Hapuskan Aedes, Cegah Demam Denggi

Salam pembaca,

Semakin hari semakin meningkat kes demam denggi yang berlaku di negara kita.. Ada sahaja kes terbaru yang dilaporkan dalam berita.. Mengikut laporan di dalam surat khabar kes demam denggi meningkat hampir 100% dari tahun lepas.. Antara negeri yang mencatatkan kes demam denggi paling tinggi ialah negeri Selangor.. Rasa takut bila melihat statistik kes denggi di Malaysia tak pernah turun.. Jangan main-main dengan demam denggi, jika lambat di rawat boleh menyebabkan kematian.. Nauzubillahiminzalik..

performance drink untuk pesakit denggiSumber gambar dari Google

Saya ada baca satu artikel dari blog Malaysia Medical Gazette yang sangat menarik penjelasannya tentang masalah denggi .. Ianya ditulis oleh Dr Alya Hamzah, seorang pegawai perubatan paediatrik.. Diharap perkongsian artikel ini dapat menambah kesedaran kita mengenai bahaya demam denggi..

Mengapa demam denggi boleh wujud di Malaysia ?

Cuaca di negara kita yang menerima sinaran matahari terik dan hujan sepanjang tahun mewujudkan keadaan yang sangat sesuai untuk pembiakkan ‘vektor’ atau pembawa virus demam denggi. Vektor yang penting di negara kita adalah nyamuk betina Aedes egypti. Nyamuk ini membiak dalam takungan air bersih seperti pasu bunga, takungan air hujan di dalam tayar atau sampah sarap serta kolam air mandian dan lain lain.

Apakah tanda-tanda demam denggi?

Setelah digigit oleh nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti, virus tersebut boleh berada dalam sistem saluran darah selama 3 hingga 14 hari dan menyebabkan penyakit.  Manifestasi demam denggi bergantung kepada usia dan tahap imuniti seseorang. Bagi kanak kanak yang agak besar serta orang dewasa ,  tanda tanda demam denggi tidak banyak berbeza daripada jangkitan virus yang lain (viral fever) seperti berikut – :

1. Demam
2. Sakit sendi dan otot
3. Sakit dibelakang mata
4. Pening kepala
5. Rasa loya dan muntah
6. Ruam
7. Gusi berdarah (akibat daripada penurunan sel pembeku darah)

Bayi juga tidak terkecuali daripada serangan jangkitan yang merbahaya ini. Tanda tanda jangkitan dalam bayi adalah agak tidak spesifik seperti demam panas, ruam dan kurang menyusu.  Demam ini boleh berlanjutan sehingga 7- 10 hari.

Kalau nak baca dengan lebih lanjut pasal masalah demam denggi boleh baca kat sini –> Demam Denggi: Jangan Benarkan ia Meragut Nyawa Kita!

_________________________________________________________________________________

Teringat kisah kawan saya juga rakan rumah masa bujang yang pernah dijangkiti demam denggi berdarah beberapa tahun yang lalu.. Mula-mula ingatkan demam biasa.. Selepas 2-3 hari demam, doktor pun buat ujian darah.. Bila dah dapat keputusan terus dapat surat rujukan dan bawa pergi ke hospital..

Malam tu kami bawa dia pergi ke hospital PPUM jam 11.00 malam.. Mula-mulanya pihak hospital cakap ada bilik.. Jadi kami pun menunggulah di bilik rawatan kecemasan..Tapi selepas kami menunggu lama, tiba-tiba pihak hospital cakap tiada bilik.. Geram juga dibuatnya.. Mereka nasihatkan sama ada bawa pergi ke Hospital Serdang atau pun Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.. Dekat situ sahaja ada bilik kosong.. Akhir sekali kami bawa dia pergi ke HUKM.. Dekat pukul 3 pagi baru setel semuanya..

Tak ingat berapa lama kawan saya ditahan di hospital.. Rasanya ada dekat seminggu juga lah.. Jenuhlah kami housemate yang penyayang dan prihatin (puji diri sendiri.. :p) menjaga dia dia di hospital, masakkan sup ketam setiap hari dan melawat secara bergilir di hospital.. Bekalan air 100 plus memang sentiasa ada di hospital.. Alhamdulillah, berkat doa keluarga dan rakan-rakan akhirnya kawan saya bebas dari denggi..

Lepas dari kejadian tu kita orang perasan kawasan apartment yang kami sewa telah disembur dengan asap fogging dari pihak kementerian kesihatan.. Bila dah ada kes selalunya memang pihak kementerian akan datang.. Pada sesiapa yang selalu demam on and off cepat-cepat lah jumpa doktor untuk dapatkan rawatan.. Biar doktor menyampah tengok muka, asalkan badan kita sihat dari sebarang penyakit.. Hehehe…

Beberapa artikel di dalam surat khabar mengenai kes denggi..

masalah kes denggi 1

masalah kes denggi 5

masalah kes denggi 2

Hapuskan Aedes Tanggugjawab Bersama

Nyamuk aedes takkan ada atau membiak jika kita menjaga kebersihan di sekitar kawasan yang kita tinggal.. Kementerian Kesihatan Malaysia bersungguh-sungguh untuk memperluaskan kempen HAPUSKAN AEDES.. Jangan harapkan pihak yang bertanggungjawab menangani masalah ni, kita juga perlu sama-sama bertanggungjawab.. Lagi pun tak susah sebenarnya.. Apa yang perlu kita lakukan ialah memastikan tiada air yang bertakung di dalam rumah atau diluar rumah.. Itu sahaja.. 🙂

performance drink untuk pesakit denggiSumber gambar dari FB Kementerian Kesihatan Malaysia

p/s: Produk Shaklee pun ada juga tau untuk orang yang terkena denggi.. Nanti saya cerita dalam entri lain.. 🙂

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

19 comments to Hapuskan Aedes, Cegah Demam Denggi

  • raudzah  says:

    Risaukan Cheq Eem sekarang ni..nyamuk memang banyak pulak tu..kita pun tak tau datag dari mana coz takungan air tak ada..then panas terik pulak tu..Hmm…

    • Cheq Eem  says:

      itulah raudzah… hari-hari keluar berita pasal denggi… kaw rumah saya kerap juga ada fogging.. time cuaca terik nie memang kena banyak minum air kosong tau… hehe…

  • Aku Penghibur  says:

    terima kasih atas entri yang baik sekali.. acik baru-baru ini jadi salah seorang mangsa denggi..ishh seram

    • Cheq Eem  says:

      sama-sama acik…. ish, acik pun kena juga.. alhamdulillah dah kembali sihat seperti biasa eh..

  • hannyabdullah  says:

    Sis pun risau skrg ni..nyamuk tetiba byk pulak kat umah ni. Kat umah ni tak ada pulak air bertakung atau semak..tapi jiran sebelah ni rumah dia penuh dgn pokok…adehhh geram betul

    • Cheq Eem  says:

      rumah yang bertingkek-tingkek ni pun ada nyamuk jugak sis… heran betul lah.. kena lah standby ubat nyamuk setiap penjuru rumah kalau macam tu kan.. hehe.. harap2 jiran sis jaga pokok2 dia… 😀

  • sobri  says:

    bagus entry ni sis.. dijadikan panduan kita bersama.. lebih elok mencegah drpada terkena 😛

    • Cheq Eem  says:

      ingat mengingati apa salahnya… lebih baik kita bertindak awal.. betul tak? 😀

      • sobri  says:

        betul..mencegah dari awal lg bgus..sbelum terlambat 😛

  • mizzaiza  says:

    risau juga di kawasan perumahan aiza duduk ni banyak nyamuk.. dulu pernah ada kes masa akhir tahun.. dah lama kkm tak fogging..

    • Cheq Eem  says:

      ye ke aiza.. susah jugak eh.. kena standby ubat nyamuk banyak2 lah kalau macam tuu.. hehe..

      • mizzaiza  says:

        selalu bersedia dengan ridsect.. memang siap la nyamuk tu kena sembur.. hehe..

  • Sheila Salim  says:

    Assalamualaikum.. sebab tu la terfikir nak tidur pakai kelambu. hehehe. sweet dok? ;p

    • Cheq Eem  says:

      waalaikumsalam sheila.. suwit hokeyy tidur dalam kelambu…. make sure letak kipas sekali tau…. ekekeke….

  • Strider  says:

    lately rumah saya banyak nyamuk..kejap2 ada, kejap2 takde..risau gak klu time tido dengar nyamuk tu lalu sebelah telinga..

    Regards,
    -Strider-

    • Cheq Eem  says:

      kena standby ubat nyamuk kalau macam tu.. nak selamat guna ubat nyamuk elektrik… tak boleh tido kalau nyamuk dok merempit sebelah telinga…. hehe….

  • Khir Khalid  says:

    Denggi ni mmg merisaukan.. boleh membawa kematian. Semoga kita semua dilindungi & sentiasa sihat.. aamiin..

    • Cheq Eem  says:

      memang pun… semoga kita sama2 ambil berat kebersihan sekeliling rumah.. insya-allah… aminn…

  • BELLA  says:

    GOOD,L LIKE THAT

Isikan Komen Anda Disini