Ianya Datang Cuma Setahun Sekali

Salam pembaca,

Lama betul tak update blog. Nak blogwalking pun tak sempat, apa ntah lagi tinggalkan komen. Macam busy sangat bunyi nya kan. Haha.. Bukan apa, bagi saya menulis ni perlukan jiwa. Takda jiwa macam tak best nak meulis. Terasa pula tangan ni jem bila nak menaip. Bila dah taip dua tiga ayat, baca semula ayat tersebut lepas tu laju pula tekan ‘Backspace’. Hahaha.. Rasa macam ada jer ayat yang tak kena. Apa boleh buat, tanggungjawab kerja di pejabat perlu diutamakan. Tak boleh nak fokus sangat. Hehe.. So sekarang nie bila masuk bulan 6 sampai bulan 8 bermula lah episod stock take a.k.a ‘azab tahunan’. Nak tahu kenapa saya panggil macam tu sila lah baca sampai habis entri ni. Hehe..

happy-working-lady-at-workTengah banyak kerja boleh tak lepak macam nie.. Ekekeke (Sekadar gambar hiasan)

Untuk tahun ni ada 8 kedai buku Times Book Shop yang perlu saya pergi untuk tugas yearly stock take. Untuk kawasan Lembah Klang ada 5 kedai buku, di Pulau Pinang pula ada 1 dan di Sabah ada 2. Kalau ikutkan di Sabah ada 3 kedai buku, tapi disebabkan satu kedai dah nak tutup tak perlulah buat stock take. Yang bestnya buat stock take kalau di Sabah ialah dekat sana buat waktu siang. Bukan waktu malam macam di Lembah Klang. Jadi kalau dapat siap awal malam tu boleh jalan-jalan lepas selesai kerja. Dapat makan-makan pun jadi lah. Tapi tahun ni ada sejarah hitam pula masa pergi sana. Malam terakhir selesai buat kerja kami pergi makan seafood. Konon-kononnya makan besarlah kan sebab kerja dah siap. Sekali esoknya kena food poisoning pula. Orang lain elok jer takda pape, saya sorang je yang jadi mangsa. Tak ingat berapa kali muntah dan cirit birit. Sampai hidu bau makanan pun tak boleh, apa ntah lagi nak makan. Cuma boleh makan cokelat Kit Kat jer. Oh dugaan sungguh.. Nasib baik dalam flight tak terasa nak muntah dan sakit perut. Saya cuma tidur jer. Jaga hanya bila ada bau makanan. Oh kena redeem pre-order meal. Lepas dapat makanan tak makan pun, sambung tidur lagi. Hahaha.. Sekarang ni bila teringat balik apa yang saya makan malam tu tekak rasa kembang dan terus rasa loya. Saya makan apa? Ikan kerapu masak stim halia dan kepah masak halia. Itu jer.. Mungkin kepah tu asid tinggi kot, jadi itu yang buatkan perut meragam.

Setiap kali saya turun untuk buat stock take saya akan berjaga sepanjang malam sampai lah keesokan harinya. Terpulang pada jumlah stok yang ada di kedai tersebut. Untuk bahagian IT cuma ada 2 orang sahaja. Member ofis saya akan pergi kedai awal dalam pukul 6 petang untuk buat persediaan. Dan saya pula akan datang pukul 10 malam ke atas untuk ganti dia yang akan balik dan berehat. Biasanya kedai buku yang kecik dapat lah siapkan cepat sebelum pukul 8 pagi. Tapi kalau kedai buku yang besar macam di Pavilion dan Bangsar terpaksalah member ofis datang semula pagi tu untuk gantikan saya. Macam taun lepas masa di Pavilion siap bawa sleeping bag dan tidur dekat kedai gara-gara penat. Hahaha.. Rasanya taun ni kena buat jugak macam tu. Baru selesa sikit nak rehat dan tidur.

Semasa stock take kita orang kena pastikan semua barang yang ada dalam kedai dikira, diperiksa dan direkodkan terus dalam sistem. So bayangkan lah barang-barang yang ada jual dikedai buku. Paling memenatkan ialah bila kira barang alat tulis seperti pen, pensil, pemadan, warna, file, buku nota dan sebagainya. Itu yang paling mencabar kesabaran semua orang. Tugas saya perlu update dalam sistem setiap data yang dah dikira.

Walaupun penat buat stock take ni tapi saya tetap rasa seronok. Tak tau kenapa rasa seronok. Rasanya mungkin sebab masa tu semua orang pun ada sekali iaitu staff kedai, team operation dan team finance. Ada juga part timer orang luar yang datang kerja malam tu. Lepas tu nanti bila dah tengah-tengah malam pukul 3,4 pagi masing-masing lapar. Rehat kejap buat kenduri. Kenduri apa? Kenduri makan Maggi. Layan woo makan maggi tengah-tengah malam. Terasa nikmat sungguh makan maggi. Hahaha..

Sekarang ni 4 buah kedai dah selesai untuk tugasan stock take. Cuma tinggal lagi 4 kedai jer lagi. Minggu ni perlu bersedia mental dan fizikal untuk kedai di Bangsar. Sebab stock mereka banyak, padat dan kedai pun besar. Rasanya sekarang ni pun badan dah fully recover selepas 5 hari berhempas pulas di Sabah. Kesan food poisoning pun dah hilang. Kesannya  dua tiga hari gak takda selera makan. Mujur ada Shaklee untuk charge semula energy. Setiap hari mesti minum 1L air Performance Drink untuk kembalikan kandungan air dalam badan, Peppermint Ginger Plus pula untuk penghadaman perut dan Ostematrix untuk kurangkan stress pada otot.

Penat memang penat bila setiap minggu badan tak cukup rehat dan kena berjaga lebih daripada 24 jam. Tapi saya suka dengan kerja ni. Nak buat macam mana kan. Do What You Love, Love What You Do. Yang penting kita enjoy….!!

p/s: sekali sekala rasa nak resign dan duduk di rumah jer fokus buat Shaklee… 🙂

 

Follow Cheq Eem on Google+!

iR Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

4 comments to Ianya Datang Cuma Setahun Sekali

  • Raudzah  says:

    Take a break Cheq Eemm..

    • Cheq Eem  says:

      insya-allah…. bulan puasa nie pun nak rehatkan diri dari sebarang aktiviti luar hujung minggu… tq for ur concern dear… 🙂

  • Strider  says:

    bila kita buat sesuatu yang kita suka, kekadang penat pun jadi small matters jer kan kak??hehehe

    Regards,
    -Strider-

    • Cheq Eem  says:

      hehehe… betul tu.. saya setuju dengan awak… 😀

Isikan Komen Anda Disini