Slide # 1
 

Etika Seorang Blogger

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Entri pada kali ini, saya tidak bercerita mengenai produk Shaklee kerana isteri saya lebih arif untuk berkongsi maklumat mengenai vitamin Shaklee berbandingkan dengan saya. Saya cuma ingin berkongsi pendapat dengan rakan-rakan blog serta rakan-rakan Shaklee.

Setiap hari banyak blog-blog baru tercipta di dunia maya ini sama ada bertujuan untuk perkongsian isu-isu kehidupan, isu-isu politik, blog masakan, blog peribadi ataupun blog perniagaan. Blogging juga merupakan satu hobi yang turut juga boleh menjanakan pendapatan sampingan. Pencarian maklumat pada zaman sekarang telah menjadi lebih mudah dan lebih cepat dengan hanya klik pada tetikus anda. Ramai juga yang menggelarkan diri mereka sebagai “Blogger” tapi adakah mereka sedar bahawa seorang blogger juga perlu mempunyai etika yang harus diikuti. Saya juga sering mengingatkan diri sendiri dan isteri supaya kita haruskan mempunyai etika untuk blogging.

Etika Seorang Blogger

Etika Seorang Blogger

Etika blogging ini mesti diamalkan oleh seseorang blogger demi menjaga keharmonian dan keadilan di antara pengguna alam maya yang lain.  Saya cuba berkongsi antara-antara etika yang perlu dipatuhi seperti:

1. Plagiat @ Copycat

Ini adalah perkara biasa yang kita boleh temui di internet. Plagiat biasanya dikenali sebagai “Cut n Paste” oleh kita semua. Kita perlu mengelak daripada meniru hasil penulisan atau pun idea penulis-penulis blogger yang lain dan sepatutnya kita mesti mencipta hasil penulisan tersendiri daripada idea-idea tulen kita. Saya tahu ada di kalangan kita sering membaca hasil penulisan blogger lain untuk mencari idea atau maklumat, bagi saya perkara ini tidak salah dan saya juga sering melakukan perkara yang sama tetapi apa yang saya boleh lakukan ialah saya akan membaca dan memahami maklumat di blog tersebut dan apabila saya hendak menceritakan perkara yang sama di blog sendiri, saya mestilah menulis berdasarkan apa yang saya faham dan sertakan pendapat/idea sendiri kerana secara asasnya maklumat tentang perkara itu tetap sama cuma saya boleh menulis dan menceritakan mengikut pendapat saya sendiri. Saya rasa cara begini adalah lebih beretika daripada kita hanya “Cut n Paste” di blog kita sendiri.

2. Memberikan kredit kepada laman web rujukan anda.

Saya rasa cara ini yang paling senang anda boleh lakukan sekiranya anda menyalin penulisan (Cut n Paste) daripada blogger lain. Ini juga antara etika yang paling penting sebagai seorang blogger, kita haruslah memberi kredit kepada blogger yang menjadi rujukan kita, sebolehnya sertakan url/pautan blog yang kita salin di penulisan blog anda. Ini menunjukkan kita menghargai idea dan penulisan blogger tersebut. Saya sering ingatkan isteri saya tentang perkara ini serta saya juga cuba melakukan perkara yang sama.

3. Maklumat yang sahih

Perkara ini kadang-kadang memang sukar untuk dilakukan kerana ia bergantung kepada tujuan dan fungsi blog anda, sekiranya blog anda berfungsi sebagai media perniagaan maka maklumat-maklumat yang dimasukkan ke dalam blog anda haruslah sahih dan boleh disokong dengan fakta-fakta yang boleh dipercayai. Jangan masukkan maklumat yang salah atau mengelirukan pengunjung blog anda kerana ini boleh menyebabkan blog anda kurang mendapat sambutan. Blog anda akan mendapat sambutan hebat jika maklumat yang ada di dalam blog anda boleh di jadikan sumber rujukan kepada blogger lain.

4. Bertanggungjawab ke atas maklumat yang dipaparkan

Anda haruslah bertanggungjawab ke atas maklumat-maklumat yang ada di dalam blog anda, ini juga salah satu etika seorang blogger. Anda juga perlu menilai maklumat di dalam blog anda sama ada ianya isu yang sensitif atau tidak.

5. Penggunaan bahasa

Pengunaan bahasa juga amat penting, jangan sesekali mengunakan bahasa kotor atau kurang sopan di blog anda. Anda perlu menghormati pengunjung blog anda kerana blog anda boleh diakses oleh 1 dunia. Ada juga blogger mengunakan tatabahasa yang ringkas ataupun singkatan, saya rasa perkara ini tidak salah, asalkan pengunjung blog anda faham maklumat yang anda sampaikan di blog anda. Ini adalah terpulang kepada cara penulisan dan tujuan blog anda.

6. Penggunaan gambar atau video

Gambar atau video juga memainkan peranan yang penting dari segi penulisan di blog anda kerana ianya boleh menyokong fakta-fakta maklumat anda atau pun ianya hanya sekadar hiasan. Kadang-kala kita sering mencari gambar-gambar di internet untuk dimasukkan ke dalam blog kita. Saya juga melakukan perkara yang sama tetapi sebenarnya ia boleh dianggap sebagai mencuri hakmilik pemunya gambar tersebut. Saya juga sering melakukan perkara ini tetapi saya sedia untuk mengeluarkan mana-mana gambar yang digunakan sekiranya mendapat arahan daripada pemunya gambar tersebut. Sekarang ini, saya akan mencuba untuk menghasilkan gambar serta video sendiri untuk kegunaan blog vitamin4kesihatan.com. Ada juga sesetengah blogger membenarkan gambar dan video mereka untuk dikongsikan tetapi kita haruslah memberikan kredit kepada pemunya gambar dan video tersebut seperti yang saya telah terangkan di Etika No.2 tadi. “Sharing is Caring”

7. Sedia menerima kritikan dan membalas komen dengan cara berhemah

Sebagai seorang blogger kita mempunyai pendapat tersendiri dan mungkin akan bercanggah dengan pendapat orang lain. Ini adalah lumrah bagi seorang manusia yang mempunyai akal dan fikiran. Kita haruslah sedia menerima kritikan dan membalas komen dan kritikan dengan cara yang berhemah kerana kemungkinan komen dan kritikan tersebut boleh memantapkan lagi blog serta hasil penulisan kita. Cuba berfikir dahulu sebelum mengikut emosi tetapi kadang-kadang setiap orang itu mempunyai had kesabaran masing-masing, itu adalah hak individu.

Kesimpulan, setiap individu mempunyai hak masing-masing untuk menulis di dalam blog mereka sendiri tetapi seboleh-bolehnya perlulah mengamalkan “Etika Blogging” supaya boleh menjaga keharmonian di antara rakan-rakan alam maya. Saya hanya sekadar berkongsi pendapat tentang perkara ini dan ini adalah hasil penulisan daripada kotak pemikiran saya sendiri.

Anda haruslah mencari identiti dan idea penulisan anda sendiri untuk bergelar seorang blogger kerana saya juga sedang mencuba.

Entri ini ditulis oleh,

sainku

 

 

 

 

Eshamz Halim

(suami kepada Cheq Eem)
Find eshamz halim on Google+!
 

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

6 comments to Etika Seorang Blogger

  • myfirdz  says:

    Tepat sekali..mmg kdg2 tak semua blogger patuhi etika nih..

    • Eshamz Halim  says:

      Yup, sepatutnya seorang blogger mesti patuhi etika dan mencari identiti penulisan sendiri….

  • Khir Khalid  says:

    Setuju dgn pendapat saudara.. etika itu semestinya dijaga sbb ia mencerminkan keperibadian diri kita. Sekiranya etika ini x diamalkan, lmbt laun pasti akan memakan diri blogger itu sendiri.. T kasih diatas perkongsian ini. 🙂

    • Eshamz Halim  says:

      Terima kasih saudara Khir, seseorang blogger itu haruslah mempunyai identiti & cara penulisan tersendiri kerana ini akan membuat pembaca seronok untuk membaca blog kita. Kalau ciplak 100% dari blog lain, nanti pembaca akan bosan sbb asyik stereotype jer..maklumat yg hendak disampaikan kemungkinan adalah sama tapi cuba bercerita drpd pendapat & pandangan kita sendiri kerana itu akan membuat sesuatu entri itu unik & lebih menarik. 🙂

  • Lyn™  says:

    Pendapat yang penuh berhemah dan semestinya diberikan perhatian oleh para blogger sekiranya ingin menjadi blogger yang berertika dan dihormati.

  • Eshamz Halim  says:

    terima kasih Lyn….seorang blogger yg beretika akan dihormati oleh blogger yg lain…. 🙂

Isikan Komen Anda Disini