Slide # 1
 

Jerebu oh Jerebu! – Nyah Ko Dari Sini

Jerebu oh Jerebu!

jerebu-haze-kuala-lumpur-vitamin4kesihatan

Sumber gambar : mstar.com.my

Ini telah menjadi masalah negara kita sejak kebelakangan ini. Boleh dikatakan tiap-tiap tahun negara kita mengalami masalah jerebu ni berikutan daripada tindakan pembakaran terbuka di negara jiran atau pun di negara sendiri. Di Malaysia pun kalau diperhatikan masih ramai juga melakukan pembakaran secara terbuka tetapi rasanya masih lagi ditahap terkawal. Saya nak kongsi info sikit daripada moh.gov.my mengenai Jerebu, jom baca!..

Apa itu Jerebu?

Jerebu adalah satu keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan. Ia disebabkan oleh campuran kombinasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera. Bahan-bahan utama pencemar udara semasa jerebu  adalah seperti bahan partikel yang berukuran kurang daripada 10mm/m3 diameter, ozon, gas karbon monoksida, gas nitrogen dioksida ataupun sulfur dioksida. Kebiasaannya berlaku apabila terjadinya pembakaran secara terbuka disebabkan bahan-bahan yang kita bakar kemungkinan akan mengeluarkan gas-gas berbahaya ataupun partikel-partikel halus.

 Apakah Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

NILAI IPU STATUS
0 – 50 Baik
51 – 100 Sederhana
101 – 200 Tidak Sihat
201 – 300 Sangat Tidak Sihat
301 – 500 Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah – langkah pencegahan.

Jerebu Boleh Mengancam Kesihatan Kita

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung dan alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

  1. Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  2. Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  3. Mata terasa pedih dan berair.
  4. Hidung berair dan kerap bersin.
  5. Kulit badan terasa gatal-gatal.
  6. Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Cegahlah Penyakit Akibat Jerebu. Ikuti Nasihat Berikut:-

  1. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  2. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  3. Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  4. Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  5. Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  6. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.
  7. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  8. Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  9. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  10. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  11. Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Masalah jerebu ini bolehlah dikatakan sebagai masalah tahunan kepada negara kita tetapi saya rasa tahun ni adalah yang paling kritikal dan teruk sehingga banyak sekolah terpaksa ditutup dan di sesetengah tempat IPU mencecah 700 ke atas. Saya harap info ini dapat membantu anda semua sebagai langkah berjaga-jaga untuk meneruskan tugas harian.

Ketika jerebu ni kalau minum Performance Drink Shaklee pun bagus jugak kan?… Jom ler Order satu….

Eshamz Halim – Admin www.vitamin4kesihatan.com

Find eshamz halim on Google+!

One comment to Jerebu oh Jerebu! – Nyah Ko Dari Sini

  • Eshamz Halim  says:

    esok gi keje pakai mask laa nampak gayanyer…jerebu makin teruk ni…

Isikan Komen Anda Disini