://filezilla-project.org/

Jika semua perkara diatas telah disediakan, barulah kita boleh mulakan proses untuk membangunkan Blog anda.

 

Langkah 1

Muat turun fail WordPress Engine terbaru dari http://wordpress.org/download/, muat turun dengan klik pada butang “Download”. Selepas muat turun, anda perlu extract file zip tersebut. Tutorial ini saya hasilkan berdasarkan WordPress Versi 3.5.1 tetapi panduannya secara asasnya adalah sama dan kemungkinan versi yang terbaru akan diringkaskan prosesnya.

Screenshot00

Langkah 2

Anda perlu masuk ke dalam akaun web hosting anda untuk create database MySQL untuk blog WordPress anda. Sila rujuk kepada kepada syarikat web hosting anda untuk mengetahui cara-cara login ke akaun web hosting anda, kebiasaannya syarikat web hosting menggunakan CPanel atau pun CP.

Login ke dalam akaun anda dan cari link atau control panel untuk MySQL atau mana-mana Database Server yang dikhaskan untuk hosting anda. Anda perlu create 1 database dan namakan database anda serta anda perlu create user dan password untuk database anda tadi. Sila salin maklumat nama Database, User dan Password ini kerana ia diperlukan semasa proses installation wordpress anda nanti.

Jika anda kurang jelas proses ini, anda bolehlah hubungi syarikat web hosting anda untuk bantuan kerana kadang-kadang proses ini berbeza diantara syarikat-syarikat web hosting. Anda juga boleh hubungi saya, saya akan cuba membantu.

Screenshot dibawah adalah contoh daripada web hosting saya yang menggunakan CPanel.

Screenshot00sql

Screenshot01sql

Anda boleh hubungi syarikat web hosting untuk dapatkan bantuan mengenai database server atau cara-cara untuk create database untuk wordpress anda.

Langkah 3

Screenshot03

Anda perlu muat naik semua fail di dalam folder WordPress (hanya fail-fail di dalam folder wordpress sahaja, folder wordpress tidak perlu yer) tersebut melalui FTP Client (FileZilla) ke web hosting anda. Untuk maklumat anda, jika anda memuat naik fail ke folder wwwroot atau public_html (<—bergantung kepada hosting anda), selepas muat naik selesai, skrip fail akan muncul apabila anda melawat laman web anda adalah http://www.domainname_anda.com

Langkah 4

Sekarang barulah bermula proses installation wordpress engine anda, apa yang anda perlu lakukan ialah menaip http://www.domainname_anda.com/wp-admin/setup-config.php pada pelayar internet anda dan skrin dibawah akan terpapar:

Screenshot01

http://www.domainname_anda.com/wp-admin/setup-config.php

Klik pada button “Let’s go!” untuk ke skrin setting database anda. Di skrin database ini anda perlu masukkan maklumat database yang telah anda create untuk blog wordpress anda tadi. Anda hanya perlu masukkan maklumat:

Database Name (Nama database yang anda create di web hosting anda)
User Name (user yang anda create untuk database anda)
Password (password user yang anda create untuk user database anda)
Database Host (kebiasaannya dibiarkan “localhost” atau No.IP Database Server anda, sila dapatkan maklumat daripada syarikat web hosting anda untuk kepastian)
Table Prefix (tidak perlu ditukarkan)

Screenshot02

Skrin untuk masukkan maklumat database anda

Anda perlu masukkan maklumat yang diperlukan di skrin di atas dan tekan button “Submit” untuk ke skrin seterusnya. Jika proses ini berjaya skrin dibawah akan dipaparkan:

dbok

Database setting telah berjaya

dan jika proses ini tidak berjaya, skrin dibawah akan dipaparkan dan anda perlu ulang proses setting database tadi semula sehingga berjaya.

errordb

Setting Database gagal, anda perlu ulang semula dan masukkan maklumat yang tepat.

Apabila proses setting database telah berjaya dan skrin berjaya dipaparkan, anda hanya perlu menekan button ” Run the install ” dan proses installation akan dimulakan.

Langkah Akhir

Screenshot04

Anda perlu masukkan maklumat yang diminta

Screenshot di atas menunjukkan bagaimana proses  installation sedang berjalan. Anda perlu masukkan tajuk blog  anda, nama user yang anda inginkan (kebiasaannya di biarkan admin sahaja), pilihan password anda (dimasukkan sebanyak dua kali) dan alamat e-mel anda. Juga dipaparkan adalah check-box yang meminta jika anda ingin blog anda muncul dalam enjin carian seperti Google dan Technorati. Semua maklumat ini boleh diubah kemudian di dalam Admin Page blog anda nanti. Selepas anda sudah masukkan segala maklumat yang diperlukan, anda perlu tekan button “Install WordPress” untuk mengakhiri proses installation ini.

Skrin di bawah akan dipaparkan bermakna anda telah berjaya install wordpress engine di dalam web hosting anda. Tahniah untuk diri anda sendiri! Senang jer bukan?…

success

Tahniah, proses selesai. Anda perlu tekan pada button “Log In”

dan sekarang anda boleh masuk ke admin page blog anda mengunakan url http://www.domainname_anda.com/wp-login.php

login

http://www.domainname_anda.com/wp-login.php

dan skrin dibawah ini adalah laman web admin wordpress  bagi blog anda dan disini lah dimana anda create post, setting blog anda, edit theme blog anda, widget sidebar anda dan lain-lain lagi. Kalau nak diterangkan disini memang panjang dan anda haruslah cuba untuk explore blog anda supaya anda lebih tahu fungsi-fungsinya.

adminpage

Admin Page Blog anda

Proses installation wordpress engine ke web hosting anda telah berjaya dan apabila anda menaip url anda di pelayar internet, blog anda akan kelihatan seperti skrin dibawah ini. Ini adalah theme atau tema permulaan blog wordpress anda dan anda boleh mencari theme-theme yang lagi menarik dan hebat untuk dijadikan theme blog anda. Theme WordPress boleh di dapatkan di http://wordpress.org/extend/themes/

blog

Apa itu WordPress Themes (Tema WordPress)

WordPress Themes adalah “koleksi fail yang bekerjasama untuk menghasilkan antara muka grafik (blog interface) dengan reka bentuk asas penyatuan untuk blog anda.” Anda boleh download theme yang anda suka dan activekan dalam admin page blog anda.

Bagaimana untuk install WordPress Themes yang anda muat turun di dalam blog anda

Langkah 1. Muat turun theme/tema

Sebaik sahaja anda mencari tema yang anda suka, anda perlu memuat turun ke komputer anda dan extract zip fail tersebut.

Langkah 2. Muat naik theme/tema untuk blog WordPress anda

Langkah ini akan memerlukan akses FTP ke akaun hosting anda menggunakan FileZilla. Muat naik folder theme anda ke dalam folder /wp-content/themes/ di dalam web hosting anda. Tunggu sehingga proses muat naik selesai.

ftp

/wp-content/themes/

Langkah 3. Aktifkan theme/tema baru anda

Log in ke panel Admin Page WordPress anda dan anda perlu klik pada “Appearance > Themes”, contoh seperti di bawah:

themes-install

Theme/Tema baru anda akan dapat dilihat pada skrin “Appearance > Themes” anda bersama tema-tema yang sedia ada di dalam blog anda dan sekarang anda hanya perlu klik pada link active pada tema yang anda ingin gunakan untuk blog anda.

theme-activate

Jika segala-galanya berjalan lancar, tema baru anda akan ditandakan sebagai “Current Theme”, dan blog anda akan  mempunyai antara muka / interface yang baru.

 

theme-current

 

Jadi itu sahaja, anda sudah selesai!

Akhir sekali, anda boleh mengubah tema berikut mengikut kesuaian anda. Apabila ada taip url blog anda di pelayar internet, blog anda akan menggunakan theme/tema baru anda.

Sekian sahaja tutorial daripada saya, entri ini sekadar untuk berkongsi dengan anda semua. Jikalau anda ingin bertanya soalan atau ada masalah semasa proses installation wordpress engine atau themes, anda bolehlah email saya di [email protected] dan saya akan cuba bantu anda setakat mana yang termampu.

Saya akan cuba untuk menulis entri tutorial ringkas berkaitan penggunaan Adobe Photoshop di entri yang akan datang kerana saya tahu ramai yang membuat perniagaan online ni perlu edit gambar atau untuk membuat promosi bergambar kan?. Saya rasa ramai yang berminat untuk mencuba perisian penyuntingan gambar ini (Photo Editing).

Jom ikuti juga tutorial berkaitan WordPress di bawah:

1) Entri Tutorial (Bagaimana untuk install Widget/Plugin ke WordPress Engine anda)
2) Entri Tutorial (Bagaimana untuk menggunakan [email protected] ke dalam Blog anda)

 

Entri ini ditulis oleh,

Eshamz Halim

(suami kepada Cheq Eem)
Find eshamz halim on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

2 comments to Entri Tutorial Untuk Dikongsi Bersama (Bagaimana untuk set-up Blog anda)

  • Peminat Blog  says:

    Info yang bagus

    • admin  says:

      Terima kasih… 🙂

Isikan Komen Anda Disini